Punca-Punca BahayaBahaya fizikal berpunca daripada haba, getaran, tekanan , bunyi, sinaran, kejutan lektrik dan juga daripada tenaga mekanikal.
Haba
Punca
Pekerja yang bekerja di tempat atau menggunakan ketuhar, dapur, tempat melebur atau bekerja di kawasan atau ditengah panas.
Kesan Ke Atas Kesihatan
- Ruam panas – terutama kepada kulit yang sensitif kepada cahaya atau haba
- `Heat Cramps’ – disebabkan kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan melalui peluh.
- Keletihan panas – Kehilangan air dan elektrolit dengan gejala-gejala seperti pening, pengsan.
- `Heat Stroke’ – Keadaan yang peling teruk dengan gejala-gejala seperti sawan, pergerakan otot, kebingungan. Suhu tubuh menjadi sangat panas dan kering. Berakhir dengan gangguan otak yang kekal, tidak sedarkan diri dan kematian.
- Pengawasan – terutama kepada pekerja-pekerja baru dan memerlukan masa untuk penyesuaian.
- Kawalan persekitaran dengan pengudaraan yang cukup, termasuk membuat kawalan suhu, kelajuan perjalanan udara dan kelembapan persekitaran.
- Mekanisma proses – seboleh-bolehnya menggunakan alat yang boleh membendung haba.
- Rehat di antara waktu bekerja.
- Pengambilan air dan garam galian yang mencukupi.
- Pakaian yang sesuai.
Punca
Pekerja menggunakan alat-alat yang bergetar secara berterusan seperti pengetam dan gergaji letrik.
Kesan Ke Atas Kesihatan.
a - Getaran Seluruh Tubuh.
- Pekerja menggunakan mesin pertanian dan kenderaan berat seperti lori dan bas.
- Menyebabkan gangguan kepada rangsangan saraf, penglihatan dan fungsi sistem penghadaman serta merosakkan bentuk tubuh.
- Menggunakan pneumatic drill, gergaji mesin dan lain-lain alat yang bergetar.
- Kerosakan tulang belakang dan sendi tangan.
- Kebas, sakit dan kulit bahagian tangan menjadi putih.
Punca
- Berlaku kerana perubahan tekanan udara keliling secara tiba-tiba.
- Pendedahan – Juruselam, bekerja di bawah tanah.
- Barotrauma - Melibatkan organ-organ berongga seperti telinga, sinus, paru-paru, rongga gigi.
- Kesan I – pening, muntah, batuk berdarah, sakit sendi, sakit kulit, kebas, kepanasan
- Kesan II – lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian, sesak nafas, gangguan penglihatan, bingung, tidak sedar, lumpuh dan sakit jantung.
- Kesan Kronik – reput tulang
- Latihan dan pendidikan kesihatan
- Hadkan masa pendedahan
- Mengadakan `Decompressor Chamber’.
- Memilih pekerja yang sesuai dan mengadakan tanda pengenalan pekerja.
Kesan Ke Atas Kesihatan
- Jika keadaan teruk boleh menyebabkan gangguan jantung hingga kepada`Cardiac Arrest’
- Ke atas otak menyebabkan tidak sedarkan diri dan gagal pernafasan.
- Ke atas kulit boleh menyebabkan terbakar.
Kesan Ke Atas Kesihatan
- Mempengaruhi pekerja secara langsung atau tidak.
- Biasanya akan menyebabkan kecederaan ke atas fizikal
- Contoh : Kecederaan disebabkan oleh mesin yang bergerak.

0 Comment:
Post a Comment
Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?