27 February 2009

Geli Mat Sari Kata dan Alih Bahasa



Geli Mat....memang kelakar; lihat dan baca sari kata. macam mana pelakon sebut itulah yang diorang terjemahkan sebijik.



Ini pula gaduh, tapi cakap diorang antara yang berlakon ni pula sorang pun tak faham.Heeee..e

Dari Berita Harian

DALAM keasyikan pembaca menonton filem asing, sama ada dari Hong Kong, Bollywood, Thailand atau Hollywood menerusi pelbagai saluran televisyen tempatan, tumpuan pasti terarah kepada sari kata yang disediakan. Bagaimanapun, tidak ramai sedar proses penyediaan sari kata itu adalah sebahagian peraturan diwajibkan bagi setiap filem atau program TV asing sama ada untuk siaran televisyen mahupun pawagam di negara ini sejak 32 tahun lalu.

Ia mula dilaksanakan pada 31 Ogos 1976 dalam usaha memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Ghazali Shafie, dalam laporan Berita Harian bertarikh 4 Ogos 1976, dipetik sebagai berkata, kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan menguatkuasakan peraturan itu walaupun terdapat banyak bantahan, terutama daripada pengusaha pawagam.

Proses sari kata itu dilakukan mengikut sistem ejaan baru dan mengikut piawaian yang ditetapkan bagi memastikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sentiasa terpelihara.

Dari Wikipedia

Dalam perfileman, alih suara (dubbing atau looping) ialah proses merakam atau menggantikan suara bagi sesuatu hasil gambar wayang. Istilah ini paling kerap digunakan untuk merujuk kepada suara-suara yang dirakam yang bukan milik pelakon asal dan bertutur dalam bahasa yang berlainan dengan pelakon asal itu. "Alih suara" juga boleh merujuk kepada proses merakam semula patah-patah dialog oleh pelakon asal yang menyebutnya. Proses ini secara teknikal dikenali sebagai penggantian dialog berautomasi (automated dialogue replacement atau ADR).

Secara amnya, alih suara dilakukan terhadap filem atau rancangan televisyen yang diimport dari negara luar, dan sering dikaitkan dengan anime dari Jepun. Bahan-bahan bahasa asing sering dialih suara ke bahasa tempatan yang ditutur pasaran sasaran bagi meningkatkan kelarisan dengan penonton tempatan dengan memudahkan kefahaman bahan tersebut.

26 February 2009

Kebersihan, Makanan dan Sampah

Pernahkah kita buang sampah; bukan setakat buang sampah di tong sampah macam biasa.Tapi dari kenderaan kita, semasa berjalan sambil makan, anak kita yang buang atau penjaganya sekali.Hoi.... jangan sibuklah! suka hati akulah.Ehh.... macam nak kena suap dengan benda ni (putung rokok aku).

Apakah amalan yang betul untuk kebersihan?
Pertama sekali mestilah jaga kebersihan; jangan taksub sangat sampai tarik kerusi nak duduk tengok ada belang hitam pun nak tukar padahal itu dah memang dah corak dia.
Kedua tidak membuang sampah merata-rata. Maksudnya seorang yang sentiasa menjaga kebersihan sepatutnya juga tidak membuang sampah berselerak.

Ketiga memastikan makan yang diambil itu halal lagi bersih, bukan produk boikot tapi halal pun dah cukup, tak perlu bersusah payah cari info produk boikot cukup kita menghayati maksud halal. Secara tidak langsung benda-benda macam tu dah 'cover' semua.

Secara umum di antara ciri-ciri makanan yang tidak diharamkan di dalam Al-Quran dan hadis adalah :
  • Binatang yang tidak diharamkan dalam Al-Quran dan hadis
  • Tidak memudaratkan kesihatan
  • Binatang yang disembelih dengan nama Allah S.W.T
  • Makanan yang bersih
Perhatikan amalan pertama dan kedua ? Apa pula amalan mereka yang tidak menjaga kebersihan.Fikirlah kalau dia jaga kerbersihan lawannya tentulah membuang sampah merata-rata dan kalau sipengamal kebersihan tidak membuang sampah lawannya tidak pastinya tidak menjaga kebersihan, senangkan ?.

Satu perkara lagi berkenaan kebersihan, pernahkah kita mendengar kempen yang dianjurkan kerajaan bertujuan mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan; minggu kerbersihan; peruntukkan bagi tujuan pembersihan dan masalah tempat pelupusan sampah.Kenapa biarkan orang lain contohnya kerajaan untuk mendidik masyarakat, patutkah orang dewasa di 'ajar' begitu rupa, tidak cukupkah ilmu semasa zaman persekolahan yang mengajar bab berkenaan kebersihan atau lupakah kita ?


Tujuan Kebersihan
Kebersihan berkait dengan kesihatan, manakala kekotoran berkait rapat dengan penyakit. Boleh dikatakan masyarakat yang mementingkan kebersihan akan sentiasa bersih serta sihat. Sementara masyarakat yang mengabaikan kebersihan sudah tentu terbudaya amalan tidak menjaga kebersihan dan akan bergelumang dengan kekotoran. Dan mudah pula diserang atau dijangkiti wabak penyakit. Harus diingat, bahawa kekotoran banyak membawa mudarat kepada manusia dan alam sekitar. Malah kekotoran akan mengakibatkan tersebarnya wabak penyakit seperti taun, denggi, malaria dan lain-lain.

Asas Kebersihan Makanan
  • Mengelakkan keracunan makanan
  • Kesedaran perlu untuk menghasilkan makanan yang selamat
  • Mengurangkan risiko menghasilkan makanan yang tercemar
  • Mengelakkan infestasi haiwan perosak
  • Menarik perhatian pelanggan
  • Mengelakkan keracunan makanan
  • Mengelakkan kerugian syarikat
  • Mengelakkan kehilangan pelanggan dan keuntungan
  • Mengelakkan pengeluaran dan keefisienan pekerja yang rendah
dan sampah pandai buang; pandai kutip; pandai simpan, adapun tak semua sampah itu busuk ada juga dari jenis yang boleh buat duit dan jangan jadi sampah kepada masyarakat, itu lagi bahaya.

25 February 2009

Larut War 1861–1874 - Part 18

Malaysia History Menu

Seperti Negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan-kekacauan di Perak juga berlaku pada tahun 1860-an dan 1870-an. Kekacauan-kekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan yang berlaku sebelumnya. Di antara kekacauan-kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan di antara pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan kekacauan-kekacauan tersebut kerana sebelum tahun 1874, British tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, kekacauan-kekacauan berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Perak selepas tahun 1874. Selepas tahun 1874, berlaku lagi satu kekacauan iaitu Perang Perak 1875.

Perang Larut Pertama 1861


Pertempuran yang pertama ini berpunca atas perkara pengaliran air ke kawasan lombong kepunyaan kongsi Ghee Hin. Mereka telah berjumpa dengan kawasan tanah yang kaya dengan bijih timah dan telah mengusahakannya. Keadaan ini telah menimbulkan rasa iri hati kepada kongsi Hai San. Akibatnya, mereka menyekat pengaliran air yang diperlukan oleh Ghee Hin untuk kawasan perlombongan bijih timah itu. Ghee Hin telah membantah terhadap Hai San dan akhirnya telah mencetuskan satu pertempuran yang hebat. Puak Hai San yang bilangannya lebih ramai menyerang Ghee Hin di Kelian Bharu. Kongsi Ghee Hin telah dikalahkan dengan mengalami kehilangan nyawa dan harta benda yang besar. Mereka telah berundur ke Permatang dan setengahnya ke Pulau Pinang. Memandangkan kejayaan Hai San, Ngah Ibrahim telah menyebelah mereka.

Kongsi Ghee Hin yang kebanyakannya adalah rakyat Inggeris telah membuat aduan kepada Gabenor. Seterusnya, Gabenor telah campur tangan. Hasil dari kajian yang dibuat, Gabenor menyalahkan Sultan Jaafar. Sebab itulah baginda dikehendaki membayar kembali semua ganti rugi sebanyak $17000. Malangnya, Sultan tidak berupaya untuk membayarnya. Setelah diadakan perundingan, Ngah Ibrahim sanggup menyelesaikannya. Sebagai membalah jasa Ngah Ibrahim, maka beliau telah diberi gelaran “Orang Kaya Menteri Seri Paduka Tuan” pada tahun 1863.

Perang Larut Kedua 1865

Pertempuran yang kedua berpunca daripada perselisihan akibat judi yang terjadi di Kelian Pauh pada bulan Jun 1865. Akibatnya kongsi Hai San telah merampas kedai-kedai kepunyaan Ghee Hin dan membunuh beberapa orang tahanan Ghee Hin. Peristiwa ini menyebabkan Ghee Hin ingin membalas dendam. Pada mulanya mereka berjaya mengalahkan Hai San tetapi selepas menerima bantuan dari Ngah Ibrahim, Hai San telah berjaya menyerang balas. Beberapa orang anggota Ghee Hin telah melarikan diri ke Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan. Ketua Ghee Hin iaitu So Ah Chiang telah ditangkap dan dibunuh dalam percubaan melarikan diri itu. Dikatakan hanya 1000 orang dari 2000 orang anggota Ghee Hin telah cuba melarikan diri.

Hai San juga telah meminta bantuan dari Pulau Pinang dan ini menyebabkan pertempuran merebak ke sana. Pertempuran telah menjadi selama 10 hari dalam bulan Ogos. Di Pulau Pinang, Hai San telah mendapat bantuan dari kongsi Toh Poh Kong yang menjadi musuh Ghee Hin.

Oleh sebab pertempuran telah menjadi semakin serius kerana penglibatan orang-orang Melayu, Gabenor terpaksa campur tangan. Kedua-dua pihak dikenakan denda sebanyak $5000.

Perang Larut Ketiga 1872-1873

Sungguhpun pertempuran telah reda, namun sikap permusuhan kedua-duanya masih terus menjadi. Kongsi Ghee Hin secara bersembunyi telah melakukan persiapan untuk menentang kongsi Hai San. Akhirnya pertempuran tidak dapat dielakkan.

Perselisihan telah terjadi berpunca adanya hubungan sulit antara ketua Ghee Hin dengan isteri kepada ketua Hai San. Kedua-duanya ditangkap oleh anggota Hai San lalu dibunuh. Menggunakan peluang ini, Ghee Hin yang telah mempersiapkan diri ingin menuntut bela. Ghee Hin telah melakukan serangan mengejut ke atas Hai San menyebabkan Hai San dapat dikalahkan. Tetapi selepas melengkapkan diri mereka maka dalam bulan September 1872, Hai San telah melakukan serangan balas. Hai San telah mendapat bantuan dari Ngah Ibrahim. Pertempuran yang berlaku telah menyebabkan kira-kira 3000 orang Cina mati terbunuh dan ramai lagi yang cedera.

Anggota Ghee Hin yang telah dikalahkan telah berazam untuk menebus kembali malu mereka. Mereka telah membina kubu pertahanan di Simpang yang dianggap penting untuk mengepung Larut. Dengan menggunakan bot-bot ronda, Ghee Hin telah melakukan serangan dan rompakan sesuka hati. Tujuan mereka adalah untuk menjejaskan kedudukan Hai San. Tindakan Ghee Hin itu telah menimbulkan kebimbangan kepada Inggeris. Pihak Inggeris telah menghantar 2 kapal perang ke Sungai Larut iaitu H.M.S. Thalia dan Midge.

Gabenor Sir Harry Ord telah mengambil keputusan membantu Ngah Ibrahim untuk mengatasi kekacauan di Larut. Raja Ismail gagal untuk berbuat demikian. Ketika kapal perang Thalia dan Midge menjalankan rondaan, kedua-duanya telah dibedil. Akibatnya, Thalia dan Midge bertindak balas tetapi Ghee Hin masih terus mengadakan pertempuran. Oleh sebab ingin membalas dendam terhadap Ngah Ibrahim, Ghee Hin telah menyerang rumah beliau di Pulau Pinang.

Untuk menentang Ghee Hin selanjutnya, maka Kapten Speedy bersama-sama dengan kira-kira 100 askar sepoi tiba di Larut. Kapten Speedy telah diambil bertugas di Larut oleh Ngah Ibrahim. Pada penghujung bulan November 1873, Speedy memulakan serangan ke atas Matang, kubu pertahanan Ghee Hin. Tetapi Ghee Hin telah mempertahankannya dengan berani sehingga di akhir peperangan.

Perang Larut ini telah menjejaskan kegiatan melombong bijih timah dan perdagangan timah dengan Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah mendorong British campur tangan bagi menyelesaikan kekacauan ini.

24 February 2009

Anglo-Siamese Treaty of 1909 - Part 23

Malaysia History Menu

Inggeris semakin bertekad untuk mengambil alih pentadbiran ke atas keempat-empat Negeri-negeri Melayu Utara itu. Bagi Inggeris, masanya telah tiba untuk berbuat demikian apabila Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina jalan keretapi di Siam Selatan. Matlamat Inggeris ini semakin menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani. Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian

Pakatan Inggeris-Perancis 1904
Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya. Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea. Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam.

Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain
Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan Inggeris di situ.

Pembatalan hak-hak wilayah asing
Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala hak wilayah asing di Siam.

Masalah kewangan Siam
Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta kepada Kedah.

Syarat-syarat perjanjian
  1. Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris.
  2. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris.
  3. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan memberi pinjaman wang sebanyak £4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di Selatan Siam.
  4. Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan pada tahun 1855.
  5. Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain.
  6. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

Kesan-kesan perjanjian
  1. Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  2. Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919.
  3. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu.
  4. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu.

23 February 2009

Mentaliti 1-2-3

Hari ini ramai dikalangan orang Melayu mempunyai satu mentaliti yang amat menyedihkan terutama kepada kelompok terbesar makan gaji iaitu orang Melayu. Fakta yang dapat disangkal baik di sektor awam dan swasta. Mereka yang tergolongan dalam keadaan Zon Selesa adalah istilah untuk mereka yang makan gaji. Tak salah kerja sambil makan gaji tapi fikir bila bekerja ?

Apa susah cukup bulan gaji masuk, sakit; ambil cuti sakit kadang-kadang tipu MC. Kerja lebih masa, claim OverTime. Harga Barang naik, minta gaji naik; memang jarang majikan nak bagi. Kerja di luar, claim mileage dan claim itu-ini; claim mengarut dan tak masuk akal. Kalau bab rasuah nak dapat tender dan projek akal memang panjang; ingat! sekelip mata company boleh tutup ?

Masa rehat atau minum; selagi ada member sembang dan kawan layan. Kerja sikit dilambatkan sampai habis time kerja, boleh buat OT! Bila boss suruh, banyak songeh, lawan, komplain, minta itu ini, susah berfikiran positif dan tak matang. Semua orang tahu syarikat untung berjuta. Tapi naik gaji sikit, berpiket, tak selari dengan kenaikan harga barang ? Bonus, boikot banyak benda sama macam asas pegangan parti politik yang disokong selama ni; apa lagi ....

Mentaliti seperti tidak mahu mencari maklumat, hanya bertanya dan kemudian menunggu jawapan tiba; orang beri idea, awal lagi dah tolak; tak respek dan respon sesama manusia apa semua ni. Jahanamlah syarikat macam ni.

Ramai orang memperkatakan mengenai tahap pemikiran dan kelas mentaliti. Para pemimpin politik meminta supaya lebih ramai rakyat, para graduan, para pelajar berusaha meningkatkan tahap pemikiran ke peringkat kelas pertama. Bagaimana pula target 'pemimpin' di dalam syarikat adakah sama taraf dengan mentaliti orang di bawah ?

Jikalau para ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Biruni, al-Razi serta para cerdik pandai zaman moden boleh dikategorikan sebagai kelas terbaik; apakah sebenarnya yang menjadikan pemikiran mereka sebegitu ?

Atau adakah hanya mereka yang mempunyai sijil akademik yang tinggi dikategorikan mempunyai mentaliti berkelas pertama ?

Atau mereka yang tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik sebagai mentaliti kelas tiga dan boleh majikan pertikaikan sewenangnya ?

Atau adakah mentaliti berkelas ini benar-benar berkeupayaan menjadikan seseorang itu lebih baik daripada orang lain?

Atau ada orang yang jelas sekali pengetahuan agamanya begitu cetek dan amat mudah untuk “menjatuhkan hukum” sama seperti parti politik yang diwakilinya.

Sehingga kini konsep yang ringkas dan mudah adalah seperti :
  • orang yang berfikiran singkat - berpandangan jauh
  • beri idea - simpan untuk kepentingan sendiri
  • Berfikir - lebih kurang boleh
  • yang pandai – dan yang bodoh
  • bijaksana – jahil
  • berjalan- berlari
Orang yang berfikiran bernas sebenarnya menjadi kunci dalam memantapkan ilmu yang telah diterima. “Jadilah orang yang tahu berfikir apa yang difikirkan dan jangan berfikir perkara yang hanya merosakkan lagi akal fikiran !”

Kedah Sultanate - Part 6

Kedah has a long history, the Bujang Valley has remains of a Hindu-Buddhist kingdom that dates back to the 4th century AD, making it the oldest civilization of Peninsular Malaysia. The current royal family can trace their ancestry from this time. According to Hikayat Merong Mahawangsa or the Kedah Annals, Kedah was founded by a Hindu king named Merong Mahawangsa.

According to the text further, the Sultanate of Kedah started in year 1136 when the 9th King Phra Ong Mahawangsa converted to Islam and adopted the name Sultan Mudzafar Shah. In the 7th and 8th centuries, Kedah was under the domination of Srivijaya, and was later under Siam, until the rise of the Malay sultanate of Melaka in the 15th century. In the 17th century, Kedah was attacked by the Portuguese after their conquest of Melaka, and by Aceh. In the hope that Great Britain would protect what remained of Kedah from Siam, the sultan handed over Penang and then Province Wellesley to the British at the end of the 18th century.

The Siamese nevertheless conquered Kedah in 1811, and it remained under Siamese control until transferred to the British by the Anglo-Siamese Treaty of 1909. In World War II, Kedah (along with Kelantan) was the first part of Malaya to be invaded by Japan. The Japanese returned Kedah to their Thai allies who had it renamed Syburi, but it returned to British rule after the end of the war. Kedah was a reluctant addition to the Federation of Malaya in 1948. Since 1958, the hereditary Sultan of Kedah has been Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah. The Kedah Sultanate began when the 9th Kedah Maharaja Derbar Raja AD) converted to Islam and changed his name to Sultan Muzaffar Shah. Since then there have been 27 Sultans who ruled Kedah.

Sultans of Kedah
  • Sultan Muzaffar Shah I (1160-1179)
  • Sultan Muazzam Shah (1179-1201)
  • Sultan Mohammed Shah (1201-1236)
  • Sultan Maazul Shah (1236-1280)
  • Sultan Mahmud Shah I (1280-1320)
  • Sultan Ibrahim Shah (1320-1373)
  • Sultan Sulaiman Shah I (1373-1422)
  • Sultan Atadullah Muhammed Shah (1422-1472)
  • Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin I (1472-1506)
  • Sultan Mahmud Shah II (1506-1546)
  • Sultan Muzaffar Shah II (1546-1602)
  • Sultan Sulaiman Shah II (1602-1625)
  • Sultan Rijaluddin Shah (1625-1651)
  • Sultan Muhiyuddin Shah (1651-1661)
  • Sultan Ziauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687)
  • Sultan Atadullah Muhammed Shah II (1687-1698)
  • Sultan Abdullah I Al-Muazzam Shah (1698-1706)
  • Sultan Ahman Tajuddin Halim Shah I (1706-1709)
  • Sultan Abdullah II (1709-1723)
  • Sultan Atadullah Muhammed III (1723-1741)
  • Sultan Muhammed Jiwa Zainal Abidin II (1741-1778)
  • Sultan Abdullah Makarram Shah III (1778-1797)
  • Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II (1797-1803)
  • Sultan Ahmad Tajuddin II Halim Shah (1803-1843)
  • Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II (1843-1854)
  • Sultan Ahmad Tajuddin III Mukarram Shah (1854-1879)
  • Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III (1879-1881)
  • Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943)
  • Sultan Badli Shah (1943-1958)
  • Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (1958-present)
Back to Malaysia History menu

22 February 2009

Jementah Civil War (1879) - Part 12

Malaysia History Menu

Merupakan satu lagi peristiwa atau tragedi terpenting pernah berlaku di bumi Jementah. Daripada sumber-sumber diperolehi jelas menunjukan bahawa Perang Jementah yang berlaku dalam tahun 1879. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:

  1. Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
  2. Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
  3. Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
  4. Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
  5. Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit lohor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.

Meletus perang Jementah pada 25 Oktober 1879 adalah disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.

Perlantikan melalui wasiat ini telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald Anson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal.

Diantara Panglima-panglima yang handal itu ialah:

1. Panglima Besar Layot.
2. Panglima Besar Salim.
3. Panglima Besar Kadir.
4. Panglima Besar Tok Siban.
5. Panlima Besar Sancu.
6. Raja Berambut Panjang.
7. Wan Daud.
8. Wan Abas.

Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.

Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.

Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi. Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.

Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temnggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.

Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.

Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Senader dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.

* Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.
* Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.
* Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.
* Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat.

Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.

Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok Dedap.

Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling dusun dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.

Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya 40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.

Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Taktik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.

Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat, Johor bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.

Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh.

Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.

Kebetulan pada malam itu hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.

Pihak musuh yang mulai panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.

Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.

Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.

Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.

Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.

Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.

Di Segamat tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. Kampung-kampung tersebut ialah:

1. Kampung Pogoh.
2. Kampung Alai.
3. Kampung Lubuk Batu.
4. Kampung Paya Dalam.
5. Kampung Ulu Gemereh.
6. Kampung Batu Badak.
7. Kawasan berhampiran Danau Lanjut.
8. Kawasan berhampiran Danau Kongkong.
9. Kawasan berhampiran Tebing Tinggi.
10. Kampung Tenang.

Di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng.

The world's record holder for deepest fish

The world's record holder for deepest fish goes to the brotulid* family, about which scientists know almost nothing. These fish are benthopelagic, living at depths of 7000 meters or more. The world's deepest fish (Abyssobrotula galatheae) was found in the Puerto Rican Trench at a depth of 8,372 meters (that's over five miles down!).Their eyes appear to be virtually nonexistent. Maybe it's because there is never enough light for the fish to see, so why bother with the eyes?





After all, eyes in most organisms are designed for gathering light in the creature's visual field and transmitting it to the brain - giving it useful information about its environment. In a world where no sunlight ever penetrates there's probably little use for eyes. The brotulids probably have other, highly developed senses to compensate for their lack of vision, which help them to find their way around in the dark depths.

21 February 2009

Mimaland Theme Park

Pernah 'bergumbira' di Mimaland (Taman Tema) masa kecik dulu atau terdengar gelongsor air yang terpanjang di Asia Tenggara ?

Aku pernah, mungkin dalam tahun 1984 dengan family aku. Tapi taman 'nostalgia' dan juga kawasan membela patung dinasor tersebut terletak di Gombak- Selangor, sekarang ni sudah ditutup pada tahun 1993 dulu (16 tahun). Mengikut cerita taman ni ditutup sebab adanya tanda-tanda bahaya tanah runtuh atau tidak menguntungkan.Walaubagaimanapun waktu sekarang ni Mimaland mungkin tak setaraf dengan 'Lagoon-lagoon' air di Malaysia, setakat 'bolehlah' sebab zaman 80an dulu orang baru nak kenal benda-benda macam ni.

Photobucket

Kalau kita lihat 'live' macam mana rupa taman tema tu lihat sedutan filem Gila-Gila Remaja

Anglo-Dutch Treaty of 1824 - Part 15

Malaysia History Menu

The Anglo-Dutch Treaty of 1824, also known as the Treaty of London (one of several), was a treaty signed between the United Kingdom and the United Kingdom of the Netherlands in London on March 17, 1824. The treaty was to resolve disputes arising from the execution of the Anglo-Dutch Treaty of 1814. For the Dutch it was signed by Hendrik Fagel and Anton Reinhard Falck and for the UK George Canning and Charles Watkin Williams Wynn.

The treaty holds that subjects of the two nations are permitted to trade at the others territories in India, Sri Lanka and Indonesia, on the basis of "most favoured nation", but they must obey local regulations. It limits the fees that may be charged on the subjects and ships of the other nation. They also agree not to make any further treaties with Eastern states that would exclude trade with the other nation. They agree not to use their civil and military forces to hinder trade. They agree to oppose piracy and not provide hiding places or protection to pirates or allow the sale of pirated goods. They agree that their local officials can not open new offices on East Indies islands without permission from their government in Europe.

  • British subjects to be given trade access with the Maluku Islands, in particular with Ambon, Banda and Ternate.
  • The Netherlands cedes all of its establishments on the Indian continent and any rights associated with them.
  • The UK cedes its factory of fort Marlborough and all its property on the island of Sumatra to the Netherlands and will not establish another office on the island or make any treaty with its rulers.
  • The Netherlands cedes the city and fort of Malacca and agrees not to open any office on the Malacca peninsula or make any treaty with its rulers.
  • The UK withdraws its opposition to the occupation of the island of Billiton by the Netherlands.
  • The Netherlands withdraws its opposition to the occupation of the island of Singapore by the UK.
  • The UK agrees not to establish any office on the Carimon Islands or on the islands of Battam, Bintang, Lingin, or any of the other islands south of the strait of Singapore, or to make any treaties with the rulers of these places.

All the transfers of property and establishments were to take place on March 1, 1825.

They agreed that the return of Java to the Netherlands, as according to a Convention on Java of June 24, 1817, had been settled, apart from a sum of 100,000 pounds sterling to be paid by the Netherlands in London before the end of 1825.

The treaty was ratified by the Netherlands on June 2, 1824 and by the UK on April 30, 1824.

20 February 2009

Mat Salleh Rebellion (1896–1900) - Part 26

Malaysia History Menu

The Mat Salleh Rebellion of 1894–1905 reflected the failure of the British North Borneo Chartered Company to administer British North Borneo (Sabah) after two decades and was a culmination of opposition since the 1880s.

Mat (Mohamed) Salleh (d. 1899), of mixed Bajau-Sulu heritage, was a trader and minor chief in the upper reaches of the Sugut River. A military tactician believed by the indigenous peoples to be endowed with supernatural powers and invulnerability, he utilized both Muslim and native symbols of authority (Islamic standards, flags, silk umbrellas) and commanded prestige and mystique amongst Muslims and non-Muslims alike.The right and wrong of the conflict between Mat Salleh and the company remain obscure. Apparently an initial misunderstanding escalated into a series of attacks, followed by retribution by either side that created a hostile situation on the western coast and interior. The conflict erupted in late 1894 with the killing of two Iban traders on the Sugut River. A show of force by Mat Salleh at Buli Sim Sim, outside Sandakan, in August 1895 was followed by an attack on his village on the island of Pulo Jambongan. Salleh escaped to the village of Lingkabau and was declared an outlaw in July 1896.

He sacked and burned Gaya Island, then Ambong in 1897; the company destroyed his fort at Ranau in 1898.W. C. Cowie, managing director of the company's Court of Directors in London, felt that Governor Leicester P. Beaufort had mishandled the situation. Cowie met Mat Salleh at the town of Menggatal in April 1898 and verbally promised amnesty to him and his followers. They could reside in the Tambunan region without interference. Mat Salleh agreed but felt deceived when the written agreement refused to pardon his followers who were escaped felons. He began raiding and pillaging in the Tambunan Valley. Furthermore, a company outpost was established in the valley in June 1898, clearly breaking Cowie's pledge.

By the time a company force was sent to attack Mat Salleh's fort at Tambunan in December 1899, Cowie had given up on the whole affair. On 31 December 1899, during the siege of the fort, a chance shot hit and killed Mat Salleh. But it was another five years before the last of his henchmen were killed, surrendered, or captured.The resistance of the people to the company was generally attributed to discontent over the introduction of taxes, including a levy on rice (a staple food) to fund railway and telegraph construction.

But the lack of manpower forced the company to rely on local chieftains to collect revenue; subsequently they abused their mandate, creating dissatisfaction among the people, who readily supported Mat Salleh. The rebellion was not a unified territory-wide uprising, nor was it a nationalist-type struggle; it was a typical type of resistance to intrusion and curtailment of freedom from without.

Link Here

19 February 2009

History Of Malaysia

Post yang akan datang dengan label/Kategori : Malaysia akan menyentuh berkenaan perjalanan sejarah negara bermula dari zaman pra-sejarah sehingga hari ini.

Post tersebut nanti akan di tandakan dengan nombor dan dikemaskini seperti tajuk di bawah :-
  1. Prehistoric Malaysia (60,000–2,000 BCE)
  2. Gangga Negara (2nd–11th century CE)
  3. Langkasuka (2nd–14th century)
  4. Pan Pan (3rd–5th century)
  5. Srivijaya (3rd–14th century)
  6. Kedah Sultanate (1136–present)
  7. Malacca Sultanate (1402–1511)
  8. Portuguese Malacca (1511 - 1641)
  9. Dutch Malacca (1641 - 1824)
  10. Sulu Sultanate (1450–1899)
  11. Johor Sultanate (1528–current)
  12. Jementah Civil War (1879)
  13. White Rajahs (1841–1946)
  14. British Malaya (1874–1946)
  15. Anglo-Dutch Treaty of 1824
  16. Burney Treaty (1826)
  17. Straits Settlements (1826–1946)
  18. Larut War (1861–1874)
  19. Klang War (1867–1874)
  20. Pangkor Treaty of 1874
  21. Federated Malay States (1895–1946)
  22. Unfederated Malay States (19th century–1946)
  23. Anglo-Siamese Treaty of 1909
  24. Battle of Penang (1914)
  25. North Borneo (1882–1963)
  26. Mat Salleh Rebellion (1896–1900)
  27. World War II (1941–1945)
  28. Battle of Malaya (1941–42)
  29. Parit Sulong Massacre (1942)
  30. Battle of Muar (1942)
  31. Battle of Singapore (1942)
  32. Syburi (1942–1945)
  33. Battle of North Borneo (1945)
  34. Sandakan Death Marches (1945)
  35. Malayan Union (1946–1948)
  36. Federation of Malaya (1948–1963)
  37. Malayan Emergency (1948–1960)
  38. Bukit Kepong Incident (1950)
  39. Independence Day (1957)
  40. Federation of Malaysia (1963–present)
  41. Operation Coldstore (1963)
  42. Indonesia-Malaysia confrontation (1962–1966)
  43. Brunei Revolt (1962–1966)
  44. Singapore in Malaysia (1963–1965)
  45. 1964 Race Riots (1964)
  46. Communist Insurgency War (1967-1989)
  47. May 13 Incident (1969)
  48. New Economic Policy (1971–1990)
  49. Operation Lalang (1987)
  50. 1988 Malaysian constitutional crisis (1987–88)
  51. Asian financial crisis (1997–98)
  52. Global economic crisis (2008 - present)
WIKIPEDIA

Reblog this post [with Zemanta]

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA - Part 2

Part 1 - klik di sini

Undang-undang dan peraturan sedia ada:

• kanun jenayah (penal code)
• perlindungan wanita dan kanak-kanak
• peraturan-peraturan disiplin
• hukum-hukum

PENAL CODE:
Section 354 :
• assault or use of criminal force to a personwith intent to outrage modesty

Section 357 :
  • against her will,
  • without consent ,
  • with consent but consent obtained under threat, orunder a misconception, orwhen the women was unable, to understandthe consequences.
  • women under 16 years ofage.
Section 509 :
Words or gesture intended to insult the modesty of a woman

• words, sounds or gestures
• exhibits objects

Section 498 :
Enticing or taking away or detaining with criminal intenta married woman (illicit sex)

Photobucket

MANGSA BIASANYA ENGGAN MELAPOR ; KENAPA MANGSA TIDAK MEMBUAT LAPORAN KEPADA POLIS
  • perasaan malu
  • takut terdedah kepada publisiti
  • implikasi sosial
  • implikasi kewangan
  • tiada prosidur aduan
  • tidak yakin kepada prosidur sedia ada
  • takut akan tindak-balas.
Mekanisme dalaman –pencegahan dan pengendalian.
  • Cepat dan mudah
  • Murah
  • Dapat memelihara kerahsiaan
  • Memberi keyakinan kepada pekerja
  • Menggalakkan mangsa membuat laporan
  • Memudahkan majikan mengambil tindakan.
KEMPEN KESEDARAN - KOD AMALAN UNTUK MENCEGAH DAN MEMBASMI GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu gangguan seksual
  • Menyedarkan majikan tentang tanggungjawab sosial dalam mencegah dan membasmi GS di organisasi masing-masing.
  • Panduan kepada majikan dalam mengadakan mekanisma dalaman.
Kenyataan Dasar

• dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi
• kenyataan mengenai komitmen dan dasar syarikat.
• arahan yang jelas kepada semua pengurus dan penyelia
• kenyataan melarang GS diamalkan dalam organisasi
• peringatan dan amaran kepada semua pekerja

Kenapa perlunya kod amalan dan mekanisme dalaman?

• Masalah di tempat kerja
• Membabitkan perlakuan individu dalam organisasi yang sama
• Isu disiplin dan Isu sensitif
• Melibatkan perasaan dan maruah
• Perhubungan kerja

Jika GS di tempat kerja tidak dibendung.
  1. • memberi kesan buruk kepada perhubungan perindustrian
  2. • kesan buruk kepada moral pekerja
  3. • mengurangkan produktiviti
  4. • meningkatkan cuti sakit dan ponteng kerja
  5. • berhenti kerja/meningkatkan kos untuk mengambil dan melatih pekerja baru
  6. • mengurangkan wanita bekerja
  7. • risiko perbelanjaan tinggi akibat tindakan undang-undang
  8. • mewujudkan suasana kerja yang tidak tenteram, mengancam dan tidak selesa

18 February 2009

Tatacara Temuduga



Ingin bekerja atau menukar majikan ?
Pernahkah kita menghadiri temuduga ?

Kalau lihat video di atas rasanya macam kelakar ,tapi mungkin juga situasi semasa temuduga perlu diambil kira untuk meyakinkan yang menemuduga untuk mengambil anda sebagai pekerja.

Berikut adalah perkara-perkara biasa yang sepatutnya kita elakkan ketika berada di dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan bengang (selain dari video di atas). Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan serta-merta.
  • Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.
  • Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.
  • Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.
  • Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan yang kita berikan.
  • Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.
  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan kita.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA - Part 1

MAKNA GANGGUAN SEKSUAL (GS) DI TEMPAT KERJA

Sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini
(sama ada berkait atau tidak secara terus dengan pekerjaan)
  • yang, atas sebab yang munasabah, dianggap oleh penerima sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas faedah pekerjaannya,
  • mungkin dianggap oleh penerima sebagai pencabulan maruah/penghinaan/ancaman.
KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan Seksual berbentuk ugutan.
• memberi kesan langsung terhadap status ;
• pekerjaan mangsa -untung atau rugi –kenaikan/penurunan pangkat/gaji ;
• pekerja atasan kepada pekerja bawahan ;
• rasuah berbentuk seksual.

2. Gangguan Seksual berbentuk ancaman
• tiada kesan langsung dengan faedah pekerjaan ;
• mengancam, membimbangkan, mengganggu ketenteraman, mengacau ;
• menguji toleransi.

BENTUK-BENTUK GANGGUAN SEKSUAL

1. Gangguan secara lisan
Kata-kata, komen, gurauan, bunyi, soalan, panggilan telefon yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual

2. Isyarat/bukan lisan
Isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda.

3. Gangguan visual
Menunjukkan bahan-bahan lucah,melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit, e-mail.

4. Gangguan Fizikal
Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, menggesel badan, memeluk, mencium, me……….

5. Gangguan Psikologi
Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk untuk bercumbu.

Tempat kerja

• di majlis sosial yang berkaitan dengan tugas ;
• semasa bertugas di luar tempat kerja ;
• semasa mesyuarat atau latihan ;
• dalam perjalanan berkaitan dengan tugas ;
• tempat bekerja –semasa dalam atau di luar waktu kerja ;
• melalui perhubungan atau media elektronik.


Photobucket
Siapa mungkin melakukan GS ?

• pegawai atasan terhadap kakitangan bawahan
• kakitangan bawahan terhadap pegawai atasan

• antara rakan sekerja
• majikan (boss) terhadap pekerja
• pelanggan terhadap pekerja
• pekerja terhadap pelanggan ?

Sambungan PART 2 Di sini

16 February 2009

12 February 2009

Ekonomi 2009

Nampaknya berita tentang kejatuhan ekonomi sering menjadi bual bicara di mana-mana. Malahan tempiasnya telah mula dirasai, dengan kadar kelembapan ekonomi sudah pastinya akan memberi kesan dari segi keselesaan hidup masyarakat umumnya.

“Department saya akan di tutup sebagai langkah penjimatan kos”-“Kilang saya akan tutup, kami dibuang kerja!”-“Jangan beli barang ; beli sikit jangan lebih”-“Kami datang kerja, hanya 4 hari dalam satu minggu ; tak ada kerja cuma datang 'main-main'”-“Sudah dua bulan, saya tidak diberikan OT, adui ! mana cukup gaji basic RM 800 hutang sana-sini !”

Sekarang ramai yang merungut seperti di atas akibat krisis ekonomi yang melanda (itu pun pekerja peringkat rendah paling terasa). Ramai yang akan mengelirukan kita dengan memberitahu bahawa perkara krisis ekonomi merupakan perkara biasa ,yang tidak dapat dielakkan. Kita disuruh percaya bahawa sistem ekonomi kini tiada alternatifnya. Ini tidak benar. Negara kita mempratikkan suatu cara pemerintahan berlandaskan kapitalisma.

Kapitalisma percaya kepada pengumpulan keuntungan yang tidak terhad, pasaran bebas dan bukannya suatu ekonomi yang terancang. Akibatnya ekonomi terumbang ambing diantara ekonomi berkembangan dan krisis eknomi.

Sebagai contohnya semasa ekonomi baik, pemaju membina banyak rumah dan mengeluarkan pelbagai produk. Produk dikeluarkan bukan mengikut keperluan rakyat tetapi mengikut tahap keuntungan yang akan diperolehi. Inilah yang dimaksudkan dengan ekonomi yang tidak terancang. Keuntungan akan dikutip oleh para pemodal ini dengan mengerjakan para pekerjanya sekuat mungkin dengan membayar gaji yang serendah mungkin .
Bagaimana dengan sambutan Akta Gaji Minima oleh kerajaan dan pekerja asing.Kerajaan harus implementasi Akta Gaji Minima dengan segera, hentikan polisi gaji murah. Pada masa yang sama semua kuota untuk pengambilan pekerja asing yang dipegang oleh syarikat besar dibekukan dengan serta –merta. Pekerja dalam negara harus diutamakan, pekerja asing yang hilang kerja dihantar pulang ke negara asal mereka dengan bayaran pampasan yang munasabah.
Oleh kerana tuanpunya kilang takut dengan persaingan, maka dia akan cuba mengeluarkan produknya dengan kos yang serendah dengan tenaga pekerja yang sama. Di sinilah timbulnya penindasan terhadap pekerja ; juga timbulnya punca asas krisis ekonomi ini.

Jika kita fikirkan siapa yang menjadi pembeli atau konsumer terbesar dalam mana-mana masyarakat? Sudah tentunya warga pekerja. Jadi bila wujudnya penindasan maka taraf gaji akan ditekan oleh majikan. Jadi jumlah wang yang dibawa balik oleh pekerja bertambah kurang. Maka sudah tentu dia tidak dapat membeli barang keluaran pemodal dan tuanpunya kilang.

Jadi bilangan orang yang mampu membeli produk dalam pasaran akan berkurang. Pada masa yang sama tuanpunya kilang juga tidak sanggup menaikkan gaji pekerja kerana ianya akan menambahkan kos keluaran barangannya. Jadi permintaan produk berkurang. Kilang terpaksa tutup dan pekerjanya terpaksa diberhentikan.

Bila ramai menganggur , tahap gaji akan turun lagi. Pekerja akan sanggup kerja untuk upah yang lebih rendah demi menampung keluarga masing-masing. Inilah yang dikenali dengan krisis pengeluaran berlebihan tanpa perancangan.Inilah dia sistem kapitalisma.Kerajaan yang mempratikkan model kapitalisma tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Kerajaan yang percaya kepada pasaran bebas akan bertungkus lumus menyelamatkan pihak pekilang dan bukannya kaum pekerja ?


08 February 2009

Kenali RSS

Feed juga dikenali sebagai RSS atau 'Really Simple Syndication' yang diprogramkan untuk memterjemahkan kandungan oleh komputer anda, ia merupakan suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C).

RSS secara ringkas ialah suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini . Kita dapat melihat kandungan-kandungan terkini dari laman web tersebut sepantas ia diterbitkan tanpa perlu melihat laman web dari mana pautannya diperolehi.



Bagaimana untuk menggunakan Feeds ?



Keperluan utama adalah sebagai pembaca berita atau 'News Reader'. Fungsi ini membenarkan ia untuk menyemak Feeds yang digunapakai dan membolehkan anda membaca kandungan-kandungan dari Feed secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (spam ).

Feed boleh diakses samada melalui pelayar web ataupun aplikasi khas yang dimuat turun. News Reader yang berasaskan pelayar web juga membenarkan anda untuk akses Feed dari mana-mana komputer sedangkan aplikasi khas hanya boleh digunapakai pada satu-satu komputer yang ditetapkan sahaja.



Pastikan anda membuat pilihan untuk menerima mana-mana Feeds jika menggunakannya. Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan berita atau apa saja berkenaan RSS sila dapatkan pautan tersebut dari laman RSS, salin dan tampal di News Reader anda, dan ia boleh dikenalpasti melalui icon seperti di atas ataupun pautan terus, sebelum itu dapatkan program RSS dari laman web di http://www.rssreader.com/.


Cara melanggan RSS Ksdr ?

1. Klik icon RSS (atau link RSS pada menu bar di atas) dan anda akan di bawa ke pautan http://feeds2.feedburner.com/ksdr dari sini kita boleh memilih 'web base reader' seperti My Yahoo, I-Google serta laman sosial yang lain sebagai reader, untuk melanggan atau melihat feed yang sebenar yang boleh kita salin dan tampal url RSS tersebut klik pada 'View Feed XML'


2. Dari sini http://feeds2.feedburner.com/ksdr?format=xml salin alamat pada address bar dan tampal pada url tersebut kepada program News Reader anda, selamat mencuba.

07 February 2009

Pencemaran – Pandangan Islam secara am

Islam mengharamkan semua jenis ancaman dan gangguan terhadap individu, masyarakat mahupun umat. Gangguan ini boleh difahami dalam konteks pencemaran alam sekitar dan hukum yang diambil adalah sama dengan gangguan-gangguan dalam bentuk yang lain.

Rasulullah Salallahu ‘alayhi wasallam pernah bersabda yang bermaksud:

‘Suatu perbuatan itu tidaklah boleh mengganggu atau merugikan orang lain dan tidak boleh dirugikan oleh orang lain’
[HR Ibnu Majjah]

‘Siapa sahaja yang mengganggu orang lain, maka Allah SubhanahuwaTaala akan menimpakan padanya dengan perkara yang sama. Dan siapa saja yang membuat kesulitan terhadap orang lain, maka Allah akan menimpakan kesulitan ke atasnya
[HR Ibnu Majjah]

Sekiranya sesebuah negara itu prihatin dengan penerapan hukum Allah, maka kejadian pencemaran seperti pencemaran sungai, udara dan kejadian tanah runtuh yang begitu berleluasa di negara ini, ia seharusnya ditangani atas dasar penerapan hukum syara’ yang mewajibkan gangguan-gangguan ini dihilangkan.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

‘Hendaklah seseorang itu tidak buang air kecil di dalam kolam air yang tidak mengalir, lalu mandi di dalamnya’
[HR As-Syeikhan, Abu Daud, An-Nasa’i dari Abu Hurairah]

Konteks hadis ini boleh dikiaskan kepada apa sahaja yang boleh mencemari persekitaran seperti bahan buangan industri dan lain-lain lagi. Selain dari itu, penerapan hukum ini juga hendaklah dijalankan di dalam bentuk pencegahan. Pendidikan media massa dalam aspek gangguan pencemaran ini perlu ditekankan agar rakyat, secara individu dan masyarakat akan turut sama memastikan bahawa gangguan-gangguan seperti pencemaran dan yang lainnya tidak akan dilakukan.

Inilah pandangan Islam secara umum dalam menangani masalah pencemaran. Bukan sekadar mengwar-warkan ke sana-sini petikan kata-kata Karam Singh Walia, ‘hutan terbakar nampak berasap, hati terbakar siapa tahu’, sebaliknya, amat penting bagi umat Islam menyedari bahawasanya keuntungan dan manfaat bukanlah rujukan dalam penerapan syariat Islam untuk menyelesaikan masalah seperti ini.

Keredhaan Allah merupakan tujuan utama penerapan hukum syara’ yang pasti akan membawa maslahah kepada seluruh umat manusia. Akan tetapi, penerapan hukum syara’ yang kaffah, merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam menangani masalah pencemaran, hanya boleh direalisasikan dengan berdirinya Daulah Khilafah Islamiyyah sebagai suatu kewajiban dan janji Allah yang pasti! Wallahua’lam

Di olah dari PDF

05 February 2009

Pulau Perhentian


Pembukaan dan penempatan awal di Pulau Perhentian

Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Orang yang paling awal mendudukinya ialah Batin Mina dan keluarganya. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menjadikan Pulau Perhentian sebagai satu petempatan.

Asal Penduduk Pulau Perhentian

Orang yang pertama menduduki Pulau Perhentian dipercayai berasal dari Kepulauan Riau, iaitu jajahan takluk Johor-Riau pada masa itu. Batin Mina dan keluarganya datang ke Pulau Perhentian dengan menumpang kapal-kapal dagang China yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara. Beliau telah melarikan diri dari buruan Belanda kerana telah bertindak menentang penjajahan dengan cara merompak dan mengugut kapal-kapal dagang barat. Keturunan beliaulah yang terus mendiami Pulau Perhentian serta beberapa keluarga yang berasal dari Tanah Besar Semenanjung.


Bagaimana Pulau Perhentian Mendapat Nama

Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus. Ianya dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu.

Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ianya telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar.

Metos Di Pulau Perhentian

Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga.

Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu.

Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali.

Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.

03 February 2009

Malaysia kekal jadi destinasi menarik FDI Jepun

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Walaupun persekitaran ekonomi dunia yang suram telah menjejaskan Amerika Syarikat dan Eropah dengan teruk, Jepun melihat Malaysia sebagai satu daripada destinasi paling menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pelabur Jepun di rantau ini.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Jepun berada pada kedudukan yang amat baik.“Kami merupakan satu daripada rakan dagang utama Malaysia dan sentiasa menjadi rakan dagang ketiga teratas,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual. Horie berkata: “Jepun merupakan nombor satu dalam senarai negara pengimport bagi Malaysia dan nombor tiga dari segi eksport. Kami juga merupakan satu daripada tiga pelabur terbesar. Pada 2006 dan 2007, Jepun muncul sebagai pelabur terbesar di Malaysia.”

