Semoga tahun akan datang membawa kesejahteraan berpanjangan kepada semua - walaupun ekonomi melesit dan melesit-lesit sekarang.Kepada yang mahu berhijrah kemana-mana untuk melancong sempena cuti panjang ini diingatkan berhati-hati ketika memandu di jalan raya , di sini juga saya sertakan doa akhir tahun -
Doa akhir tahun ini dibaca pada akhir waktu Asar bersamaan 29@30 Zulhijjah sebanyak 3 kali sebelum masuk waktu Maghrib atau tahun masihi. Dengan izin Allah , orang yang berdoa akan mendapat Perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.
Berikut adalah doa akhir tahun sepanjang tahun ..
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan kesejahteraan kepada utusan Allah yang paling mulia juga kepada keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda semuanya…
Ya Allah, segala laranganMu telah kami lakukannya dalam tahun ini tetapi kami belum bertaubat daripadanya; sedangkan Engkau tidak redha dan melupakannya; Engkau juga berlemah lembut dengan tidak mengazab kami dan memberi peluang kami bertaubat selepas kami melakukan dosa-dosa itu; maka kami memohon keampunanMu, ampunilah kami.
Ya Allah, segala perkara yaang telah kami lakukan pada tahun ini, yang mana Engkau redhai dan janjikan pahalanya; maka kami memohon kepadaMu, wahai yang Maha Agung dan Maha Mulia, agar Engkau menerimanya. Dan janganlah Engkau hampakan harapan kami, wahai yang Maha Pemurah.
Dan Allah merahmati penghulu kami Muhammad, ahli keluarga dan sahbat-sahabat Baginda semuanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam”..Amiin.









