29 June 2009

Pelindungan Mesin

(klik gambar untuk imej yang lebih jelas)



Cara Untuk Mengelakkan Sakit Belakang

Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktor risiko)

Postur yang tidak betul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.

Kegemukan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.

Stress
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.

Tersalah urat belakang
Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.

Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri :
Rehatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan :
Kepala tegak kedepan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur :
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang :
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg (anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Penutup
Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Selamat mencuba.



Bahaya Fizikal Di tempat Kerja

Punca-Punca Bahaya
Bahaya fizikal berpunca daripada haba, getaran, tekanan , bunyi, sinaran, kejutan lektrik dan juga daripada tenaga mekanikal.

Haba

Punca
Pekerja yang bekerja di tempat atau menggunakan ketuhar, dapur, tempat melebur atau bekerja di kawasan atau ditengah panas.

Kesan Ke Atas Kesihatan
  1. Ruam panas – terutama kepada kulit yang sensitif kepada cahaya atau haba
  2. `Heat Cramps’ – disebabkan kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan melalui peluh.
  3. Keletihan panas – Kehilangan air dan elektrolit dengan gejala-gejala seperti pening, pengsan.
  4. `Heat Stroke’ – Keadaan yang peling teruk dengan gejala-gejala seperti sawan, pergerakan otot, kebingungan. Suhu tubuh menjadi sangat panas dan kering. Berakhir dengan gangguan otak yang kekal, tidak sedarkan diri dan kematian.
Pencegahan
  1. Pengawasan – terutama kepada pekerja-pekerja baru dan memerlukan masa untuk penyesuaian.
  2. Kawalan persekitaran dengan pengudaraan yang cukup, termasuk membuat kawalan suhu, kelajuan perjalanan udara dan kelembapan persekitaran.
  3. Mekanisma proses – seboleh-bolehnya menggunakan alat yang boleh membendung haba.
  4. Rehat di antara waktu bekerja.
  5. Pengambilan air dan garam galian yang mencukupi.
  6. Pakaian yang sesuai.
Getaran

Punca
Pekerja menggunakan alat-alat yang bergetar secara berterusan seperti pengetam dan gergaji letrik.

Kesan Ke Atas Kesihatan.

a - Getaran Seluruh Tubuh.
  • Pekerja menggunakan mesin pertanian dan kenderaan berat seperti lori dan bas.
  • Menyebabkan gangguan kepada rangsangan saraf, penglihatan dan fungsi sistem penghadaman serta merosakkan bentuk tubuh.
b - Getaran Sebahagian Tubuh
  • Menggunakan pneumatic drill, gergaji mesin dan lain-lain alat yang bergetar.
  • Kerosakan tulang belakang dan sendi tangan.
  • Kebas, sakit dan kulit bahagian tangan menjadi putih.
Tekanan (Compressed Air)

Punca
  • Berlaku kerana perubahan tekanan udara keliling secara tiba-tiba.
  • Pendedahan – Juruselam, bekerja di bawah tanah.
Kesan Ke Atas Kesihatan.
  • Barotrauma - Melibatkan organ-organ berongga seperti telinga, sinus, paru-paru, rongga gigi.
  • Kesan I – pening, muntah, batuk berdarah, sakit sendi, sakit kulit, kebas, kepanasan
  • Kesan II – lebih teruk dan boleh menyebabkan kematian, sesak nafas, gangguan penglihatan, bingung, tidak sedar, lumpuh dan sakit jantung.
  • Kesan Kronik – reput tulang
Pencegahan
  • Latihan dan pendidikan kesihatan
  • Hadkan masa pendedahan
  • Mengadakan `Decompressor Chamber’.
  • Memilih pekerja yang sesuai dan mengadakan tanda pengenalan pekerja.
Kejutan Letrik

Kesan Ke Atas Kesihatan
  • Jika keadaan teruk boleh menyebabkan gangguan jantung hingga kepada`Cardiac Arrest’
  • Ke atas otak menyebabkan tidak sedarkan diri dan gagal pernafasan.
  • Ke atas kulit boleh menyebabkan terbakar.
Tenaga Mekanikal

Kesan Ke Atas Kesihatan
  • Mempengaruhi pekerja secara langsung atau tidak.
  • Biasanya akan menyebabkan kecederaan ke atas fizikal
  • Contoh : Kecederaan disebabkan oleh mesin yang bergerak.

Keselamatan Bahan Kimia

Keselamatan Bahan Kimia merupakan salah satu aspek keselamatan pekerjaan yang dititikberatkan oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia berdasarkan Akta-Akta dan Peraturan-peraturan yang dikeluarkan semenjak tahun 1994 dengan tujuan untuk pengurusan dan pengendalian dengan cara yang selamat bahan-bahan kimia berbahaya. Di antara akta dan peraturan yang telah digunapakai ialah :
  • Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
  • Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan(Pengelasan,Pembungkusan Dan Pelebelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997
  • Peraturan-peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standards Pendedahan Bahan Kimia berbahaya Kepada kesihatan) 2000
Sifat-Sifat Bahan Kimia.
Bahan Kimia Berbahaya merupakan mana-mana bahan kimia yang mempunyai mana-mana sifat yang dikategorikan dalam Jadual I atau yang baginya terdapat maklumat berkaitan untuk menunjukkan bahawa bahan kimia itu berbahaya seperti data-data yang. boleh diperolehi daripada Material Safety Data Sheet (MSDS) atau Chemical Safety Data Sheet (CSDS) bahan-bahan kimia itu sendiri.

Berdasarkan Jadual 1, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengkelasan, Pembungkusan dan Pelebelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997, sifat-sifat bahan kimia itu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan sifat fisikokimia dan juga pengkelasan berdasarkan kesan kesihatan sebagaimana berikut :

Pengkelasan Bahan Kimia Berbahaya Berdasarkan Sifat Fisikokimia

Mudah Meletup
Bahan kimia dan sediaan yang boleh meletup akibat kesan api yang menyala atau yang lebih sensitif terhadap kejutan atau geseran daripada dinitrobenzena.

Pengoksidaan
Bahan kimia dan sediaan yang menghasilkan tindakbalas yang sangat eksotermik apabila bersentuhan dengan bahan kimia lain terutamanya bahan kimia mudah terbakar.

Amat Mudah Terbakar
Bahan kimia dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat yang rendah daripada 0 darjah Celcius dan takat didih yang rendah daripada atau sama dengan 35 darjah celcius.

Sangat Mudah Terbakar
  • Bahan kimia dan sediaan yang menjadi panas dan akhirnya terbakar apabila bersentuhan dengan udara pada suhu ambien tanpa apa-apa pengenaan tenaga.
  • Bahan dan sediaan pepejal yang boleh terbakar dengan mudah selepas bersentuhan singkat dengan sumber pencucuhan dan yang terus terbakar atau hangus selepas dibuang sumebr pencucuhan itu.
  • Bahan dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat di bawah 21 darjah celcius
  • Bahan dan sediaan gas yang mudah terbakar di udara pada tekanan biasa, dan
  • Bahan dan sediaan yang apabila bersentuhan dengan air atau udara lembab menghasilkan gas sangat mudah terbakar dalam kuantiti bahaya
Mudah Terbakar
Bahan dan sediaan cecair yang mempunyai takat kilat yang sama dengan atau yang lebih daripada 21 darjah celcius dan kurang daripada atau sama dengan 55 darjah celcius

Pengkelasan Bahan Kimia Berbahaya Berdasarkan Kesan Ke Atas Kesihatan

Sangat Toksik
  1. bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang amat serius ,akut atau kronik atau bahkan kematian, atau
  2. bahan dan sediaan yang LD-50 yang diserap oleh tikus melalui mulut adalah kurang daripada 25 mg/kg atau penyerapan perkutaneus LD-50 oleh tikus atau arnab adalah kurang daripada 50 mg/kg atau LD-50 yang diserap oleh tikus melalui penyedutan adalah kurang daripada 0.5 mg/liter (diberikan dalam tempoh minimum selama empat jam)
Toksik
  1. bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau memembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius, akut atau kronik atau bahkan kematian;
  2. bahan dan sediaan LD-50 yang diserap oleh tikus melalui mulut adalah di antara 25 hingga 200 mg/kg atau penyerapan perkutaneus LD-50 oleh tikus atau arnab adalah di antara 50 hingga 400 mg/kg atau LC-50 yang diserap oleh tikus melalui penyedutan adalah di antara 0.5 hingga 2 mg/liter (diberikan dalam tempoh minimum selama empat jam) atau
  3. bahan dan sedaian yang ditakrif sebagai karsinogen, teratogenik atau mutagen
Memudaratkan
  1. bahan dan sediaan yang jika disedut atau diinges atau memembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang terhad atau
  2. bahan dan sediaan yang LD-50 yang diserap oleh tikus melalui mulut adalah di antara 200 hingga 500 mg/kg atau penyerapan perkutaneus LD-50 oleh tikus atau arnab adalah di antara 400 hingga 2000 mg/kg atau LC-50 yang diserap oleh tikus melalui penyedutan adalah di antara 2 hingga 20 mg/liter (diberikan dalam tempoh minimum selama empat jam)
Mengakis
Bahan dan sediaan yang boleh memusnahkan tisu hidup apabila bersentuhan dengannya

Merengsa
Bahan dan sediaan tak mengakis yang boleh menyebabkan keradangan melalui sentuhan langsung, berpanjangan atau berulangan dengan kulit atau mukus membran

Kesan-Kesan Bahan Kimia
Bahan kimia yang memiliki sifat fisikokimia yang berbahaya boleh membawa dan menampakkan kesan terus dan cepat manakala bahan kimia berbahaya kerana kesannya terhadap kesihatan memerlukan kefahaman terhadap ketoksikan.

Kesan-kesannya berdasarkan :
-ketosikan
Sifat perbandingan sesuatu bahan dan merujuk terhadap kesan buruknya terhadap tubuh.

-Dos Maut (Lethal Dose- LD)
Dos yang boleh membawa maut

-Kepekatan Maut (Lethal Concentration-LC)
Kepekatan sesuatu sebatian di udara yang boleh membawa maut.

-LD 50
Dos maut mengakibatkan 50 % binatang kajian yang terdedah pada dos tertentu mati

-LC 50
Kepekatan maut (di udara) yang boleh mengakibatkan 50 % binatang kajian mati dalam had tertentu.

-IDLH
Kepekatan persekitaran udara yang mengakibatkan bahaya kepada hidupan dan kesihatan secara serta merta.

Mod Kemasukan
Bahan-bahan kimia boleh memasuki badan melalui :

-Pemakanan
Bahan kimia boleh memasuki terus ke dalam badan samada melalui makanan, minuman, merokok atau bersolek semasa bekerja dengan bahan-bahan kimia.

-Pernafasan
Ia juga boleh memasuki badan melalui system pernafasan.

-Serapan melalui kulit dan mata
Jika terdapat luka atau rekahan pada kulit boleh menyebabkan bahan kimia meresap melalui luka tersebut.

-Suntikan
Dengan suntikan bahan kimia boleh terus memasuki ke dalam darah.

-Melalui placenta
Daripada ibu mengandung kepada bayi dalam kandungan.




Keselamatan Elektrikal

Elektrik yang digunakan dengan tertib adalah bentuk tenaga yang selamat dan efisien tetapi jika digunakan sebaliknya boleh menjadi punca bahaya. Antara bahaya utama adalah renjatan, melecur, kebakaran dan letupan, dan dalam sesetengah keadaan arka mata. Walau bagaimanapun jika renjatan elektrik yang diterima oleh seseorang tidak secara sendirinya membahayakan, ia boleh mempunyai kesan yang dahsyat, seperti ketika bekerja pada ketinggian tertentu atau di atas tangga, satu renjatan yang lemah mungkin mengakibatkan kejatuhan; meskipun renjatan itu tidak menyebabkan kecederaan, kejatuhan itu mungkin boleh.

Perlu diingati bahawa tenaga elektrik digunakan berterusan di dalam semua tempat kerja bukan sahaja kilang-kilang tetapi pejabat, bank, sekolah, dsb dan penggunaannya di tempat-tempat tersebut semakin meningkat sepanjang masa apabila teknologi baru dan ‘pejabat elektronik’ menjadi satu kebiasaan. Jadi walaupun bahan di dalam bab ini akan membincangkan terutamanya mengenai kilang-kilang dan tapak binaan, pelajaran dan langkah-langkah yang perlu diambil, adalah relevan kepada mereka yang bekerja didalam pejabat dsb.

Tanggungjawab-tanggungjawab Majikan
Adalah tanggungjawab majikan untuk memastikan bahawa langkah berhati-hati yang mencukupi diambil untuk mengelakkan bahaya-bahaya ini pertama sekali dengan memuaskan hatinya bahawa semua kelengkapan elektrik direkabentuk untuk memastikan bahawa dalam operasi normal bahagian-bahagian hidup tidak boleh dimasuki, bahawa perlindungan terhadap litar pintas dengan peralatan seperti alat pembumi atau di dalam peralatan mudahalih, digunakan sistem voltej terkurang dengan semua peralatan yang ditebat atau didwi-tebat.

Apabila kelengkapan elektrikal sebahagian daripada sesuatu sistem perlu diselenggarakan dsb., adalah penting bahawa satu sistem permit-untuk-bekerja berada di dalam operasi dan diselia oleh seseorang yang mempunyai latihan yang mencukupi dan kompeten untuk memastikan bahawa kelengkapan yang ingin diselenggarakan itu telah ‘mati’. Ini bermakna ia bukan sahaja perlu dimatikan tetapi keseluruhannya diasingkan dan tertutup daripada sebarang bahagian sistem yang boleh mengakibatkan, ia hidup dengan tidak sengaja.

Sebelum kerja-kerja disambung kelengkapan dsb. tersebut hendaklah diuji dengan alat yang sah untuk membuktikannya ‘mati’.

Mengelakkan Renjatan Elektrik
Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih.

Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.

Jika kelengkapan voltej terkurang tidak digunakan, seperti di dalam pejabat, salah satu daripada perlindungan terbaik adalah penggunaan satu bentuk’earth leakage circuit breaker’. Tidak seperti fius, yang direkabentuk untuk melindungi kelengkapan, bukan manusia, apabila berlaku litar pintas pemutus sedemikian akan menghentikan arus dengan pantas agar tiada bahaya akibat kecederaan.

Jika kedua-dua voltej terkurang atau ‘earth leakage breaker’ tidak digunakan, apabila mungkin, pemutus litar otomatik mini perlu digunakan. Penggunaan pemegang fuis yang boleh diwayar semula perlu dielakkan seboleh mungkin kerana bahaya penggantian wayar yang tidak bersesuaian dengan saiz wayar fius.

Kemungkinan untuk renjatan elektrik boleh dikurangkan oleh seorang kompeten yang menjalankan pemeriksaan berikut:-
  • sekurang-kurangnya satu ujian mingguan berkenaan keterusan konduktor bumi di antara peralatan mudahalih bersalut logam dan palam - ini akan memastikan bahawa konduktor di dalam wayar bumi kekal cukup untuk membawa cukup arus pintas untuk meletupkan fius; tambahan lagi ketahanan penebat kedua-dua alat dan plumbum fleksibel harus diperiksa;
  • sekurang-kurangnya satu pemeriksaan mingguan kotak fius;
  • sekurang-kurangnya satu ujian setiap tahun terhadap litar otomatik mini;
  • satu pemeriksaan mingguan terhadap sarung tangan getah, alas berpenebat, kepingan dsb untuk kegunaan elektrikal;
  • ujian setiap 6 bulan terhadap sarung tangan getah elektrikal;
  • penggantian peralatan salut logam dengan peralatan atau kelengkapan yang berpenebat penuh bersesuaian di mana boleh dipraktikkan;
  • pemeriksaan rutin terhadap pemasangan elektrikal;
  • pengujian dan pemeriksaan tetap semua kelengkapan pejabat; dan
  • pemeriksaan kerap terhadap semua soket dinding.
Satu kaedah mudah untuk memastikan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin kelengkapan elektrikal dilakukan adalah dengan melabel dan menandakan tarikh pada semua kelengkapan sewaktu ia diperiksa. Jika tarikh pada label menunjukkan kelengkapan tersebut tidak diperiksa dalam jangkawaktu yang ditentukan, kelengkapan itu tidak akan digunakan sehingga ia telah diperiksa.

Selain daripada memeriksa dan menguji kelengkapan yang perlu digunakan, perlu juga difikirkan kedudukan soket dan jumlah serta jenis kelengkapan yang dipasangkan padanya. Seringkali, khususnya di pejabat, soket-soket sama ada di dalam kedudukan yang tidak sesuai, menyebabkan wayar meleret di dalam bilik, atau terlalu banyak perkakas menggunakan terlalu sedikit soket. Dalam kes sedemikian ada risiko untuk kebakaran di samping risiko untuk renjatan.

Wayar Overhed
Terdapat satu atau dua kawasan, di mana walaupun orang tidak bekerja secara langsung dengan kuasa elektrik, mereka masih berada dalam risiko. Pertama adalah oerhed yang dijalankan menggunakan kren kuasa elektrik dengan ‘bare electric down shop’ dan ‘cross shop wires’ untuk membekalkan kuasa kepada kren overhed. Bahaya akibat renjatan boleh dielakkan dengan menggunakan kabel fleksibel pada gelendung gulung sendiri, wayar ‘down shop’ dan ‘cross shop’ tertutup di dalam logam atau pelindung berpenebat atau wayar pintal-sendiri yang tergantung pada ‘cantenary’.

Apabila pengecatan atau penyelenggaraan perlu dilakukan berhampiran dengan wayar-wayar sedemikian, adalah penting untuk memastikan langkah beringat-ingat yang sewajarnya diikuti agar kerja tersebut dapat dijalankan dengan selamat seperti dengan mengasingkan wayar-wayar tersebut sebelum dibenarkan masuk. (Lihat Bab 21 : Penyelenggaraan Selamat)

Bahaya-bahaya lain adalah kehadiran wayar overhed tidak berpenebat yang dimiliki oleh Lembaga Elektrik tetapi melintasi ruang terdedah termasuk tempat kerja. Ia akan diletakkan pada ketinggian yang selamat daripada tanah menurut ‘Overhead Lines Regulations’, tetapi ingat - tangga besi, jib kren bergerak dsb. boleh mengurangkan jarak tersebut dan mungkin bersentuh dan mengakibatkan tragedi. Pastikan majikan-majikan menandakan dengan jelas bahaya-bahaya ini. (Lihat HSE Guidance Note G S6).

Perlu juga diingat bahawa dengan punca atau wayar voltej tinggi satu litar ke bumi mungkin boleh berlaku tanpa sebarang sentuhan dilakukan.

Wayar-wayar overhed adalah bahaya khusus kepada pemandu-pemandu kren sewaktu kerja pembinaan. Sekiranya kren digunakan dlam keadaan tersebut perlu didapatkan nasihat daripada Lembaga Elektrik. Mereka yang memandu kren bergerak atau kenderaan yang hampir sama, perlu memastikan majikan mereka telah mengikuti prosedur-prosedur ini untuk keselamatan. Sekiranya boleh ‘tiang gol’ dan pita amaran perlulah didirikan.


Kabel Bawah Tanah
Satu lagi bahaya kepada pekerja binaan timbul apabila penggalian dilakukan. Kabel bawah tanah mungkin tertanam dalam laluan penggalian. Terdapat juga prosedur-prosedur untuk mengenalpasti bahaya-bahaya ini. Pastikan para majikan mengikutinya dan laluan-laluan kabel dikenalpasti oleh pihak-pihak yang berkenaan, dengan menggunakan pelan, alat pengesan kabel dsb., ditandakan dan jika perlu kabel-kabel itu dimatikan sebelum memulakan kerja. (Lihat NJUG Publication di bawah item 2 Useful Publications).


Pengimpalan Elektrik
Pengimpalan arka menggunakan kuasa elektrik sama ada ac atau dc. Dalam keadaan yang sama pengimpalan dc lebih selamat daripada ac dan merupakan pilihan di tempat terbatas dan sukar. Pada pengimpalan ac alat kerja perlu dibumikan dan ia mestilah satu-satunya pembumi kepada litar kimpalan tersebut.

Adalah disyorkan semua pemegang elektrod berpenebat terpasang kepada plumbum kimpalan dengan palam dan soket. Plumbum kembali perlu diapitkan kepada hasil kerja. Plumbum kembali itu penting untuk mengawal arah arus yang sedang kembali daripada kerja kepada transformer. Tanpanya, arus tersebut, berukuran 80 amps, mungkin mengambil laluan rawak melalui struktur keluli, garisan landasan, paip dsb., yang boleh merangkumi rintangan tinggi (misalnya, sambungan bolt yang longgar) menyebabkan penjanaan haba dan mungkin kebakaran.

Litar kimpalan perlu dibumikan sewaktu bekerja. Jika pembumi berada pada pemusing transformer dan satu retakan berlaku pada plumbum kembali laluan arus kembali akan tidak terkawal. Oleh itu adalah amat penting bahawa pembumi yang mencukupi berada di semua tempat kerja untuk kegunaan pengimpal.

Set pengimpal arus ulang-alik boleh dipasang dengan satu alat untuk mencegah voltej pada pemegang elektrod meningkat melebihi 50 volt apabila tiada arka yang dinyalakan. Tanpa alat ini voltej boleh meningkat hingga ke takat yang boleh membahayakan operator.

Rujukan yang lebih lanjut berkenaan langkah-langkah keselamatan am ada dalam bab mengenai pengimpalan.

Bilik Bateri
Dalam kerja-kerja yang menggunakan arus dc, sama ada untuk peralatan atau lampu kecemasan, kemungkinan ada bilik bateri di mana bateri-bateri dicaskan. Bateri mengeluarkan hidrogen apabila dicaskan dan ini akan membentuk satu campuran mudah letup bila bercampur dengan udara. Pengalihudaraan bilik bateri perlulah dalam keadaan di maan tiada penumpuan berlaku. Oleh kerana hidrogen lebih ringan daripada udara, lubang atau salur pengalihudara perlulah sama rata dengan siling dan langkah beringat-ingat harus diambil untuk megelakkan pengumpulan hidrogen pocket.

Pengalihudaraan secara paksa mungkin diperlukan. Walau bagaimanapun motor kipas elektrik biasa mungkin menghasilkan percikan api dan mewujudkan bahaya di dalam persekitaran yang mudah letup. Di mana perlu, nasihat pakar harus dicari sebelum pengalihudaraan sedemikian disediakan.

Aksesori elektrik dalam kawasan pencasan bateri perlulah kalis asid dan tidak dipasang pada siling tetapi pada dinding lebih kurang enam kaki atau lebih daripada lantai, untuk memastikan bahawa ia berada di bawah tahap tumpuan hidrogen walaupun pengalihudaraan adalah mencukupi.

Merokok atau menghidupkan air mestilah dilarang di dalam bilik-bilik bateri dan di mana sahaja kerja yang melibatkan puca api, ia perlulah dilakukan di bawah penyeliaan langsung seeorang yang kompeten. Perkara ini juga sama dengan lampu berpemegang dan peralatan yang mempunyai bahaya tersembunyi. Peralatan berpenebat yang bersesuaian untuk bateri hendaklah disediakan dan digunakan.

Akhir sekali, bateri jenis plumbum atau asid mengandungi asid sulfurik yang berbahaya dan langkah beringat-ingat yang paling minimum adalah pemakaian pelindung mata dan sarung tangan yang bersesuaian. Bekas pencuci mata dan bekalan air steril atau larutan garam yang bersesuaian juga perlu disediakan.

Generator Bergerak
Generator bergerak yang dijalankan oleh enjin petrol untuk membekalkan bekalan kuasa elektrik sementara sering digunakan sewaktu bekerja. Dari segi keperluan keselamatan, bekalan tersebut hendaklah dikendalikan sama seperti bekalan normal seperti wayar neutral generator tersebut dan semua bahagian logam yang terdedah yang boleh tercas hendaklah dibumikan. Secara amnya sebelum generator bergerak digunakan untuk menggantikan bekalan awam, semua konduktor daripada bekalan awam mestilah di asingkan (dihentikan keseluruhannya) dan kekal begitu sehingga generator digunakan dan dihentikan. Ini juga harus diamalkan apabila generator digunakan kerana kegagalan bekalan awam. Sekiranya sesuatu generator mengalirkan arus ke dalam sistem elektrik bekalan awam, bahayanya bukan sahaja kepada mereka yang terlibat secara langsung tetapi kepada pekerja-pekerja yang bekerja di Lembaga Elektrik. Ini tidak seharusnya dilakukan tanpa persetujuan daripada Lembaga Elektrik. Komen-komen terdahulu mengenai penyelenggaraan yang mencukupi juga boleh digunapakai untuk generator bergerak.

Pertolongan Cemas dan Penyelamatan
Katakanlah, walaupun semua langkah beringat-ingat telah diambil, (seseorang telah terkena renjatan elektrik. Adakah anda harus berdiri sahaja tanpa melakukan sesuatu? Tidak, tidak seharusnya begitu. Untuk menolong mangsa, kepantasan tanpa panik adalah amat penting.

Pengaliran arus elektrik menerusi badan boleh menyebabkan degupan jantung terhenti, luka terbakar dan renjatan.
  • Tutup bekalan elektik
  • Putuskan hubungan mangsa dengan sumber elektrik menggunakan kain yang tidak mengalirkan arus elektrik sementara berdiri di atas bahan penebat yang kering.
  • Jika perlu mulakan resusitasi atau letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.
  • Rawat sebarang luka terbakar atau renjatan yang berlaku.
Gejala-gejala renjatan termasuklah:
  • Kulit kelihatan pucat
  • Kabur penglihatan
  • Kulit lembap atau dingin
  • Loya atau muntah
  • Pernafasan yang pendek tetapi cepat
  • Dahaga
  • Denyutan nadi yang lemah dan cepat.
  • Keresahan
  • Pening atau rasa hendak pitam.
  • Rawatan
  • Baringkan mangsa dan rawat sebarang kecederaan yang ketara atau keadaan-keadaan lain yang telah menyebabkan renjatan
  • Tenangkan mangsa
  • Longgarkan pakaian mangsa di bahagian leher, dada dan pinggang
  • Selimutkan mangsa dengan kain nipis seperti kot atau selimut
  • Jika boleh, tinggikan kaki mangsa untuk mempercepatkan pengaliran darah balik ke otak.
  • Jika mangsa merasa dahaga, lembapkan bibirnya tetapi jangan memberi mangsa sebarang minuman.
  • Berikan mangsa minum teh panas untuk kes-kes renjatan emosi.
Akhirnya, bagi kesemua kes renjatan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera selepas memberikan pertolongan cemas. Bagaimanapun, jangan biarkan mangsa bersendirian.

Sekiranya tiada sesiapa pun yang mengetahui di mana untuk mematikan arus, tidak mustahil untuk membebaskan mangsa daripada bersentuh dengan kuasa elektrik pada voltej yang normal, iaitu 415/240, dengan menggunakan sarung tangan getah atau alas getah. Jika barangan tersebut tidak ada, gunakan gelung tali atau kot atau topi untuk menyeret dan membebaskan mangsa tersebut. Elakkan bersentuhan kulit dengan mangsa yang tercedera. Apa sahaja yang digunakan hendaklah kering dan bukan konduktor.

Jika diketahui atau disyaki bahawa si mangsa telah bersentuh dengankonduktor hidup melebihi 415v, adalah amat berbahaya untuk cuba membebaskannya, kecuali ada bahan berpenebat terhadap sistem itu atau sehingga anda pasti bahawa arus elektrik telah dihentikan. Jika sebarang bahagian daripada sesuatu sistem elektrik itu melebihi 250v, majiakn itu diwajibkan untuk mempamerkan satu poster yang memberi arahan berkenaan cara-cara untuk merawat seseorang yang terkena renjatan elektrik.
Akhir sekali, adalah dinasihatkan para pekerja perlu menerima latihan pernafasan bantuan yang kerap dan di mana perlu cara-cara untuk menghentikan bekalan elektrik perlulah ditunjukkan dengan jelas.

Senarai Semak : Kuasa Elektrik

• Adakah semua kelengkapan elektrik yang digunakan di dalam tempat kerja anda kerap kali diperiksa oleh seseorang yang kompeten?

• Adakah sebarang tanda kelengkapan elektrik yang rosak?

• Adakah kelengkapan voltej terkurang disediakan dalam keadaan lembap?

• Adakah semua kabel overhed dan bawah tanah ditandakan dengan jelas?

• Adakah semua pengimpalan arka elektrik dibumikan dengan mencukupi?

• Adakah terdapat bilik bateri di tempat kerja anda? Jika ada, sila periksa pengalihudaraan, pencegahan bunga api dan pencucuhan, larangan merokok dan bantuan kecemasan.

• Adakah semua pekerja terlatih di dalam teknik-teknik pertolongan cemas dan penyelamatan bagi renjatan elektrik?


Keselamatan Peralatan Tangan

BAHAYA PERALATAN TANGAN
Peralatan tangan adalah alat kerja manusia yang paling lama. Manusia biasa dengannya sehingga mereka kurang sekali memikirkan tentang bahaya apabila menggunakannya. Walau bagaimana pun kemalangan akibat penggunaan peralatan tangan telah berlaku sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Di kilang-kilang sahaja bilangannya adalah lebih 20,000 setahun.

