Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo

No. Pendaftaran 468 - Khas Untuk Ahli Berdaftar

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Rakan Alam Sekitar

Tuesday, November 03, 2009
MATLAMAT UTAMA IALAH MENJADIKAN ORANG RAMAI SEBAGAI MATA DAN TELINGA JABATAN DALAM MEMBENTERAS MASALAH ALAM SEKITAR BERKONSEPKAN "COMMUNITY BASE" DAN "HAND ON". DISAMPING ITU JUGA MEMBERI KESEDARAN KEPADA ORANG RAMAI BETAPA PENTINGNYA MENJAGA ALAM SEKITAR INI TAK KIRA AGAMA BANGSA KETURUNAN TUA ATAU MUDA TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN. PERJUANGKAN ALAM SEKITAR KITA UNTUK GENERASI AKAN DATANG.





BAHAWA KAMI
AHLI RAKAN ALAM SEKITAR
MEMBUAT IKRAR DI SINI
AKAN MENJALANKAN
TUGAS-TUGAS SUKARELAWAN INI
DENGAN SEPENUH HATI

KE ARAH INI KAMI AKAN:-

MENJADI MATA DAN TELINGA
KEPADA AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
DALAM MEMBENTERAS KEGIATAN-KEGIATAN
YANG MEROSAKKAN ATAU MENCEMARKAN ALAM SEKITAR

KAMI JUGA AKAN MENJADI PENGGERAK UTAMA
KEPADA PROGRAM-PROGRAM SERTA KEMPEN-KEMPEN
KESEDARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAMI
UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT
UNTUK BERTINDAK DAN MENGAMBIL BAHAGIAN
MENJAGA ALAM SEKITAR
YANG KITA KONGSI BERSAMA INI

SEMOGA TUHAN MEMBERKATI USAHA INI.


Read On 0 Comment

Pendeta Za'ba

Sunday, November 01, 2009
Pendita Za'ba berjuang dengan menggunakan penanya dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. PENDITA Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad tidak pernah mengenal erti berputus asa dan pernah berjuang untuk meninggikan martabat Bahasa Melayu suatu masa dahulu.

Semasa mengajar di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau berusaha untuk menyerapkan syarat-syarat aturan tatabahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam buku-buku teks sekolah dan bahan-bahan bacaan umum dalam Bahasa Melayu.

HASIL KARYA ZA'BA
Artikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya. Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula karangan rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932.

Za’ba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bahru pada tahun 1916.Bakat Pendita Za’ba terserlah kerana beliau menyentuh mengenai aspek-aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam hasil karyanya. Karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan buku-buku rujukan tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu III (1958). Seorang penulis yang bernama Dharma Wijaya menggambarkan Pendita Za’ba sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan.

“Perjuangan Za’ba lebih menjurus kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam pendidikan, penyelidikan dan penulisan,” ujar Dharma Wijaya dalam satu teks ucapan.

LATAR BELAKANG
Za’ba dilahirkan pada tahun 1895 di sebuah kampung terpencil yang terletak dekat Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan. Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kuat beragama, oleh itu tidak hairanlah penulis ini telah belajar berkhatam Al-Quran, menghafal Surah Yassin dan berzanji ketika usianya mencecah tujuh tahun.

Pendita pujaan ramai ini hanya menjejakkan kakinya ke sekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Dan kemudiaannya, bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami ilmu pengajian Arab dan Islam lanjut. Penulis ulung ini merupakan pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menghabiskan zaman persekolahannya (Senior Cambridge) dari darjah satu hingga darjah enam dalam jangka masa enam tahun.

Pada tahun 1917, Za’ba melangkah ke alam perkhawinan dan mempunyai seorang anak perempuan. Namun, ianya tidak kekal lama. Karyawan ini kemudiannya berkhawin sekali lagi dengan Fatimah Umar dan menjaga anak perempuannya itu.

USAHA MENENTANG PENJAJAH
Za’ba, merupakan seorang pejuang tanah air yang berani mengetengahkan aspek kemunduran masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan British melalui hasil karyanya. Tindakannya itu pernah mengundang kesangsian pihak British yang pernah mengehadkan hasil karyanya.
Penulis agung ini suka bergiat aktif dalam perkhimatan masyarakat. Beliau menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937.

Pada tahun 1946, pendita ini dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO di kongres menentang pembentukan Malayan Union. Beliau keluar dari dunia politik selepas Piagam Umno diterima dan diluluskan.

