06 April 2009

Petai

Ciri Fizikal Petai

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai yang terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan.

Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang.

Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat kurang kandungan khasiatnya.

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus.
Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum.

Petai Belalang

Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.

Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.

4 Comment:

  1. Joring bin kodehApr 6, 2009 09:08 AM
    Oooo...ni cito pasal potai eek....tapi bukan potai kek painting tu kan?Elok makan potai nii....lobih eloh makan gan kulit sokali,leh jadi ubek.Cumo tang mulut tu kono lah komur gan listerin lopeh makan eee..kok tak, pak we pun jauih kang..
    ReplyDelete
  2. contohi lah petai membahagikan zat2nya sama rata pada setiap bijinya..stp biji isinya adalah sama besar..jgn pula ikut stail rambutan, dlm satu tangkai pasti ada yg besar dan ada yg kecik..tp kalu potai painting tu x tahu la mcmane biji dia sama besar ke x...hehehe
    ReplyDelete
  3. Petai ni biasenyer org buat ulam,aperkate kite cipta resepi petai buat sop atau bubur pulak.....cam bubur kacang ker sop mushrom ker...tentu sedap
    ReplyDelete
  4. peminat potaj,joring dan kodehJun 22, 2009 07:56 AM
    den tak kesah semua balun,potai paintingpun den balun sekali hahahahaha....................
    ReplyDelete

Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?