Jenis peralatan tangan yang dinyatakan di sini adalah seperti penukul, pahat, gerudi, sepana, pemutar skru, pisau , kikir dan pengikis serta peralatan tangan yang digunakan pada mesin larik. Walaupun peralatan ini penting digunakan dengan tertib adalah amat sukar untuk bekerja dengan selamat sekiranya ia rosak atau haus. Oleh itu adalah mustahak agar semua peralatan yang tidak berkeadaan baik dikembalikan kepada kedai atau pembekal dan ditunjukkan kecacatannya. Ini sering merupakan gangguan dan memerlukan sedikit usaha namun demikian ia mungkin akan menyelamatkan mata atau jari seseorang.

Langkah-Langkah Keselamatan

Bekerja dengan selamat dengan peralatan tangan seperti juga aktiviti-aktiviti lain adalah gabungan di antara akal, prosedur keselamatan dan pemerhatian yang bijak. Terdapat empat pedoman penting untuk bekerja dengan peralatan tangan:
  • gunakan peralatan yang betul untuk setiap jenis tugas;
  • hanya gunakan peralatan yang berkeadaan baik;
  • simpan semua peralatan dengan selamat, khususnya ditempat tinggi; dan memakai pelindung mata apabila disediakan.
Prosedur keselamatan berikut juga perlu diperhatikan.

Penukul
Kepalanya perlulah terlekat dengan selamat pada batangnya. Kepalanya perlulah berada di dalam keadaan baik, dan mukanya bebas daripada tepi yang sumbing dan tidak membulat akibat kehausan. Batangnya perlulah berada di dalam keadaan baik dan, sekiranya ia terbelah, patah atau longgar, penukul tersebut tidak seharusnya digunakan.

Spana dan Perengkuh
Jangan menggunakan set sepana dan perengkuh dengan rahang yang kembang, atau sepana kotak yang menunjukkan tanda-tanda untuk pecah. Gunakanlah sepana yang kekal - sama ada rahang yang tegar atau membulat - pada saiz yang betul apabila diperlukan daripada sebuah sepana bolehubah. Jangan gunakan sebuah tiub untuk mendapatkan pengungkilan tambahan, atau memukul hujung sepana tersebut.

Jangan menggunakan sepana sebagai penukul. Pastikan bahawa tangan adalah bebas daripada sebarang halangan apabila nat diputarkan. Sentiasa gunakan sepana yang bersaiz betul untuk sesuatu tugas. Jangan menyumbat ruang di antara sepana dan nat dengan sesendal. Jangan gunakan sepana sebagai baji.

Pahat dan Gerudi
Jangan menggunakan pahat yang kepalanya kembang seperti cendawan. Apabila ada tanda-tanda awal keadaan tersebut, kepala pahat hendaklah diperbaiki dengan menggunakan pencanai. Gunakan pahat untuk memahat ke arah yang jauh daripada badan. Mata pemotong pada pahat perlulah dijaga sentiasa tajam agar bentuk dan sudut asal mata pemotong itu dikekalkan. Pahat yang dipertajamkan perlulah diteguh dan dibaja dengan sewajarnya.

Pemutar Skru
Kemalangan paling kerap berlaku akibat memegang ‘workpiece’ pada tapak tangan sewaktu mengetatkan skru, sekiranya tergelincir boleh mengakibatkan kecederaan serius pada tangan atau pergelangan tangan akibat ditembusi. ‘Workpiece’ tersebut tidak harus dipegang pada satu tangan dan pemutar skru pada tangan yang satu lagi - kerja tersebut perlu dilakukan dengan menggunakan ragum atau penyokong lain yang kukuh.

Pastikan bahawa pemegangnya adalah selamat. Jangan menggunakan pemutar skru sebagai pahat atau memukulnya dengan penukul. Jangan gunakan pemutar skru dengan pemegang yang terbelah, walaupun ia diikat dengan tali ataupun pita. Buang alat tersebut atau pasangkan pemegang baru. Gunakan saiz pemutar skru yang betul untuk sesuatu tugas.

Bagi kerja-kerja elektrikal, pemutar skru dengan pemegang berpenebat harus digunakan tetapi ia tidak harus dianggap sebagai pelindung sepenuhnya terhadap renjatan elektrik.

Kikir
Jangan gunakan kikir yang mempunyai hulu yang terdedah, adalah lebih bijak jika dipasang pemegang. Jangan gunakan kikir sebagai pengungkil atau ‘toggle-bar’, pengerasan menjadikannya rapuh dan ia mudah patah.

Jika mengikir pada mesin larik jangan meletakkan tangan anda atau kikir berhampiran dengan cuk, adalah lebih selamat dan efisien untuk melakukan pengikiran dengan tangan kiri. Sentiasa periksa bahawa pemegang kikir itu adalah selamat. Dalam banyak kes penggunaan kikir pada mesin larik adalah satu cara malas untuk melakukan kerja dan ini boleh dilakukan dengan lebih selamat dan efisien dengan mengapitkan alat tersebut pada tiang pemegang.

Pisau
Apabila digunakan untuk memotong bahan berminyak, pemegang perlulah direkabentuk agar dapat memberikan pegangan yang kuat dan sebuah pelindung perlulah dipasang di antara pemegang dan matanya. Adalah perlu juga untuk memakai apron kukuh untuk melindungi abdomen sekiranya pisau itu tergelincir. Sebaik-baiknya potongan haruslah dilakukan jauh daripada badan.

Latihan dan Penyeliaan
Latihan dan Penyeliaan yang mencukupi adalah diperlukan:

1. untuk memastikan peralatan tangan digunakan dengan tertib;

2. bahawa peralatan yang betul digunakan untuk kerja khusus;

3. bahawa ia dijaga dalam keadaan yang dapat digunakan sepenuhnya;

4. bahawa ia dikawal dengan baik dan disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan; dan

5. bahawa ia dibuang dan diganti apabila rosak.

Rekabentuk Ergonomik Peralatan Tangan.
Dari segi ergonomik beberapa keperluan asas untuk mereka satu peralatan tangan yang efisien telah ditetapkan:

1. ia harus menjalankan fungsinya seperti yang diharapkan dengan berkesan;
2. ia perlulah dibahagikan mengikut dimensi pengguna;
3. ia perlu bersesuaian dengan kekuatan dan ketahanan penggunanya;
4. ia perlu meminimakan keletihan pengguna; dan
5. ia perlu membekalkan maklumbalas ‘sensory’.

Senarai Semak
1. Pemegang kayu pada peralatan tangan perlulah diperbuat daripada bahan berira lurus yang berkualiti tinggi;
  • daripada bentuk dan saiz yang bersesuaian; dan
  • icin, tanpa selumbar atau sisi yang tajam.
2. Jika terdapat sebarang risiko penyalaan persekitaran mudah meletup oleh percikan api, peralatan tangan yang digunakan perlulah daripada jenis yang tidak menyebabkan percikan api.

3. Penukul dan tukul besi, pahat sejuk, pemotong, penebuk dan lain- lain peralatan sama perlulah diperbuat daripada bahan khusus, cukup keras untuk menahan hentakan tapi tidak terlalu keras sehingga sumbing atau patah.

4. Kepala peralatan ini perlulah dikeraskan atau diasah sehingga satu radius yang bersesuaian pada tepinya sebaik sahaja ia mula kembang atau retak, ia perlulah dibajakan, dikeraskan dan diperbaiki hanya oleh mereka yang kompeten.

5. Peralatan tangan haruslah:
  • dibekalkan daripada sebuah bilik peralatan, di mana ia disimpan dengan selamat di atas rak atau para, di dalam kabinet atau kotak peralatan; dan
  • diperiksa berkala oleh mereka yang kompeten - jika pemeriksaan menunjukkan peralatan yang rosak, baiki atau gantikan sebelum dibekalkan kembali.



28 June 2009

Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja.
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat.
Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Sejarah
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut.

Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

ANALISIS BAHAYA DI TEMPAT KERJA : SENJATA MENGURANGKAN RISIKO BENCANA PEKERJAAN
Analisis bahaya di tempat kerja ialah satu teknik yang memfokuskan kepada turutan kerja atau aktiviti yang dilakukan sebagai cara untuk mengenalpasti bahaya sebelum bahaya tersebut muncul. Ia juga memfokuskan kepada perhubungan antara pekerja, tugas yang dilaksanakan, peralatan dan suasana kerja.

Analisis bahaya di tempat kerja merupakan salah satu daripada elemen di dalam OHSAS 18001 : 1999. Klausa 4.3.1 di dalam OHSAS 18001 : 1999, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSMS) mensyaratkan organisasi untuk menjalankan aktiviti yang dikenali sebagai Perancangan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko. Aktiviti ini kelihatan amat signifikan terutama di dalam usaha membendung kemalangan daripada berlaku atau paling tidak mengurangkan risiko terhadap sesuatu aktiviti bahaya di dalam organisasi.

Aktiviti ini juga dilihat bertepatan dengan kata pepatah melayu "sediakan payung sebelum hujan" iaitu bersedia mengenalpasti bahaya dan menghapuskannya dari peringkat asas lagi sebelum ia membawa bencana.

Analisis bahaya di tempat kerja merupakan antara amalan asas yang jika diamalkan mampu untuk membantu organisasi membendung kemalangan.

Dengan adanya aktiviti yang dijalankan untuk mengenalpasti bahaya di tempat kerja ini akan membuatkan pekerja yang terlibat lebih berwaspada. Hal ini kerana mereka telah sedia maklum bahawa kawasan kerja mereka mempunyai keadaan yang mana sekiranya mereka tidak berhati-hati maka kemalangan mungkin menimpa mereka. Dengan adanya sikap berhati-hati dan memberikan penumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan, risiko berlaku kemalangan dapat dikurangkan.

Keselamatan Sebagai Suatu Budaya
Aspek keselamatan adalah suatu perkara yang amat penting di dalam sesebuah organisasi terutama sector perkilangan. Kebanyakan pekerja dan majikan di Malaysia tidak mementing aspek keselamatan.

Sebahagian besar majikan hanya memikirka keuntungan semata-mata. Mereka sanggup melabur sehingga beratus-ratus juta ringgit semata-mata untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk mereka. Mereka akan sentiasa memikirkan cara dan langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan pengeluaran dan mutu barangan. Malangnya aspek-aspek keselamatan tidak dititikberatkan. Kadang-kadang majikan tidak sanggup untuk mengeluarkan belanja untuk membeli PPE dan alat-alat keselamatan yang hanya bernilai ribuan ringgit sahaja.

Apa yang lebih malang lagi, pekerja sendiri masih belum sedar tentang keselamatan diri masing-masing. Di setengah-setengah kilang, pihak majikan memang mengambil berat akan keselamatan pekerja tetapi pekerja sendiri yang mengabaikan keselamatan mereka. Mereka langsung tidak memakai alat keselamatan seperti ‘Google’, alat penutup telinga, baju keselamtan, ‘helmet’ dan lain-lain. Bila terjadinya kemalangan barulah mereka menyalahkan diri-sendiri.


22 June 2009

Gunung Datuk

PEMANDANGAN DARI PUNCAK

Nama : Gunung Datuk [Bukit Datuk; Gunung Rembau; Gunung Datuk Rembau]
Ketinggian : 870m/2900ft
Lokasi : Rembau, Negeri Sembilan.

Gunung Datuk adalah merupakan gunung yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Gunung ini terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam daerah Rembau. Ia boleh dikunjungi dari Tol Simpang Empat Alor Gajah Melaka, dari selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13 km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin.

Di kaki Gunung Datuk pengunjung disajikan dengan aliran air sungai dan terdapat tapak perkhemahan yang luas. Kawasan ini dilengkapi dengan dewan dan tandas awam untuk keselesaan pengunjung.

Pendakian ke puncak mengambil masa 2 jam dari Hutan Lipur Gunung Datuk dengan melihat keindahan flora dan fauna disepanjang pendakian. Trek laluan adalah sesuai untuk semua peringkat umur. Apa yang menariknya, puncak Gunung Datuk mempunyai kelainan iaitu permukaan yang berbatu hampar dan lebih menarik lagi terdapat kesan tapak kaki Laksamana Melaka yang masyhur iaitu Hang Tuah yang dikatakan pernah ke sini.


FIFA World Ranking Widget


Cara Membunuh Lipas


Membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak:

Memijak atau memukul lipas dgn kasut atau suratkhabar atau penyapu

Lipas betina ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika dah terbuat juga, pastikan tempat terbenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dengan air dan sabun.

Membunuh lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun

Sediakan botol yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka, jimat duit sikit daripada membeli Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dengan cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun

Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko di dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa ternampak lipas. Biasanya lipas boleh memanjat botol tetapi tidak dapat keluar. Bila sudah terperangkap, spray dengan air sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur

MENJAGA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
  • Jangan biarkan sampah sarap di rumah.
  • Selalu cuci bilik air.
  • Sinki rumah perlu sentiasa bersih, di dalam, di bawah dan sekelilingnya.
  • Buang baju buruk, kasut buruk, buku buruk dan kertas buruk, lipas suka makan kertas.
  • Seperti nasihat Nabi, makan perlu alas supaya makanan tidak bertaburan ke atas lantai.
  • Seperti nasihat Nabi, makan biar beradab, iaitu sedang duduk. Kalau biar anak-anak makan nasi atau biskut atau cokelat merata-rata rumah sambil berjalan atau berlari atau berpindah-pindah, memanglah nak jemput lipas, kuman, cacing dan macam-macam lagi.
  • 2 atau 3 minggu sekali, angkat pakaian keluar dari almari dan bersihkan dgn vacuum. Juga buat yang sama di dalam laci-laci di rumah.
  • Jangan biarkan pakaian kotor di belakang pintu atau sangkut di sana-sini. Terus masukkan dalam bakul untuk dibasuh. Lipas suka bau peluh.
  • Jangan simpan pasu bunga palsu atau bunga betul dalam rumah. Hiasi rumah tanpa kedua-dua ini.
Mengurangkan lebuhraya lipas

Tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dengan silicon atau kapur.
Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dgn grill yang rapat.Begitu juga di ceiling.

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan macam filem ngeri Omputih, maka terpaksalah menggunakan racun untuk mengurangkannya.

Buat racun buatan sendiri yang tidak sebahaya spray insecticide baygon, ridsect dan sebagainya. Namun racun buatan sendiri ini tetap berbahaya, maka jauhkan daripada kanak-kanak.

