21 December 2009

Kit Pertolongan Cemas

Setiap isi rumah perlu memiliki sekurang-kurangnya satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanak-kanak. Peti tersebut mestilah teguh dan lebih baik kalis air.

AAA 121-Piece Road Trip First Aid Kit

Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangkamasa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik.

Satu kit yang asas boleh mengandungi barangan atau ubat-ubatan berikut :
  • Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal
  • Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)
  • Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun)
  • Pembalut luka (bandage)
  • Plaster (sepeket)
  • Pita bergam untuk membalut
  • 'Crepe bandage' (untuk rawatan terseliuh)
  • Pembalut elastik
  • Pembalut tiga segi
  • Losyen 'Calamine' untuk ruam yang gatal
  • Kapas steril (1 gulung)
  • Pembalut luka atau dressing
  • 'Gauze parafin' (untuk luka terbakar)
  • 'Gauze steril' - kain jaring halus
  • Dressing untuk luka (2 saiz)
  • Basuhan mata
  • Lampu suluh
  • Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)
  • Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu
  • Putik kapas (untuk meletakkan ubat)
  • Pin (untuk menetapkan bandage)
  • Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja)
  • Penyepit yang tajam di hujung (untuk membuang selumbar)
Share
About The Author
KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO (KSdR) Tidak akan bertanggugjawab terhadap sebarang kerugian dan masalah yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman blog (Blogger) ini. Paparan terbaik pada 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox. Pertanyaan dan maklumat lanjut e-mailkan kepada KSdR : enquiries@ksdr.org.my : Hak Cipta Terpelihara © 2008 KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO
Share This
Subscribe Here

blog comments powered by Disqus

KSdR Search

Loading...
 

Berita Mutakhir

Berita Dunia

Berita Sukan

Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa