19 August 2009

Adab Berbuka Puasa Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

  • Berdoa ketika hampir waktu berbuka. Antaranya:
اللهم برحمتك التي وسعت كل شيء اغفرلي

Ertinya: “Ya Allah! Dengan rahmat-Mu yang meliputi semua perkara, ampunilah dosaku”.
  • Segera berbuka bila masuk waktunya.
  • Sebelum menikmati makanan atau minuman, baca doa berikut:
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

Ertinya:“Ya Allah! Berkatilah untuk kami dari apa yang Engkau rezekikan pada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka”.
  • Bila menjamah makanan mulakan dengan bacaan - بسم ال
  • Makan beberapa biji kurma basah ( رطب ) dengan bilangan ganjil seperti 1,3,5,7.
  • Minum susu atau air.
  • Doa selepas berbuka:
اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Ertinya: “Ya Allah! Untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”.
  • Jawab azan dan berdoa selepasnya.
  • Segera sembahyang maghrib berjemaah
  • Selepas sembahyang maghrib boleh sempurnakan makan dan minum. Sunnah Rasulullah ini telah menjadi ikutan para sahabat dan generasigenerasiberikutnya hingga kini khususnya umat Islam sekitar Mekah dan Madinah.
Mengikut riwayat Anas bin Malik:
“Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum sembahyang dengan beberapa biji kurma basah jika tiada, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma kering (تمر) dan jika tiada, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Adab Bersahur
  • Waktu sahur bermula dari tengah malam sehingga terbit fajar.
  • Lewatkan bersahur bagi mendapatkan kecergasan, keberkatan dan ketaqwaan.
  • Disunatkan bersahur dengan makanan yang mengenyangkan seperti kurma kering atau sekurang-kurangnya seteguk air.
  • Selepas bersahur bersedia untuk sembahyang subuh berjemaah.
Zaid bin Thabit meriwayatkan:
“Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w. kemudian kami mendirikan sembahyang Subuh. Bila ditanya: Berapa lama diantara sahur dengan sembahyang subuh. Beliau Menjawab: “Sekadar membaca Al-Quran lima puluh ayat.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Qiyamullail قيام الليل

Maksud qiyamullail ialah beribadat pada waktu malam.Untuk mendapat pahala qiyamullail sekurang-kurangnya sembahyang isyak dan subuh berjemaah.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesiapa yang sembahyang Isyak berjemaah, ia seolah-olah telah mendirikan setengah malam. Orang yang sembahyang Isyak dan Subuh berjemaah seolah-olah ia menghidupkan malam (Qiyamullai )”. (Riwayat Muslim)

I’tikaf اعتكاف

Dalam satu hadis riwayat Aisyah r.a.:
“Rasulullah beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga Allah wafatkan baginda. Kemudian isteri-isteri baginda meneruskan amalan itu selepasnya”. ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Semasa I’tikaf di masjid hendaklah seseorang itu bertawajjuh kepada Allah, seperti zikir, baca Al-Quran dan muzakarah ilmu. I’tikaf dalam bulan Ramadhan lebih afdhal berbanding bulan-bulan lain.

Lailatul-qadar ليلة القدر

Sunat mencari lailatul-qadar pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan terutama pada malam-malam yang ganjil. Pada malam-malam itu kita dikehendaki memberi lebih tumpuan dalam beribadat.

Reblog this post [with Zemanta]
Share
About The Author
KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO (KSdR) Tidak akan bertanggugjawab terhadap sebarang kerugian dan masalah yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman blog (Blogger) ini. Paparan terbaik pada 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox. Pertanyaan dan maklumat lanjut e-mailkan kepada KSdR : enquiries@ksdr.org.my : Hak Cipta Terpelihara © 2008 KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO
Share This
Subscribe Here

blog comments powered by Disqus

KSdR Search

Loading...
 

Berita Mutakhir

Berita Dunia

Berita Sukan

Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa