30 April 2009

KSdR New Domain


Makluman Kepada Semua Pelawat
Laman Blog KSdR telah bertukar kepada domain baru. Alamat KSdR sekarang adalah www.ksdr.org.my.
Harap maklum.






Attention For All Visitors
KSdR Blog now at new address domain, new address will be know as www.ksdr.org.my.

*KSdR - Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo

26 April 2009

Petua Mengekalkan Prestasi Seks

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu :
  • Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.
  • Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  • Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  • Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.
  • Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  • Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.
  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian barulah minum air.
  • Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.
  • Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  • Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  • Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  • Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering.
  • Buang air kecil dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.
  • Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  • Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  • Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  • Jangan jima' di dalam air.
  • Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.
  • Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  • Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  • Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.
  • Jangan cungkil gigi dengan kemuncup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.
Wallahu A'lam . . . . . . mereka lebih dahulu makan garam . . . .

Tips Mengisi Petrol

Isikan petrol ke kereta/motosikal anda pada awal pagi.
Sebab: Pada suhu yang rendah petrol tidak mudah meruap, jadi anda dapat hampir jumlah liter petrol yang anda bayar.

Isikan petrol ke tangki secara perlahan
Sebab: Pada pam minyak, biasanya ada tiga tahap kelajuan pam, gunakan yang paling rendah dan anda boleh mengurangkan kadar kemeruapan petrol.

Isi petrol ketika tangki kenderaan separuh penuh
Sebab: Lebih banyak ruang udara dalam tangki petrol anda, lebih mudah petrol meruap.

Jangan isi petrol jika anda dapati terdapat lori tangki sedang menambah simpanan petrol di stesen tersebut.
Sebab: Kemungkinan besar ketika mereka sedang menambah stok, habuk akan terapung dan jika ketika itu anda mengepam petrol, keladak tersebut akan termasuk sekali ke tangki kenderaan anda.

Tips on Filling your Vehicles…

ONLY BUY OR FILL UP YOUR CAR OR BIKKIE IN THE EARLY MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD.
Remember that all service stations have their storage tanks buried below ground. The colder the ground, the denser the fuel, when it gets warmer petrol expands, so buying in the afternoon or in the evening…. your litre is not exactly a litre.
In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products play an important role. A 1 degree rise in temperature is a big deal for this business. But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.

WHEN YOU’RE FILLING UP, DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER OF THE NOZZLE TO A FAST MODE.
If you look, you will see that the trigger has three (3) stages: low,middle, and high. In slow mode, you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created, while you are pumping. All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you’re getting less worth for your money.

ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN YOUR TANK IS HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank, the less air occupying its empty space. Petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation.

ANOTHER REMINDER, IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING INTO THE STORAGE TANKS, WHEN YOU STOP TO BUY, DO NOT FILL UP
most likely the petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.

25 April 2009

Bateri Purba Baghdad

Pada tahun 1936, suatu gali cari dilakukan di sebuah kampung berdekatan Baghdad berusia lebih 2000 tahun telah menemui sebuah pasu kecil penuh misteri dan tidak diketahui kegunaannya. Pasu yang hanya mempunyai ketinggian 15 cm ini diperbuat daripada tanah liat berwarna kuning cair didapati berusia lebih dua abad.

Di dalam pasu itu terkandung silinder tembaga yang berukuran 12.5 cm x 3.8 cm. Di bahagian tepi kepingan tembaga itu dipaterikan dengan 60 hingga 40 logam timah berbanding dengan jenis pateri yang ada hari ini. Bahagian bawah silinder ditutup dengan cakera tembaga dan dipaterikan dengan bitumen atau simen asfalt. Satu lagi lapisan penebat dipateri dengan simen asfalt pada bahagian atas dan juga terdapat rod besi di bahagian tengah silinder tembaga tersebut. Rod berkenaan membuktikan wujudnya kakisan yang bertindak balas dengan agen asid.

Bateri Zaman Purba
Ahli arkeologi Jerman, Wilhelm Konig, telah menjalankan analisis pada objek yang ditemui dan menemui suatu kesimpulan yang mengejutkan. Beliau mendapati pasu tanah liat itu adalah sebuah bateri elektrik purba. Bateri purba yang ditemui kini dipamerkan di Muzium Baghdad kerana ia ditemui di bumi Baghdad. Semoga keadaannya masih elok dan kekal di muzium berkenaan untuk tatapan generasi baru dan mengagumi kepintaran manusia zaman dahulu. Tarikh bateri berkenaan dianggarkan antara 248 Sebelum Masehi dan 226 Tahun Masehi.

Dr. Konig turut menemui pasu tembaga yang disalut perak di Muzium Baghdad, hasil gali cari dari bahagian Sumaria ke Selatan Iraq yang berusia lebih awal, 2500 Sebelum Masehi. Apabila cahaya pasu dinyalakan, suatu patina biru atau filem diasingkan daripada permukaan, yang seakan saduran elektrik perak terpancar ke bahagian tapak tembaga. Ini bermakna orang Parsi pada zaman dahulu adalah orang pertama yang mencipta dan menggunakan bateri.



Pada tahun 1640, Willard F.M Gray, seorang jurutera dari Makmal Voltan Tinggi Elektrik Asas, Pittsfield, Massachussets, membaca teori Konig. Melalui lukisan dan penerangan yang diberikan oleh saintis roket Jerman, Willy Ley, Grey membuat replika bateri berkenaan. Dengan menggunakan perisian tembaga sulfat, ia menjana hampir setengah volt elektrik.

Dalam tahun 1970-an, ahli egiptologi Jerman, Arne Eggebrecht membina replika bateri Baghdad dan mengisinya dengan jus anggur segar, beliau menjangkakan masyarakat purba melakukan sedemikian untuk menghasilkan tenaga elektrik. Replika berkenaan berjaya menghasilkan 0.87V tenaga elektrik. Beliau menggunakan tenaga elektrik daripada bateri kepada saduran elektrik perak sebuah patung bersalut emas.

Eksperimen ini membuktikan tenaga elektrik telah digunakan sejak 1,800 tahun sebelum pencipta moden Alessandro Volta memperkenalkannya pada tahun 1799. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bateri berkenaan digunakan secara meluas. Ini didapati daripada terdapat beberapa objek yang dikesan hasil daripada saduran elektrik beberapa logam di beberapa tempat berlainan seluruh bumi Timur Tengah. Selain itu, terdapat beberapa keraguan daripada beberapa pengkaji daripada hasil yang diperoleh melalui gali cari berterusan yang menunjukkan terdapat kemungkinan penghasilan tenaga elektrik pada skala besar.

AGATA Chair from Kokuyo Wins Prestigious German Design Award


The new AGATA/D chair from Kokuyo has won the prestigious Universal Design Award 09.

The award is judged by a panel of five professional designers and a cross section of 100 end users.

Although sponsored by German organisations Universal Design GmbH and iF International Forum Design GmbH, the Award recognises international design excellence and Kokuyo becomes the first Japanese company to be honoured.

The Universal Design Award was established to raise awareness of contemporary design issues to individuals, businesses, researchers and government.

The programme is unique in that it invites the public to participate in deciding which products deserve an award.

Judging decisions are based on key criteria such as accessibility, flexibility, intuitiveness, safety, affordability and sustainability.

Although it scored highly across the board, the judges were particularly impressed with AGATA's ability to combine exceptional comfort with ease of use.

Winners universal design consumer favorite 09


24 April 2009

Kehidupan Selepas Waktu Kerja - Lelaki

Waktu bekerja biasanya dihabiskan dalam masa 8 jam sehari iaitu dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Tetapi selepas waktu bekerja, kita semua akan memulakan kehidupan yang berbeza antara satu sama lain.

Sebagai contoh
  • kalau seseorang sudah berkeluarga, pulang ke pangkuan isteri dan anak tercinta.
  • kalau yang masih bujang, mereka mungkin akan bersama rakan-rakan.
  • Jangan balik rumah dulu, melakukan aktiviti sukan dan pulang ke rumah.
  • Balik dan tidur, 'kera sumbang'.
Bagi lelaki yang masih lagi bersosial tidak kira sudah berumahtangga atau belum adakah perkara di atas masih lagi menjadi rutin harian?

atau

adakah kehidupan selepas waktu bekerja itu akan menjadi lebih seronok?

(contoh pergi ke kelab untuk bersuka ria, pergi ke karaoke untuk melepaskan stress atau berborak bersama rakan sehingga lewat malam)

Jawablah..................

23 April 2009

Maklumat Jabatan Pertahanan Awam

SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu pada 1951.
Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan itu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan, selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.

Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam.

Tahun lalu, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.

Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting kepada negara.

Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai sukarelawan.
Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan, malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira 58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu negara berdepan ancaman seperti banjir.

TAKRIF PERTAHANAN AWAM

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana.

OBJEKTIF
Mengurangkan Risiko Akibat Bencana:-
» Latihan kepada Orang Awam
» Sistem Amaran Bencana
» Pusat-pusat Perlindungan

Respond Kepada Bencana :-
» Menubuhkan Pasukan-pasukan (First Responder)
» Perkhidmatan Kecemasan

Pemulihan.
» Pembersihan
» Pembangunan Semula
» Kaunseling

FUNGSI

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.

Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

FOKUS STRATEGIK
Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional.

Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam.

Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf.

Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik).

Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana.

Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat.

Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana.

Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

MOTTO
SEDIA PANTAS BERINTEGRITI

NILAI DAN TERAS
Cekap dan Tepat

Berdisiplin dan Bertanggungjawab

Kerja Berpasukan

Berkhidmat Dengan Ikhlas


21 April 2009

Tetikus Pertama Dunia

Tetikus komputer pertama dicipta pada tahun 1963 oleh Douglas Engelbart (dalam bentuk prototype) di Stanford Research Institute.

Beliau merupakan salah seorang yang menghasilkan hypertext dan mula membuat penyelidikan cara mengawal komputer menggunakan tangan seawal 1960. Alat tersebut menggunakan dua roda yang diletakkan pada sudut 90 darjah dengan satu butang klik manakala badannya diperbuat daripada kayu.

Tetikus yang menggunakan bola pula direka pada tahun 1972 ; jenis optikal dicipta sekitar tahun 1980 ; tetikus laser pada awal 1998


19 April 2009

Adab Bekerja

Islam menganjurkan umatnya rajin bekerja bertujuan ;
  • Supaya umat Islam maju dan berjaya dalam bidang ekonomi.
  • Umat Islam akan dipandang mulia oleh umat yang lain.
  • Memantapkan ekonomi keluarga, masyarakat dan seluruh umat Islam.
  • Sebagai sumber kekuatan umat dan negara.
Islam mewajibkan seseorang itu bekerja kerana ;
  • Merupakan ibadat yang mendapat ganjaran pahala.
  • Untuk menyara diri sendiri dan keluarga.
  • Meningkatkan prestasi.
  • Menghasilkan produk yang berkualiti
  • Rezeki yang halal dan diberkati.
  • Menghindarkan sikap malas berusaha serta suka meminta daripada orang lain.
  • Dapat mengeluarkan zakat untuk memenuhi tuntutan syarak.
Adab ketika menjalankan tugas ;
  • Mulakan dengan lafaz bismillah, bertujuan supaya membawa berkat atas kerja kita.
  • Menyelesaikan tugas pada waktu yang ditetapkan, jangan tangguh kerja. Kerja anda akan cemerlang jika ikut nasihat ini.
  • Pakaian sentiasa menutup aurat, kemas, bersih dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan.
  • Ke mana kita pergi akan dapat bertoleransi dan bekerjasama untuk melahirkan suasana kerja yang harmoni.
  • Mematuhi arahan ketua. Ikut prosedur dan kaedah yang betul.
Akibat tidak bertanggungjawab semasa bekerja ;
  • Kerja yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
  • Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program.
  • Hasil pengeluaran atau produk tidak berkualiti.
  • Hilang kepercayaan orang lain terhadap organisasi

18 April 2009

Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu

Buat renungan kita bersama :
Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".

Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.
Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Dan didalam satu riwayat menceritakan, pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Demikianlah balasan dan azab bagi mereka yang meninggalkan Solat 5 waktu .... Moga sama-sama kita mengambil iktibar dan peringatan sebagai panduan untuk kita meneruskan kehidupan di dunia yang fana' ini.



17 April 2009

Taun

Apakah itu Taun?
Taun adalah penyakit jangkitan bakteria Vibrio cholerae pada usus kecil dan ini menyebabkan cirit birit yang teruk.Di Malaysia, terdapat 135 kes taun pada tahun 2003 dengan kadar insiden 0.54 / 100,000 penduduk.

Apakah tanda-tanda dan gejala?
Cirit- birit mendadak yang banyak dan cair. Cirit - birit ini berbau busuk dan merupai air basuhan beras.

Dehidrasi ( keadaan kekurangan air )
  • Kadar nadi/degupan jantung yang laju
  • Kulit kering
  • Terlalu dahaga
  • Mata cengkung
  • Letih lesu
  • Teramat mengantuk / lemah
  • Kurang kencing
  • Cengkung bahagian ‘ubun ubun ‘ bagi bayi
Kekejangan abdomen

Loya atau Muntah

Tanda / gejala muncul dalam beberapa jam hingga lima hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan kuman taun.
  • Kurang penjagaan kebersihan diri.
  • Kurang rawatan pada air untuk di minum dan kumbahan/pembetungan.
Komplikasi
  • Kehilangan cecair dari badan yang menyebabkan dehidrasi dan renjatan ( shock )
  • Kematian / maut boleh berlaku dalam masa yang singkat jika tidak mendapat rawatan.
Rawatan
  • Menggantikan cecair badan dan garam yang hilang.
  • Berikan terapi Cecair Rehidrasi Mulut (ORS)
  • Pemberian cecair cecara infusi intravena
  • Pemberian antibiotik seperti; tetracycline, Doxycline dan Ciprofloxacin.
Bagaimanakah penyakit taun boleh di cegah?
Sentiasa amalkan kebersihanan diri:
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum penyediaan makanan.
  • Kekalkan kebersihan dan (sanitasi) sistem pembuangan tinja (najis)yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam
Elak makanan yang berisiko semasa berlaku wabak:
  • Sayuran mentah / ulam dan buah-buahan, makanan penjaja dan ais semasa berlaku wabak
  • Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi jalan (cendol dan buah potong)
  • Ais kecuali ais dibuat dari air masak atau air yang telah dibotolkan
  • Makanan tidak masak atau ikan mentah atau jenis kekerang
Hanya makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas.

Gunakkan air yang bersih sahaja.

Hanya minum air yang telah masak atau air yang telah dibotolkan sahaja.

Lagi Panduan elak jangkitan?
  • Minum air yang dimasak. Suhu air mendidih akan membunuh bakteria. Gunakan air bersih seperti air paip atau telaga yang dibubuh klorin untuk kegunaan harian seperti membasuh pinggan mangkuk, makanan segar, meggosok gigi dan mengambil wuduk.
  • Makan makanan panas dan elakkan makanan sejuk seperti ais, aiskrim, air batu campur kerana bakteria taun mudah membiak dalam keadaan sejuk.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih. Musnahkan semua tempat pembiakan lalat dan makanan ditutup.
  • Sayuran dan buah-buahan segar hendaklah dicuci dengan sempurna menggunakan air bersih.
  • Hendaklah sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas.
  • Jika ingin makan di gerai, pastikan gerai itu bersih. Bagaimanapun, langkah lebih bijak dengan menghentikan makan di gerai buat sementara waktu.
  • Jika ada ahli keluarga telah mendapat taun, pastikan ahli keluarga lain diberitahu tentang kebersihan semasa buang air besar bagi mengelakkan ahli keluarga lain daripada dijangkiti penyakit tersebut.
Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit taun?
Jumpa Doktor anda dengan segera.

16 April 2009

Stesen Keretapi Seremban 1910 - 20.

Photobucket

Bandar Seremban sebelum ini dikenali sebagai Sungai Ujong terbina menerusi industri perlombongan bijih timah sekitar tahun 1840 di Rasah.

Walaubagaimanapun bangunan Stesen Keretapi Seremban hanya dibina antara tahun 1904 hingga tahun 1910 dengan kos sebanyak RM26,000.00. Laluan keretapi itu mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai laluan utama menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sejak 1890 ; juga menjadi salah satu komponen terpenting di Seremban. Sementara itu hampir seluruh struktur binaannya masih dikekalkan sehingga kini. .

Stesen dengan 3 platform dihubungkan dengan sebuah jejantas. Disebabkan ia merupakan terminal KTM Komuter, hanya satu platform diperlukan ; sebagai tamatan perjalanan dari utara ke selatan ; permulaan perjalanan dari selatan ke utara.

Tapak stesen keretapi tersebut juga merupakan tempat pelancaran pembinaan institusi sekolah King George V (KGV) sekolah harian primer tersohor Negeri Sembilan pada 15 Januari 1923. Pembinaan bangunan sekolah sebagaimana yang kekal sehingga ke hari ini dimulakan pada 7 Oktober 1926.

15 April 2009

Eco LiveOffice Shinagawa



www.kokuyo.co.jp

Negeri Sembilan Dan Asal Usul

JELEBU
Jelebu dikatakan berasal dari perkataan labu iaiatu sejenis tanaman menjalar. Orang Asli dari Sungai Ujung telah membawa benih labu dan menyemainya di kawasan petempatan baru. Didapati labu tersebut tumbuh dan menjalar dengan suburnya. Mereka bermuafakat menamakan tempat tersebut sebagai jalar labu kemudian berubah kepada jalalabu dan akhirnya jelebu.

KUALA PILAH
Ia merupakan pekan penting di Negeri Sembilan. Ia terletak 25 batu dari Seremban. Kuala Pilah pernah dijadikan ibu negeri Negeri Sembilan sebelum Seremban. Ia mendapat nama daripada nama sungai iaitu Sungai Pilah. Perkataan pilah berasal dari perkataan bilah buluh. Pokok buluh banyak tumbuh di kawasan ini. Buluh dijadikan peralatan kegunaan di rumah ketika itu seperti raga, bakul dan sebagainya. Bagi menjadikan raga, buluh perlu dibelah-belah kecil dan diraut untuk dijadikan bilah. Dari bilah buluh baru boleh dibentuk menjadi raga, bakul dan lain-lain.

TAMPIN
Tampin adalah salah satu sebuah daerah dalam Negeri Sembilan. Dari segi pentadbiran sosiopolitik adat, daerah Tampin terbahagi kepada empat wilayah iaitu Pasir Besar, Ayer Kuning dan Gemencheh ialah luak kecil di bawah naungan Luak Johol. Ketiga-ketiga luak kecil ini diperintah oleh seorang Penghulu Pusaka Luak. Tampin, sebagai sebuah kerajaan, kerana tidak dinaungi oleh mana-mana luak adat asal, dipanggil luak dan diperintah oleh Tunku Besar Tampin. Oleh sebab luak Tampin ini luak baru, sebagai kawasan pemerintahan adat , Tampin dikatakan sebagai wilayah Tunku Besar Tampin.

Luak Tampin sebelum 1834 berada di bawah kekuasaan Rembau dan segala pentadbiran berpusat di Rembau. Kewujudan Luak Tampin adalah akibat dua peristiwa utama iaitu Perang Naning dan perebutan dinasti yang melibatkan Rembau dan Seri Menanti.

Perang Naning, antara British dengan Dato’ Naning berlaku dalam tahun 1832 menghasilkan dua perkara. Pertama kekalahan Dato’ Naning mengakibatkan kerajaan Naning kehilangan wilayah bahagian timurnya, iaitu Tebong. Kedua, kedudukan Raja Ali, Yamtuan Muda Rembau dan menantunya, Syed Shaaban menjadi lebih kukuh, sementara di Seri Menanti, Yamtuan Sati atau Raja Labu telah dipecat oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong. Raja Ali mengisytiharkan dirinya sebagai Yamtuan Besar dan melantik Syed Shaaban sebagai Yamtuan Muda Rembau. Kedua-dua personaliti ini pada hakikatnya tidak berhak atas kedua-dua jawatan ini dan dengan pengisytiharan itu telah menyinggung semua pembesar Negeri Sembilan.

Raja Ali dan Syed Syaaban lebih lanjut lagi telah bertindak membuat perjanjian perdamaian dan persahabatan dengan British dalam tahun 1832 dan 1833. Dalam perjanjian yang pertama mereka menandatanganinya sebagai pembesar kerajaan Rembau, tetapi dalam perjanjian tahun 1833 mereka telah menaiktarafkan lagi kedudukan mereka. Syed Shaaban berikutnya melibatkan diri dalam perang dinasti dengan Dato’ Nganit, Undang Rembau, yang disokong oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong. Di samping itu, Dato Kelana telah pula meletakkan calon baru untuk jawatan Yamtuan, iaitu Raja Radin, putera Raja Lenggang Laut, Yamtuan Seri Menanti ketiga. Dalam perang saudara berikutnya, Raja Ali dan Syed Shaaban gagal mempertahankan kedudukan mereka sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan Yamtuan Muda Rembau, tetapi berjaya menguatkan kedudukan mereka di Tampin.

Akibatnya, sebahagian daripada wilayah Rembau baruh, iaitu dari Gunung Tampin hingga ke Bukit Putus terkeluar dari kekuasaan kerajaan Rembau. Justeru,dalam tahun 1834 wujud Luak Tampin Tengah, Keru, Repah dan Tebong (sebelum Perang Naning tahun 1832 adalah sebahagian daripada Naning).

PORT DICKSON
Ia terletak 32 kilometer dari Bandar Seremban. Terkenal dengan pantainya yang bersih dan menarik menyebabkan ia menjadi salah sebuah tempat peranginan yang diminati oleh rakyat Malaysia dan juga pelancong asing. Nama asalnya ialah Tanjung telah didiami oleh orang Melayu sejak tahun 1800. Di luar pantai Tanjung terdapat Pulau Arang di mana ramai orang Sumatera tinggal di sana dengan pekerjaan membuat kayu arang. Pada tahun 1889 Setiausaha Jajahan British, Sir John Frederick Dickson telah mengarahkan supaya Pulau Arang dan Tanjung dimajukan. Pada tahun 1891 landasan kereta api menghubungkan Tanjung dengan Sungai Ujong dibina. Beliau telah merasmikan pembukaan landasan kereta api tersebut pada tahun 1894. Nama Tanjung telah ditukar kepada Port Dickson sebagai mengambil sempena nama Setiausaha Jajahan British tersebut.

SEREMBAN
Nama Seremban dipercayai berasal dari perkataan bemban yang banyak tumbuh di kawasan tersebut. Selain itu dikatakan juga berasal dari perkataan main seremban iaitu sejenis permainan tradisi semasa dahulu yang dimainkan oleh kanak-kanak.

SRI MENANTI
Mengikut catatan Martin Lister dalam Negri Sembilan – Origin and Constitution menyatakan terdapat empat (4) orang penduduk tempatan membuka kawasan ini bersama keluarga masing-masing. Mereka ialah Paduka Besar, Engku Bongsu, Senara Muda dan Sri Maharaja. Sepanjang perjalanan menelusuri hulu sungai Muar, mereka sampai ke lembah yang indah dan menemui padi masak kuning keemasan di sana. Mereka mengambil keputusan untuk menetap di situ dan menamakan tempat tersebut sebagai Sri Menanti. Sri ialah perkataan Minangkabau yang membawa makna padi masak sementara menanti bermaksud menunggu. Oleh itu Sri Menanti bermaksud tempat berehat yang cantik.

GEMAS
Gemas merupakan satu pusat jalan keretapi yang terbesar di Malaya yang menghubungkan rangkaian jalan keretapi utara, selatan dan pantai timur. Ianya terletak di kawasan bukit. Nama Gemas dipercayai berasal dari perkataan gua dan mas (emas).

KUALA KELAWANG
Asal nama tempat ini tidak jelas. Ia dinamakan berasaskan nama Sungai Klawang. Nama sungai ini dipercayai berasal daripada nama binatang iaitu keluang. Penduduk tempatan ketika itu suka memakan daging keluang. Mereka memburu keluang di kawasan kuala sungai. Lama kelamaan tempat tersebut dinamakan Kuala Kelawang.

LUKUT
Lukut terletak di Mukim Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia meliputi Kuala Lukut, Lukut, Lukut Kechil dan Ulu Sungai Lukut Kechil. Lukut mula menjadi pusat perlombongan yang terkenal pada akhit tahun 1820-an ketika di bawah pentadbiran Sultan Muhammad yang memerintah Selangor dari tahun 1826 hingga 1858. Baginda melantik kerabatnya, Raja Busu untuk mentadbir Lukut. Lukut dipercayai berasal dari perkataan melukut yang bermaksud butir-butir kecil. Bagi orang-orang laut, butir-butir kecil ini ialah bijih timah yang terdapat di kawasan tersebut yang menjadi punca rezeki mereka. Pekerja yang memungut bijih memanggil tempat tersebut sebagai melukut dan lama kelamaan ianya berubah menjadi lukut.

RANTAU
Rantau dipercayai berasal daripada nama seorang Melayu yang mula-mula mendiami kawasan tersebut. . Kawasan ini kemudian menjadi petempatan orang Melayu. Beliau dipercayai dari suku Biduanda Rantau kemudian dilantik menjadi pawang dikenali sebagai Pawang Sati. Setelah beliau meninggal dunia, komuniti kawasan tersebut menjadikan perkuburan beliau sebagai tempat pemujaan dan pemberian sajian supaya tanaman mereka berhasil.

14 April 2009

Majlis Makan Malam 2009 - Gambar Dan Video


Majlis Makan Malam 2009
Klik link di sini untuk semua video Majlis Makan Malam 2009










Sejarah Bolasepak Malaysia

Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825. Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya(FAM)dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956,FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC).

Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960.

FAM-PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA Ditubuhkan:1933
Bergabung dengan FIFA:1956
Bergabung dengan AFC:1958
Bergabung dengan AFF (Asean):1984

Warna Jersi: Kuning dan Hitam
Alamat:Tingkat 3,Wisma FAM,Jalan SS 5A/9,Kelana Jaya,47301,Petaling Jaya,Selangor

Sejarah Liga:
Pada 1989 Liga Semi-Pro perkenalkan sebelum menjadi profesional 1993.

1982-1989:
Liga satu pusingan

1989-1993: Liga Dua Division:
Division 1 & Division 2

1994-1997: Liga Satu Division
Liga Perdana

1989-2003: Liga Dua Division:
Division 1(Liga Perdana 1)
Division 2(Liga Perdana 2)

2004-2007: Liga Tiga Divison:
Division 1(Liga Super)
Division 2(Liga Perdana)
Division 3(Kelab FAM/Piala FAM)

Sejarah Piala:
  • 1921:Piala Malaya(Malaya Cup) diperkenalkan
  • 1933:Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS(HMS Cup)
  • 1967:Piala HMS(HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia
  • 1982 Piala Liga diperkenalkan
  • 1985:Piala Sumbangsih diperkenalkan
  • 1990:Piala FA diperkenalkan
Lagi Fakta

1. PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.

2. PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.

3. GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).

4. SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.

5. TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.

6. SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.

7. PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.

8. KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.

9. KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.

10. APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.


13 April 2009

Hilang Pendengaran Akibat Bunyi Bising

Kebisingan adalah bunyi yang menggangu dan tidak dikehendaki. Pendedahan kepada paras kebisingan yang tinggi boleh menyebabkan hilang pendengaran atau kepekakan.

Apakah 'hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan'?
Ia adalah penyakit hilang pendengaran yang berlaku akibat pendedahan kepada kebisingan di tempat kerja.

Terdapat dua jenis penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan:
  • Kecederaan Akustik, iaitu hilang pendengaran disebabkan oleh kecederaan serta-merta organ telinga selepas pendedahan kepada kebisingan yang melampau.
  • Kesan kepekakan akibat pendedahan kepada kebisingan dalam jangkamasa panjang.
Siapakah yang berisiko hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan?

Di antara golongan pekerja berisiko adalah:
  • Pekerja kilang kain/tekstil
  • Pekerja kilang keluli
  • Pekerja kuari
  • Tentera dan polis yang berlatih menembak
  • Pekerja industri pemprosesan makanan
  • Pekerja di lapangan terbang
  • Pekerja industri logam
  • Pekerja kilang perabot.
Apakah gejala utama yang sering dialami?
  • Pekak atau kurang pendengaran sebelah atau kedua belah telinga.
  • Telinga berbunyi yang di panggil 'Tinnitus'
Apakah tanda-tanda yang dapat dikesan pada telinga?
Kedua-dua belah telinga mungkin kelihatan normal dan tiada apa-apa perubahan fizikal. Bahagian dalam telinga juga mungkin berkeadaan normal.

Adakah hilang pendengaran akibat bunyi bising boleh sembuh?
Penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising sukar sembuh kerana berlakunya kerosakan terhadap saraf dan organ koklea. Kerosakan kepada saraf sukar untuk pulih. (Lihat diagram telinga)

Bagaimana diagnosis hilang pendengaran akibat bunyi bising dibuat?
Anda boleh berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan telinga dan menjalani ujian audiometri.

Apakah ujian audiometri?
Ia adalah ujian khas untuk mengesahkan anda mengalami hilang pendengaran. Ujian ini dijalankan di dalam bilik khas dipanggil 'Bilik Audiometri'.
Ujian ini akan dijalankan oleh doktor atau orang yang bertauliah. Sebelum menjalani ujian ini, anda mestilah tidak didedahkan kepada kebisingan selama sekurang-kurangnya 14 jam.

Bagaimana penyakit ini dirawat?
Setelah anda disahkan mengalami hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan
  • Dapatkan rawatan lanjut daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT).
  • Laporkan kepada majikan anda
Rawatan pilihan untuk hilang pendengaran ini ialah
  • Menggunakan alat bantuan pendengaran, atau
  • Pembedahan
Adakah saya masih boleh bekerja jika saya didapati mengalami penyakit hilang pendengaran akibat bunyi bising pekerjaan?
Anda masih boleh bekerja dengan syarat anda telah disahkan sesuai untuk menjalankan tugas oleh doktor yang menjalankan penilaian perubatan kesesuaian untuk bekerja.

Kesesuaian untuk bekerja ini adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:
  • Anda tidak lagi didedahkan kepada kebisingan berlebihan di tempat kerja.
  • Kekurangan pendengaran tidak menggangu keupayaan menjalankan tugas anda.
  • Kekurangan pendengaran anda tidak menyebabkan risiko terjadinya kemalangan kepada anda dan orang lain.
Jika tempat kerja berkeadaan bising:
  • Maklumkan masalah ini kepada majikan.
  • Minta majikan mengukur paras kebisingan di tempat kerja.
  • Pastikan majikan melaksanakan langkah-langkah kawalan kebisingan yang mencukupi dan sesuai seperti memasang penyerap bunyi, mengasingkan mesin yang berbunyi bising, melaksana pengendalian mesin secara automatik dan menyedia dan menggalakkan penggunaan alat pelindung pendengaran seperti palam telinga dan penutup telinga.
Notifikasi
Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:

* Majikan
* Pengamal perubatan yang merawat


Kod Beza Makanan


KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan ringan mungkin diminta menggunakan kod warna ala lampu isyarat pada pembungkus makanan berkenaan sebagai perbandingan sama ada ia berkhasiat, kurang berkhasiat atau tidak sesuai langsung untuk dimakan kanak-kanak.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penggunaan kod warna berkenaan kerana ia bukan saja mudah difahami oleh kanak-kanak, malah hampir setiap individu.

Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kod warna berkenaan boleh dianggap kod universal dan mana-mana individu di dunia tahu mengenainya, sekali gus memudahkan setiap pihak di negara ini faham kepentingannya, khasnya kepada kanak-kanak.

“Kod ala lampu isyarat itu mudah difahami iaitu jika berwarna hijau, makanan ringan berkenaan sihat; kuning bermakna sederhana manakala merah menunjukkan makanan mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi, berlemak dan pelbagai lagi.

“Kod warna itu juga mudah dilihat atau disedari kanak-kanak selain ibu bapa, tidak seperti pembungkus sedia ada yang walaupun mempunyai keterangan berkaitan makanan ringan itu tetapi ia kecil, sukar dibaca selain tidak menarik minat golongan sasaran untuk mengambil tahu,” katanya.

Beliau ditemui dalam Kempen Konsumer Kebangsaan (3K) 2008-2012: Generasi Makanan Ringan: Kempen Menghentikan Pemasaran Makanan Tidak Sihat Kepada Kanak-kanak di pasar raya Mega Giant, Kota Damansara, di sini, semalam.

Menurut Mohd Yusof, pihaknya akan mencadangkan penggunaan kod berkenaan kepada kerajaan dalam masa terdekat dan berharap ia dapat dipenuhi demi kepentingan semua pihak.

“Jika ia dipenuhi, pengeluar makanan ringan perlu itu atau tindakan tegas boleh dikenakan jika mereka cuba memperdaya pelanggan dengan menggunakan kod warna mengelirukan.

“Bagaimanapun, setiap makanan ringan yang akan diberi kod warna perlu diperiksa Kementerian Kesihatan untuk menentukan jenis warna perlu digunakan.

Sumber : Harian metro

08 April 2009

Aktiviti KSdR Sepanjang Tahun 2009

Kalendar Aktiviti versi penuh KLIK SINI





Senarai AJK Tahun 2009/2010

Penasihat Kelab : Tengku Zaihar Tengku Hamzah

* Presiden : En. Helmee Kamarudin
* Naib Presiden : En. Norsheezam Bin Mohd Noor
* Setiausaha : Pn. Hjh Noor Jehan Hj. Kamis
* Bendahari : Pn. Norizan Binti Sulaiman

AJK KSdR

* Fairus Alwi (Logistic & QA)
* En. Zizi Mustafa (Japan Sales)
* En. Khairul Hizam Pilus (Support & Asia Sales)
* Pn. Fazila Zainal (Office & Engineering)
* En. Fakaruzi Abd Karim (Turet & Bending)
* En. Ruzainie Jasnie (Painting)

06 April 2009

Petai

Ciri Fizikal Petai

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai yang terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan.

Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang.

Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat kurang kandungan khasiatnya.

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus.
Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)
Khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum.

Petai Belalang

Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.

Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.

05 April 2009

Ibu mengandung anak lelaki selera tinggi

IBU-ibu yang mempunyai selera makan yang tinggi ketika mengandung secara puratanya mempunyai potensi besar mengandungkan anak lelaki, menurut satu kajian terhadap wanita mengandung di Amerika Syarikat (AS).

Kajian terhadap tabiat pemakanan 244 wanita mengandung di Hospital Boston mendapati ibu-ibu yang melahirkan anak lelaki mengambil 10 peratus kalori yang lebih tinggi setiap hari berbanding ibu yang melahirkan anak perempuan.

Kajian itu juga mendapati bayi lelaki yang baru dilahirkan secara puratanya 100 gram lebih berat daripada bayi perempuan.

Hasil kajian terbaru itu juga telah menambah kefahaman kepada evolusi manusia, kata Dimitrios Trichopoulos, ahli epidemiologi dari Harvard University yang juga ketua kajian itu.

“Manusia seperti juga haiwan-haiwan lain, yang mempunyai perbezaan mengikut jantina dengan lelaki mempunyai saiz lebih besar daripada wanita,’’ katanya.

Bagaimanapun, kajian itu tidak mampu memberikan gambaran tepat mengenai jantina anak yang dikandung dengan hanya berdasarkan tabiat pemakanan si ibu mengandung.

Trichopoulos berkata, keputusan kajian itu mencadangkan yang janin anak lelaki secara tersendiri akan memberi signal kepada ibunya agar makan lebih banyak.

Wanita yang mengandungkan anak lelaki secara puratanya mempunyai pengambilan tenaga sebanyak 9,025 kilojoule (kiraan bagi kalori), berbanding 8,259 untuk kandungan anak wanita yang menyaksikan perbezaan 200 kalori sehari.

Sumber estidotmy Online.

04 April 2009

LAGU KEBANGSAAN

Mengikut rekod terdapat dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebelum lagu Negaraku ini dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.

Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) menjadi Sultan Negeri Perak dari tahun 1887 hingga tahun 1916. Pada masa pertabalan Raja Edward VII pada tahun 1901, Sultan Idris telah berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.

Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik. Beliau walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri tidak mahu mengaku kalah. Beliau memberitahu Pegawai Protokol tersebut bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi not lagu tersebut tidak dibawa bersama. Namun begitu beliau menyatakan bahawa beliau boleh memainkan lagu tersebut tanpa not.
Lagu ini dilarang untuk siaran radio Indonesia pada tahun 1960-an untuk menghormati negara baru Persekutuan Tanah Melayu yang mengambil lagu terang bulan sebagai lagu kebangsaan. Sejak itu lagu ini tidak pernah disiarkan lagi secara terbuka di Indonesia.
Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.



