24 December 2008

Bagaimana Menghilangkan Rasa Mengantuk ......

Ketika Sedang Memandu

Antara MUSUH UTAMA ketika memandu @ menunggang motorsikal adalah MENGANTUK. Hal ini boleh mengundang padah walau hanya sedetik sahaja kita terlelap ketika memandu. Kemungkinan untuk ditimpa kemalangan adalah 99% TERLELAP itu, otak kita tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dapat mengawal kenderaan yang sedang kerana ketika dipandu @ ditunggang. Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawarrasa mengantuk ini. untuk menghilangkan

Potongan ayat tersebut berbunyi :

" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."

Maknanya : "[DIA - ALLAH] Tidak mengantuk dan tidak tidur "

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

" BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM " 3X.

Ketika Bekerja

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.
HADIS TENTANG MENGUAP :


الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:
  1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.
  2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
-Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

-Hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

-Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

-Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..


Share
About The Author
KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO (KSdR) Tidak akan bertanggugjawab terhadap sebarang kerugian dan masalah yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman blog (Blogger) ini. Paparan terbaik pada 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox. Pertanyaan dan maklumat lanjut e-mailkan kepada KSdR : enquiries@ksdr.org.my : Hak Cipta Terpelihara © 2008 KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO
Share This
Subscribe Here

blog comments powered by Disqus

KSdR Search

Loading...

Popular Posts

 

Berita Mutakhir

Berita Dunia

Berita Sukan

Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa