Apakah itu Taun?
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.Di Malaysia, terdapat 135 kes taun pada tahun 2003 dengan kadar insiden 0.54 / 100,000 penduduk.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.
Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.Di Malaysia, terdapat 135 kes taun pada tahun 2003 dengan kadar insiden 0.54 / 100,000 penduduk.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.
Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
- Kadar nadi/degupan jantung yang laju
- Kulit kering
- Terlalu dahaga
- Mata cengkung
- Letih lesu
- Teramat mengantuk / lemah
- Kurang kencing
- Cengkung bahagian ‘ubun ubun ‘ bagi bayi
Kekejangan abdomen
Loya atau Muntah
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Loya atau Muntah
Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
- Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun.
- Kurang penjagaan kebersihan diri.
- Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan.
Komplikasi
- Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock )
- Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan.
Rawatan
- Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang.
- Berikan terapi Cecair Rehidrasi Mulut (ORS)
- Pemberian cecair cecara infusi intravena
- Pemberian antibiotik seperti; tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.
Bagaimanakah penyakit taun boleh di cegah?
Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
- Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan.
- Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam
Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
- Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak
- Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong)
- Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan
- Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang
Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas.
Gunakkan air yang bersih sahaja.
Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja.
Lagi Panduan elak jangkitan?
Jumpa Doktor anda dengan segera.
Gunakkan air yang bersih sahaja.
Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja.
Lagi Panduan elak jangkitan?
- Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk.
- Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk.
- Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup.
- Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih.
- Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas.
- Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu.
- Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.
Jumpa Doktor anda dengan segera.

0 Comment:
Post a Comment
Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?