Satu lagi sumber mengenai asal usul lagu Negaraku ialah cerita yang disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris.



Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul. Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan (lirik di bawah)

Terang di pinggir kali
Buaya timbul disangkalah mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati
Jangan percaya mulutnya lelaki
Berani sumpah 'tapi takut mati

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Memotong padi semua orang
Sedari pagi sampai petang

Waktu potong padi di tengah sawah
Sambil bernyanyi riuh rendah
Bersenang hati sambil bersuka
Tolonglah kami bersama sama

02 April 2009

SPRM - Penjelasan Logo

Photobucket

PENJELASAN LOGO
  • Bintang (14 Bucu)
  • Bulan Sabit
  • Keris Bersilang
  • Perisai
  • Bunga Padi
  • Harimau
  • Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih )

MOTO SPRM
  • Amanah - Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
  • Tegas - Menjalankan penyiasatan terhadap semua perlakuan rasuah secara objektif dan tanpa pilih kasih.
  • Adil - Bertindak secara saksama tanpa prasangka dan berat sebelah dalam semua keadaan berteraskan keluhuran undang-undang.
Bintang (14 Bucu)
Mencerminkan kecemerlangan dan kegemilangan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bebas rasuah, warganegaranya kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang paling tinggi.

Bulan Sabit
Bulan sabit mencerminkan agama Islam yang juga merupakan agama rasmi negara ini. Pengetahuan agama dan ketaqwaan dapat menghindar diri dari perbuatan rasuah.

Keris Bersilang
Melambangkan kuasa yang dimiliki oleh pegawai-pegawai SPRM seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Negara dalam melaksanakan tugas mencegah jenayah rasuah, sedia berjuang demi mendukung hasrat semua warga walau seribu rintangan dan cabaran, tetap mara ke hadapan.

Perisai
Melambangkan alat mempertahankan diri. Ia memberi maksud bahawa tugas risikan yang dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

Bunga Padi
Melambangkan kemajuan, kemakmuran dan kejayaan, dalam masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika. Segala aduan yang diterima akan dijalankan siasatan sewajarnya tanpa prasangka dengan amanah, tegas dan adil.

Harimau
Melambangkan keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan segala tugas walau seribu rintangan dan cabaran tetap mara kehadapan.

14 Jalur Putih dan Merah
Mencerminkan aktiviti pendidikan tentang rasuah dan kesan buruknya, merangkumi seluruh negeri di Malaysia.

Tulisan Jawi
Melambangkan semangat mempertahankan pusaka bangsa dan khazanah negara agar dapat diwarisi oleh genarasi yang akan datang.

Pengertian warna (Emas, Kuning, Biru, Hitam, Putih)

Emas
Melambangkan perjuangan yang paling berharga iaitu membanteras jenayah rasuah demi mencapai kejayaan yang tidak ternilai iaitu Negara yang bebas rasuah.

Kuning
Melambangkan adil iaitu keadilan adalah salah satu daripada piagam pelanggan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam apa jua keputusan yang diambil tanpa mengira pangkat dan bangsa.

Biru
Mencerminkan amanah dan harmoni. Ini bermaksud bahawa di samping menguatkuasakan undang-undang, badan ini juga merangka dan melaksanakan kempen pencegahan rasuah melalui program penerangan, pendidikan, dan perhubungan masyarakat.

Hitam
Melambangkan kejituan dan kemantapan semangat yang padu dan perjuangan yang ampuh.

Kelabu Gelap
Warna kelabu adalah warna neutral yang terletak di antara putih dan hitam, yang melambangkan kebebasan dan ketelusan SPRM dalam usaha pembanterasan jenayah rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Merah
Melambangkan semangat perjuangan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara walau terpaksa menumpahkan darah.

Putih
Melambangkan jiwa yang bersih dalam perjuangan yang suci menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

01 April 2009

Mesyuarat Agung KSdR 2008/2009

Tarikh : 31/3/2009
Masa : 4.30 PM
Tempat : Kokuyo (M) Sdn. Bhd.

Mesyuarat Agung kali ke-5 kali ini telah membuat perlantikan semula bagi keseluruhan Organisasi (semua jawatan) Kelab Sukan dan Rekreasi - Kokuyo.

Berikut adalah Senarai AJK Tahun 2009/2010

Penasihat Kelab : Tengku Zaihar Tengku Hamzah
  • Presiden : En. Helmee Kamarudin
  • Naib Presiden : En. Norsheezam Bin Mohd Noor
  • Setiausaha : Pn. Hjh Noor Jehan Hj. Kamis
  • Bendahari : Pn. Norizan Binti Sulaiman
AJK KSdR
  • Fairus Alwi (Logistic & QA)
  • En. Zizi Mustafa (Japan Sales)
  • En. Khairul Hizam Pilus (Support & Asia Sales)
  • Pn. Fazila Zainal (Office & Engineering)
  • En. Fakaruzi Abd Karim (Turet & Bending)
  • En. Ruzainie Jasnie (Painting)
LIHAT JUGA MAKLUMAT BERKENAAN KSdR - Klik di sini