Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya(FAM)dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.
Pada 1956,FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC).
Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960.
FAM-PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA Ditubuhkan:1933
Bergabung dengan FIFA:1956
Bergabung dengan AFC:1958
Bergabung dengan AFF (Asean):1984
Warna Jersi: Kuning dan Hitam
Alamat:Tingkat 3,Wisma FAM,Jalan SS 5A/9,Kelana Jaya,47301,Petaling Jaya,Selangor
Sejarah Liga:
Pada 1989 Liga Semi-Pro perkenalkan sebelum menjadi profesional 1993.
1982-1989:
Liga satu pusingan
1989-1993: Liga Dua Division:
Division 1 & Division 2
1994-1997: Liga Satu Division
Liga Perdana
1989-2003: Liga Dua Division:
Division 1(Liga Perdana 1)
Division 2(Liga Perdana 2)
2004-2007: Liga Tiga Divison:
Division 1(Liga Super)
Division 2(Liga Perdana)
Division 3(Kelab FAM/Piala FAM)
Sejarah Piala:
- 1921:Piala Malaya(Malaya Cup) diperkenalkan
- 1933:Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS(HMS Cup)
- 1967:Piala HMS(HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia
- 1982 Piala Liga diperkenalkan
- 1985:Piala Sumbangsih diperkenalkan
- 1990:Piala FA diperkenalkan
1. PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.
2. PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.
3. GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).
4. SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.
5. TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.
6. SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.
7. PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.
8. KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.
9. KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.
10. APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.

1 Comment:
Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?