“Sejak saya bertugas di Malaysia 16 bulan lepas, saya sentiasa membawa berita baik, Jepun menjadi pelabur No. 1 di negara ini.” Beliau berkata, negara matahari terbit itu akan terus menjadi pelabur utama di Malaysia. Pada masa ini terdapat 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia.

“Semua ini merupakan pelaburan langsung asing dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lepas. Jumlah pelaburan terkumpul Jepun di Malaysia sangat besar.Pelaburan ini saling berkait dengan hubungan erat dua hala kita,” kata beliau sambil menambah bahawa Jepun dan Malaysia tidak boleh dipisahkan memandangkan pelaburan semasa akan meningkat. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pada tahun 1990-an, terdapat 100 hingga 200 syarikat Jepun menarik diri dari Malaysia, berkurangan kepada 1,100 atau 1,200 daripada jumlah syarikat beroperasi di sini.Horie mengakui kemunculan China dan Vietnam “telah mengalihkan pelabur Jepun pada masa itu setelah mereka dapati negara berkenaan mempunyai lebih banyak kelebihan.” Namun begitu, selepas 2000, situasinya berubah.

“China berkembang sendiri dan paras upah meningkat dalam masa lebih 10 hingga 15 tahun lepas manakala Vietnam menarik banyak pelaburan,” katanya.

“Bagaimanapun, China dan Vietnam masih kurang dalam bidang tertentu terutamanya dalam sektor infrastruktur,” katanya.Horie berkata, pelabur Jepun telah menilai semula prospek pelaburan mereka di rantau ini dan membuat kesimpulan bahawa “Malaysia masih negara yang baik untuk dilabur berbanding dengan negara lain di rantau ini.”

Pertamanya, beliau berkata, Malaysia mempunyai infrastruktur yang maju dan tenaga kerja yang agak mahir. Malaysia juga merupakan satu daripada negara yang paling stabil dari segi politik, ekonomi dan sosial.

“Satu lagi faktor kelebihan Malaysia ialah setiap orang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh bertutur pelbagai bahasa. Bukan hanya Bahasa Malaysia tetapi juga Bahasa Inggeris dan banyak yang boleh bercakap dan memahami bahasa Cina.

“Negara yang pelbagai budaya dan agama ini mempunyai kesan sinergi yang baik dan saya rasa ini merupakan faktor kukuh bagi Malaysia,” kata beliau sambil menambah bahawa Jepun terlalu serumpun dan “ini merupakan kelemahan Jepun.” “Bagi ekonomi Jepun untuk hidup dan meneruskan kelangsungan dalam dunia globalisasi ini, saya rasa Jepun dan warga Jepun perlu banyak belajar dari Malaysia dan rakyat Malaysia. – Bernama

02 February 2009

Malaysians To Be Entertainment And Media Junkies

Malaysia has emerged as the top 10 media consuming nation out of 52 countries surveyed by The Nielsen Company to unearth the entertainment technology ownership and usage habits of global citizens.

Malaysians especially have an enormous appetite when it comes to consuming digital media (any type of information stored in the computer, including data, voice and video), ranking fifth out of 52 countries. They are also prolific and sophisticated users of the Internet, with 53 percent having streamed or played content such as full-length movies or movie clips, movie trailers/ads, TV shows or clips from TV shows, music videos or other audio tracks or files, short video clips or individual/amateur clips and videogames in the past month.

Meanwhile, 41 percent have downloaded the same variety of content from the Internet over the last month. This ranks Malaysia in seventh and ninth place respectively out of 52 countries when it comes to the frequency of streaming or playing and downloading entertainment content from the Internet. In fact, Malaysia took third placing globally in terms of those who spend over 20 hours a week watching streamed or downloaded content from the Internet.

The findings emerged from the entertainment portion of the biannual Nielsen Global Online Consumer Survey, which reached 26,000 online users in September, including 500 Malaysians. Rankings were computed by measuring a range of scores in response to thematically similar survey questions.

“Malaysians are real entertainment and technology junkies. They consume a copious amount of home entertainment, music, video games and digital media. These tech-savvy locals are also thoroughly hooked on the Internet, streaming and downloading digital media content on a regular basis,” said Paul Richmond, Managing Director, Consumer Group, Nielsen Malaysia.

Apparently, the so-called digital divide between emerging and developed economies worldwide may not be that wide after all as the survey found that while Western countries tend to be heavy users of media hardware like DVD players and gaming consoles, next-generation devices like video-enabled handsets are more popular in the up-and-coming markets, particularly in Asia.

Out of the 52 countries surveyed, five from Asia-Pacific occupied spots in the top 10 list with the highest levels of usage across a range of media devices, with Philippines claiming the top spot.

While the Philippines was joined in the top 10 by China, Vietnam, Thailand and Malaysia, the quartet of booming economies known as the BRIC countries--Brazil, Russia, India and China--fared even better on a regional basis. Brazil finished second to Philippines in the overall media usage ranking, and finished first in the music category.

“Piracy has also kept the cost of acquiring music down both on CDs and downloads,” Richmond said, noting that many Asian consumers largely skipped landlines in favor of wireless technology.

“The same leapfrogging is taking place with entertainment,” Richmond said. “For example, consumers are circumventing the need for a relatively expensive gaming console to play subscription-based videogames online.”

Other factors responsible for robust media usage in many Asian countries, include the broad uptake of mobile due to widespread use of public transportation and government policies maximizing broadband access in China and Singapore.

“For Malaysia, broadband penetration is only at 18 percent according to the Ministry of Energy, Water and Communications. But with the government’s push to ready High Speed Broadband (HSBB) via fibre-optics by 2010 with Phase 1 offering 1.3 million premises, we can expect the country to continue its climb up the media consumption ladder,” said Richmond.

In contrast, Western countries tended to score better on usage of less mobile offerings like console video games and DVD players. But when it came to streaming and downloading online content, Eastern nations proved no match.

The Nielsen study also yielded a sense of which media devices are most popular across the world. The desktop or laptop computer (PC) managed to edge out the television set, with 77% of respondents indicating they had used a PC during the past month, just ahead of 75% for TV. The CD player finished with 50%, followed by DVD (48%). Mobile phones without video or Web capabilities were used by 40%, while video-enabled phones finished with 30%.

In Malaysia, TV ownership of 89 percent is slightly ahead of PC, at 87 percent. However, PC’s usage trumped that of TV at 85 percent versus 77 percent, pointing to the pervasive penetration of the PC in modern life.

The elevated usage scores of emerging nations can be explained in several ways. Emerging economies that tend to have low Internet penetration are more likely in an online survey to skew toward heavy media users. In more developed countries where Internet access is near universal, the sample will be a more natural representation of the general population, with both casual and heavy media users.

Another likely factor skewing media usage in favor of emerging countries is the average age of their online population is more than 10 years younger than in the West.

Furthermore, countries plagued by content piracy problems are also likely to perform strongly on results for the survey, which does not make a distinction between users engaging in legal or illegally obtained media.


Sumber daripada : Nielsen