25 April 2009

Bateri Purba Baghdad

Pada tahun 1936, suatu gali cari dilakukan di sebuah kampung berdekatan Baghdad berusia lebih 2000 tahun telah menemui sebuah pasu kecil penuh misteri dan tidak diketahui kegunaannya. Pasu yang hanya mempunyai ketinggian 15 cm ini diperbuat daripada tanah liat berwarna kuning cair didapati berusia lebih dua abad.

Di dalam pasu itu terkandung silinder tembaga yang berukuran 12.5 cm x 3.8 cm. Di bahagian tepi kepingan tembaga itu dipaterikan dengan 60 hingga 40 logam timah berbanding dengan jenis pateri yang ada hari ini. Bahagian bawah silinder ditutup dengan cakera tembaga dan dipaterikan dengan bitumen atau simen asfalt. Satu lagi lapisan penebat dipateri dengan simen asfalt pada bahagian atas dan juga terdapat rod besi di bahagian tengah silinder tembaga tersebut. Rod berkenaan membuktikan wujudnya kakisan yang bertindak balas dengan agen asid.

Bateri Zaman Purba
Ahli arkeologi Jerman, Wilhelm Konig, telah menjalankan analisis pada objek yang ditemui dan menemui suatu kesimpulan yang mengejutkan. Beliau mendapati pasu tanah liat itu adalah sebuah bateri elektrik purba. Bateri purba yang ditemui kini dipamerkan di Muzium Baghdad kerana ia ditemui di bumi Baghdad. Semoga keadaannya masih elok dan kekal di muzium berkenaan untuk tatapan generasi baru dan mengagumi kepintaran manusia zaman dahulu. Tarikh bateri berkenaan dianggarkan antara 248 Sebelum Masehi dan 226 Tahun Masehi.

Dr. Konig turut menemui pasu tembaga yang disalut perak di Muzium Baghdad, hasil gali cari dari bahagian Sumaria ke Selatan Iraq yang berusia lebih awal, 2500 Sebelum Masehi. Apabila cahaya pasu dinyalakan, suatu patina biru atau filem diasingkan daripada permukaan, yang seakan saduran elektrik perak terpancar ke bahagian tapak tembaga. Ini bermakna orang Parsi pada zaman dahulu adalah orang pertama yang mencipta dan menggunakan bateri.



Pada tahun 1640, Willard F.M Gray, seorang jurutera dari Makmal Voltan Tinggi Elektrik Asas, Pittsfield, Massachussets, membaca teori Konig. Melalui lukisan dan penerangan yang diberikan oleh saintis roket Jerman, Willy Ley, Grey membuat replika bateri berkenaan. Dengan menggunakan perisian tembaga sulfat, ia menjana hampir setengah volt elektrik.

Dalam tahun 1970-an, ahli egiptologi Jerman, Arne Eggebrecht membina replika bateri Baghdad dan mengisinya dengan jus anggur segar, beliau menjangkakan masyarakat purba melakukan sedemikian untuk menghasilkan tenaga elektrik. Replika berkenaan berjaya menghasilkan 0.87V tenaga elektrik. Beliau menggunakan tenaga elektrik daripada bateri kepada saduran elektrik perak sebuah patung bersalut emas.

Eksperimen ini membuktikan tenaga elektrik telah digunakan sejak 1,800 tahun sebelum pencipta moden Alessandro Volta memperkenalkannya pada tahun 1799. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bateri berkenaan digunakan secara meluas. Ini didapati daripada terdapat beberapa objek yang dikesan hasil daripada saduran elektrik beberapa logam di beberapa tempat berlainan seluruh bumi Timur Tengah. Selain itu, terdapat beberapa keraguan daripada beberapa pengkaji daripada hasil yang diperoleh melalui gali cari berterusan yang menunjukkan terdapat kemungkinan penghasilan tenaga elektrik pada skala besar.

1 Comment:

  1. Pls.check our battery....kalau dah padam tak boleh charge lagi tau...tuhan bekalkan kite unrechageable battery...samaada fizikal atau spiritual...jgn ashyik check battery lain jer...hihi...

    ReplyDelete

Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?