PERJALANAN KARIER
Untuk menghargai jasa beliau, Zaaba telah dianugerahkan:

* 1956: Gelaran Pendeta di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
* 1959: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Malaya
* 1973: Ijazah Kehormat dan Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia
* 1962: Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri

Za’ba pernah berkhimat sebagai seorang guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1918. Kerjayanya sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London bermula pada tahun 1947. Kemudiannya, Za’ba bersara dari perkhimatan kerajaan ketika berumur 55 tahun.

Penulis ulung ini dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore pada tahun 1953. Dengan bantuan Ungku Aziz, Za’ba menjadi pengasas pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun berikutnya, membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Karyawan yang menjadi tulang belakang penggunaan Bahasa Melayu yang kita gunakan kini, menerima gelaran Pendeta secara rasmi pada tahun 1956. Za’ba atau nama sebenarnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal pada 23 Oktober 1973 pada usia 78 tahun.

Read On 0 Comment

KOKUYO Malaysia Office Furniture

Thursday, October 15, 2009
Kokuyo Furniture

Manufacture and Sales of Desk System, Panel System, Storage Furniture.

KOKUYO (MALAYSIA) SDN BHD (KML)
(Company No: 425398-W)

Lot 79 & 83, Pesiaran Bunga Tanjung 1,
Senawang Industrial Park,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Tel. No. : +606-6796096
Fax. No. : +606-6796086

For more info about KOKUYO product please contact :
Manager Business Development
Mr. Ong Yee Seng
E-mail : Yeeseng_Ong@kokuyo.co.jp
Tel. No : 012-6117998

Marketing Manager
Mrs. Yuko Ishii
E-mail : Yuko_Ishii@kokuyo.co.jp


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket>

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Click Link Below for more info.


Read On

International EKIDEN Run Update!

Sunday, October 04, 2009

Tahniah kepada pelari-pelari Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo (wakil kelab) kerana berjaya menamatkan larian EKIDEN kali ke 4 di Putrajaya. Walaupun berada pada tangga ke 32 tetapi semangat untuk bersaing di antara 93 pasukan 'Men Open' yang lain sememangnya boleh kita dibanggakan.


Beramah mesra bersama Datuk Ahmad Shabery Cheek , Menteri Belia dan Sukan sebelum peserta 'Men Open' dilepaskan.



Bersedia untuk memulakan larian. Peserta KSdR bernombor 180A bersedia di garisan.


Peserta KSdR 180 E menghampiri garisan penamat.


Antara cenderahati daripada penganjur larian.



Klik Gambar di bawah
EKIDEN Run 2009
Read On 1 Comment

LARIAN EKIDEN ANTARABANGSA MALAYSIA KALI KE-4

Monday, September 28, 2009


Photobucket
Peta Larian Ekiden 2009
Photobucket
Pusat Belia Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS) akan menganjurkan 4th Malaysia International Ekiden Run 2009 pada 4 Oktober 2009.

Larian Ekiden yang berasal dari Jepun mula dipopularkan sejak tahun 1917 merupakan satu bentuk larian berganti-ganti dan mula diperkenalkan di Malaysia oleh Konsul Kehormat Malaysia di Fukuoka, Jepun pada tahun 1994 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebelum diambil alih penganjurannya oleh Pusat Belia Antarabangsa pada tahun 2007 hingga kini.

Objekif utama penganjurannya adalah untuk menggalakkan penyertaan dalam sebarang aktiviti sukan di samping mengukuhkan hubungan di kalangan peserta yang terdiri daripada Negara-negara ASEAN dan pada masa yang sama dapat menggalakkan industri sukan serta sukan pelancongan di Malaysia.

Sehubungan itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo (KSdR) akan menyertai Larian Terbuka ini yang diwakili oleh lima peserta larian. Semoga Berjaya.


Gambar antara lima wakil KSdR untuk larian Ekiden 2009 kali ini (P/s :Gambar Ipoh tak ada di sini)


Read On 0 Comment

Petrol RON 95

Monday, September 07, 2009
Apa itu RON ?

Photobucket

Apakah yang dimaksudkan dengan RON sebenarnya?
RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport. Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda.

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C ; adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Read On 0 Comment

Khasiat Buah Kurma

Monday, August 24, 2009
Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Salah satu khasiat buah kurma adalah kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Selain daripada itu, unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah antara yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.



Read On 0 Comment

Panduan Sembahyang Sunat Tarawih - JAKIM

Saturday, August 22, 2009

Klik pada Icon di bawah untuk muat turun PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH dalam bentuk PDF

DOWNLOAD

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.


Read On 0 Comment

Adab Berbuka Puasa Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Wednesday, August 19, 2009
  • Berdoa ketika hampir waktu berbuka. Antaranya:
اللهم برحمتك التي وسعت كل شيء اغفرلي

Ertinya: “Ya Allah! Dengan rahmat-Mu yang meliputi semua perkara, ampunilah dosaku”.
  • Segera berbuka bila masuk waktunya.
  • Sebelum menikmati makanan atau minuman, baca doa berikut:
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

Ertinya:“Ya Allah! Berkatilah untuk kami dari apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka”.
  • Bila menjamah makanan mulakan dengan bacaan - بسم ال
  • Makan beberapa biji kurma basah ( رطب ) dengan bilangan ganjil seperti 1,3,5,7.
  • Minum susu atau air.
  • Doa selepas berbuka:
اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Ertinya: “Ya Allah! Untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”.
  • Jawab azan dan berdoa selepasnya.
  • Segera sembahyang maghrib berjemaah
  • Selepas sembahyang maghrib boleh sempurnakan makan dan minum. Sunnah Rasulullah ini telah menjadi ikutan para sahabat dan generasigenerasiberikutnya hingga kini khususnya umat Islam sekitar Mekah dan Madinah.
Mengikut riwayat Anas bin Malik:
“Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum sembahyang dengan beberapa biji kurma basah jika tiada, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma kering (تمر) dan jika tiada, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Adab Bersahur
  • Waktu sahur bermula dari tengah malam sehingga terbit fajar.
  • Lewatkan bersahur bagi mendapatkan kecergasan, keberkatan dan ketaqwaan.
  • Disunatkan bersahur dengan makanan yang mengenyangkan seperti kurma kering atau sekurang-kurangnya seteguk air.
  • Selepas bersahur bersedia untuk sembahyang subuh berjemaah.
Zaid bin Thabit meriwayatkan:
“Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w. kemudian kami mendirikan sembahyang Subuh. Bila ditanya: Berapa lama diantara sahur dengan sembahyang subuh. Beliau Menjawab: “Sekadar membaca Al-Quran lima puluh ayat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Qiyamullail قيام الليل

Maksud qiyamullail ialah beribadat pada waktu malam.Untuk mendapat pahala qiyamullail sekurang-kurangnya sembahyang isyak dan subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah, ia seolah-olah telah mendirikan setengah malam. Orang yang sembahyang Isyak dan Subuh berjemaah seolah-olah ia menghidupkan malam (Qiyamullai )”. (Riwayat Muslim)

I’tikaf اعتكاف

Dalam satu hadis riwayat Aisyah r.a.:
“Rasulullah beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga Allah wafatkan baginda. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan amalan itu selepasnya”. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Semasa I’tikaf di masjid hendaklah seseorang itu bertawajjuh kepada Allah, seperti zikir, baca Al-Quran dan muzakarah ilmu. I’tikaf dalam bulan Ramadhan lebih afdhal berbanding bulan-bulan lain.

Lailatul-qadar ليلة القدر

Sunat mencari lailatul-qadar pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan terutama pada malam-malam yang ganjil. Pada malam-malam itu kita dikehendaki memberi lebih tumpuan dalam beribadat.

Reblog this post [with Zemanta]
Read On 0 Comment
Related Posts with Thumbnails

KSdR RSS Headline Animator

KSdR

Iklan KSdR

Photobucket Photobucket

Waktu Solat


KSdR Visitor Enquiries and Feedback

E-mailkan Pertanyaan atau Cadangan
Send your Comment or Feedback

enquiries@ksdr.org.my

or contact (click) KSdR Commitee

KSdR Search

Loading...

KSdR Admin Easy Login

Photobucket Photobucket Photobucket

KSdR On Facebook - Youtube - Picasa

Photobucket Photobucket Photobucket

KSdR Visitor Feed

KSdR Online Status

KSdR Followers

KSdR Visitor Chat

KSdR MyBlogLog Reader

KSdR BlogCatalog Reader

KSdR Contributors

KSdR Recent Posts

Take A Brake

Seremban Weather

KSdR Donate Via PayPal