Bahan-bahan untuk racun buatan sendiri ?
  1. Satu bahagian serbuk borik acid (ini yang pembuat mee kuning yang kita makan tu walaupun dah diharamkan oleh kerajaan)
  2. Dua bahagian tepung gandum
  3. Satu bahagian koko
  4. Gaulkan dan letak di di dalam kotak kertas yang kecil. Jangan terhidu tau. Sebelum mula process, ikat sapu tangan atau singlet kat muka supaya hidung tertutup.
Letakkan di tempat-tempat gelap seperti bawah kabinet dapur dan belakang almari dan sebagainya.

PASTIKAN BASUH TANGAN ANDA !!!!!!!!

Bahan-bahan ini menarik perhatian lipas. Lipas makan dan suapkan pula pada anak-anaknya yang dok lepak dalam telur warna cokelat. Anak-anaknya akan mati dan tak sempat membesar dan membiak.

Sumber daripada idhamlim.blogspot.com


20 June 2009

Elak Anak Minuman Berkafein


KEBANYAKAN ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa disedari, mereka mungkin memberikan minuman yang mengandungi kafein.

Makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui justeru, pengambilan kafein untuk kanak-kanak seeloknya pada tahap minimum.

Negara maju seperti Amerika Syarikat masih tidak mempunyai garis panduan mengenai pengambilan kafein untuk kanak-kanak. Namun, garis panduan dikeluarkan Kanada menyarankan kanak-kanak prasekolah mengambil kafein kurang daripada 45 miligram sehari. Ini setara dengan jumlah purata kafein yang didapati dalam 355 mililiter tin minuman bergas atau empat kepingan (seberat 43 gram) coklat bersusu.

Kafein adalah bahan semula jadi yang dikeluarkan pada bahagian daun dan biji kebanyakan tumbuhan. Ia juga dihasilkan secara tiruan yang ditambah pada jenis makanan tertentu.

Kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama. Pada tahap lebih rendah, ia membuatkan pengambil kafein berasa lebih peka dan cergas.

Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Untuk kanak-kanak pula, pengambilan yang sedikit boleh menimbulkan kesan berkenaan.

Pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak juga harus dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko kegemukan melampau sebanyak 60 peratus misalnya dengan mengambil 355 mililiter minuman ringan manis sehari.

Kanak-kanak yang terlalu banyak mengambil minuman ringan mungkin kurang mendapat khasiat seperti kalsium yang diperlukan daripada susu untuk membina tulang dan gigi kuat.

Kafein bersifat diuretik yang menyebabkan tubuh menyingkirkan air (menerusi pembuangan air kencing). Sungguhpun jumlah pengambilan kafein yang boleh menyebabkan kehilangan air dalam tubuh masih belum dapat dipastikan, untuk langkah berjaga-jaga, elak pengambilan kafein berlebihan dalam cuaca panas.

Antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan melegakan sakit.

Teh ais pula bukan saja mengandungi banyak gula malah kafein, sama seperti minuman ringan. Pilihan minuman yang lebih baik untuk kanak-kanak termasuk air kosong, susu atau 100 peratus jus buah-buahan.

Sumber -myMetro - 3K

16 June 2009

Asal-usul Nama Terengganu dan Batu Bersurat

Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas.Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’ sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa diantara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.

Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi.Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang.Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).

Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".

Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’.Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".

Kepentingan Batu Bersurat.

1) Orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-Siam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya.Dengan ini ianya menolak andaian bahawa orang Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani.

2) Telah wujud system pemerintahan yang sistematik dengan pemerintahnya mengguna-pakai gelaran Telanai.Sultan Muhammad Syah iaitu sultan Pahang pernah menghantar Seri Akar Raja untuk membunuh Telanai Terengganu setelah baginda mengetahui Telanai telah bertemu dengan Sultan Alauddin Shah,sultan Melaka bagi meminta bantuan daripada baginda.

3) Tidak wujud perkampungan masyarakat Siam di Terengganu kecuali di Besut yang mana mereka ini kebanyakkannya berasal dari pelarian perang di waktu berlakunya peperangan diantara Thai dengan Patani dimana kesudahannya Patani tewas pada tahun 1786 menyebabkan sebahagian penduduk mereka berhijrah ke Terengganu terutamanya di daerah Besut.Pada masa itu Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah 1.

4) Mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu.

5) Orang Terengganu memang bertutur di dalam bahasa melayu dan loghat terengganu adalah antara loghat melayu tertua yang masih ada.Setakat ini,hanya orang terengganu yang bertutur dengan akhiran ‘e’ dan ‘ng’ secara jelas.

6) Bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu lebih mudah difahami berbanding Batu Bersurat Minya Tujuh Acheh.

7) Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu.

8) Membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang Islam di Terengganu.

9) Menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.

Asal keturunan

1) Setakat ini, kebanyakkan orang Terengganu berketurunan Champa sama sepertimana dengan orang Patani.Tetapi lebih dipengaruhi oleh susur galur dari era Dong-Son.

2) Ada juga diantara mereka ini berketurunan Yunnan bergantung kepada waktu kedatangan mereka ke Terengganu.

3) Bukti yang mengaitkan Terengganu dengan Champa ialah penemuan gendang tembaga era Dong-Son di Pantai Batu Burok,Kuala terengganu.Pelabuhan Primula sepertimana yang disebut oleh Ptolemy mungkin merujuk kepada Batu Burok yang ada pada hari ini.

Dong-Son adalah suatu tempat yang terletak di dalam sebuah daerah yang bernama Jawana yang sekarang ini terletak di utara Vietnam.Daerah ini telah ditakluk oleh orang Han sekitar kurun ke-2 Masehi.Pada peringkat awal peperangan pada waktu itu hanya melibatkan diantara orang Han dan Viet tetapi kemudiannya berlarutan sehingga menjerumuskan nenek moyang bangsa melayu ke kancah perang tersebut.

Loceng tembaga era Dong-Son juga telah dijumpai di Kelang,Selangor.Kelang merupakan tapak awal petempatan manusia di Selangor dan orang asal Kelang ini mungkin berasal dari Terengganu.

4) Orang Terengganu merupakan masyarakat maritim atau dengan kata lainnya terlibat dengan kegiatan perdagangan,perikanan serta pelayaran.Perahu Besar Terengganu adalah antara tinggalan warisan orang Terengganu yang memaparkan ciri-ciri warisan kebudayaan di Tanah Besar China dan ukiran-ukiran naga turut dilakar atau dicat pada kapal-kapal serta perahu-perahu mereka.

Fakta lain yang mengukuhkan kenyataan ini ialah kebanyakkan orang Terengganu membina petempatan-petempatan di sepanjang pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan tidak terhad didalam negeri Terengganu yang ada sekarang ini tetapi menjangkau ke Pahang,Johor Timur,Riau dan Lingga serta sebahagian daripada Perak.

Di Perak,kita boleh menemui sebuah kampung yang bernama Kampung Kuala Terengganu.Hatta, di Bali dan Filipina juga terdapat perkampungan orang Melayu Terengganu.

5) Orang Kuala Berang merupakan orang Terengganu yang membina petempatan paling jauh dari pantai dan sehingga ke hari ini mereka digelar ‘orang hulu’ atau ‘orang darat’.Walau bagaimanapun, kuala Berang adalah pusat pemerintahan terawal bagi orang melayu Terengganu sebelum pusat pemerintahan kesultanan Terengganu dipindahkan ke Kuala Terengganu.

6) Orang Terengganu setakat ini belum pernah mendirikan sebuah empayar yang besar.

Artikal daripada Cari Forum oleh BeachBoys

14 June 2009

Logo dan Tema Hari Kebangsaan

  • 1970 Muhibah dan Perpaduan
  • 1971 Masyarakat Progresif
  • 1972 Masyarakat Adil
  • 1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
  • 1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
  • 1975 Masyarakat Berdikari
1976
1976

KETAHANAN RAKYAT

Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.


1977
1977

BERSATU MAJU

Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini. Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia. Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.


1978
1978

KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN

Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat. Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.


1979
1979

BERSATU BERDISIPLIN

Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara. Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukunnegara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.


1980
1980

BERDISIPLIN BERBAKTI

Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.


1981
1981

BERDISIPLIN BERHARMONI

Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan


1982
1982

BERDISIPLIN GIAT MAJU

Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara. Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.


1983
1983

BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN

Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.


1984
1984

AMANAH ASAS KEJAYAAN

Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.


1985
1985

NASIONALISME TERAS PERPADUAN

Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut. Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.


1986
1986

BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH

Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunnegara.


1987
1987

SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU

Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan, perkhidmatan dan prasarana kewangan dan keselamatan. Lima bulatan juga melambangkan Rukunegara. Warna kuning dalam bulatan tengah membawa erti kesetiaan, warna biru yang mewarnai bentuk empat segi dan lima bulatan melambangkan keharmonian yang wujud di kalangan rakyat jelata yang bersatu padu sementara warna merah pula membawa erti berusaha. Gabungan warna dan bentuk logo ini melambangkan tema SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU


1988
1988

BERSATU

Tema "BERSATU" pada bahagian ini yang berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara grafik, di mana rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Warna kuning melambangkan sistem raja berperlembagaan yang membawa rakyat bersatu.


1989
1989

BERSATU

Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat 'anyaman' yang kukuh lagi erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat. Petak-petak yang berbentuk empat anak panah yang bertemu di tengah membayangkan satu matlamat ke arah kejayaan berpandukan semangat setiakawan dan berganding bahu. Sementara empat bulatan kuning mempunyai peranan penting dalam mendukumg sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.


1990
1990

BERJAYA

Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya. Warna kuning pada bulatan melambangkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan yang menjamin keutuhan dan kestabilan negara yang seterusnya akan menjamin kejayaan Malaysia . Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran negara. Warna biru yang menjadi latar belakang logo melambangkan keharmonian dan kestabilan negara.


1991
1991

WAWASAN 2020

Logo Hari Kebangsaan 1991 ini bertemakan Wawasan 2020. Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru, putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat untuk melipatgandakan daya usaha pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru, putih dan merah melambangkan perancangan dan pengawalan yang terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh dua puluh) itu.


1992
1992

WAWASAN ASAS KEMAJUAN

Rekabentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat Malaysia dan negara di masa depan. Warna-warna merah, putih, biru dan kuning iaitu warna-warna Bendera Malaysia yang terdapat pada logo ini adalah sebagai lambang masyarakat berbilang kaum di negara ini yang hidup bersatupadu dan harmoni yang merupakan tunjang utama dalam memastikan kegiatan ekonomi dan sosial dapat bergerak cergas menuju ke arah matlamat yang dicita-citakan. Secara keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'maju' di masa depan.


1993
1993

BERSATU MENUJU WAWASAN

Rekabentuk: Bentuk hampir bulatan : Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama, bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan. Warna: Merah dan putih : Melambangkan keberanian, kecekalan dan mempunyai semangat juang yang mantap dan gigih, kesucian, ketulusan, keikhlasan serta semangat untuk mencapai apa yang di wawasankan. Biru : Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan. Kuning : Menggambarkan satu arah serta tujuan yang sama-sama dihasratkan bagi mencapai apa yang diinginkan. Secara keseluruhannya, rekabentuk dan warna-warna di atas melambangkan cita-cita yang tinggi serta perjuangan yang ikhlas lagi jujur bagi mencapai wawasan yang diidam-idamkan oleh setiap rakyat Malaysia


1994
1994

NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN

Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan Bentuk hati dan anak panah : Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Warna putih pada bentuk 'hati kecil' melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai murni. Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar' melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia. Warna kuning pada anak panah melambangkan matlamat dan hasrat masyarakat. Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju wawasan 2020.


1995
1995

JATIDIRI PENGERAK WAWASAN

Konsep Logo : Logo ini berkonsepkan bunga kebangsaan iaitu bunga raya. Keterangan Rekabentuk : Bentuk lima kelopak Bunga Raya ini dimaksudkan sebagai lima rangkaian prinsip Rukunnegara. Warna-warna merah, putih, kuning dan biru pada logo tersebut berasaskan warna-warna bendera Malaysia yang melambangkan rakyat Malaysia dari berbilang kaum, agama dan kebudayaan berusaha membentuk suatu jatidiri tersendiri. Warna putih pada garisan yang mengelilingi kelopak-kelopak bunga membawa maksud amalan nilai-nilai murni oleh rakyat Malaysia telah membentuk keharmonian rakyat. Warna kuning membawa maksud kedaulatan negara dan wawasan yang hendak dicapai. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran di dalam dan di luar negara. Warna biru membawa maksud rakyat Malaysia bertekad menjadikan negara ini sebuah negara yang maju, harmoni dan sejahtera. Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta bersatupadu membentuk jatidiri kebanggaan negara demi menggerakkan Wawasan 2020.


1996
1996

BUDAYA PENENTU KECAPAIAN

Rekabentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi, sosial dan politik. Warna Warna biru melambangkan rakyat dan Kerajaan bergabung tenaga.Warna merah melambangkan semangat bersama yang membakar dalam setiap jiwa rakyat. Warna putih melambangkan niat murni rakyat dalam menuju usaha mencapai kejayaan bersama. Warna kuning melambangkan matlamat yang hendak dituju pada setiap masa iaitu keharmonian pelbagai kaum.


1997
1997

AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA

Reka bentuk : Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi kejayaan negara. Warna : Warna putih melambangkan akhlak mulia (hati dan jiwa) dan kuning melambangkan sifat hormat menghormati dan merah melambangkan sifat berani berusaha untuk mencapai cita-cita dan wawasan negara.


1998

1998

NEGARA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA

Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara. Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk wawasan negara sementara kuning melambangkan kedaulatan Negara.


1999

1999

BERSATU KE ALAF BARU

Menggambarkan rekabentuk seorang insan yang membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan negara, Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung kedaulatan negara.


2000,2001,

2002,2003,

2004,2005,20062000-11

KERANAMU MALAYSIA

Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan ini menggambarkan rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian cemerlang negara. 2000 Bulatan berwarna biru dan bulan bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Warna merah, kuning dan putih berbentuk objek melambangkan tiga kaum utama di Malaysia (Pribumi, Cina, India) menadah tangan bersama (Keranamu Malaysia) tanda bersyukur, rasa terhutang budi dan bangga mengecapi kemajuan dan kemakmuran di bumi bertuah bernama Malaysia. Seterusnya mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini di masa akan datang yang digambarakan melalui pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang bermaksud vision atau wawasan.


2007

2007

MALAYSIAKU GEMILANG

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur Gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebangsaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-50. Bahagian di hujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakan lima titik di hujungnya yang bermaksud lima prinsip Rukun Negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar logo adalah bulat yang ‘italic/slanted’ ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan yang pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan. Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan. Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalinkan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong dan juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.


2008

2008

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lawat Pusat Maklumat Rakyat di sini