KMJ 2010 mengembara dengan keretapi
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memulakan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, selama tiga hari dari 26 sehingga 28.6.2010, dengan menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama, yang akan meliputi empat daerah utama Negeri Johor.
Majlis perasmian stesen JB Sentral dan KMJ kali ke-12
Perjalanan akan bermula dari JB Sentral dan upacara penutup juga berlangsung di sini
Lokomotif Blue Tiger class 26 - 26108 TG. Kupang sebagai loko rasmi KMJ 2010
Ketibaan Tren Raptai Kembara Mahkota Johor di Stesen Kempas Baru sebaik sahaja bermula di JB Sentral pada jam 9.45 pagi
Kembara pertama sejak Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan selepas itu menjadi menarik apabila baginda sendiri memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer bermula dari JB Sentral ke Gemas, Negeri Sembilan sebelum kembali semula ke JB Sentral.
Stesen Gemas, DYMM Tuanku Sultan akan mendengar taklimat berkenaan projek 'doube track' dan akan membuat 'turnout' sebagai syarat mendapatkan lesen memandu keretapi
Persiapan di Stesen Segamat,daerah ini terkenal dengan keenakan durian berkualiti tinggi dan masak lemak cili api ikan sungai terutama baung serta patin.
Perhentian keretapi seperti Kulaijaya, Renggam, Layang-Layang, Kluang dan Bekok juga menjadi singgahan aktiviti KMJ 2010
Banner pada jejantas berhampiran Stesen Labis
Turut berangkat menyertai rombongan berkeretapi adalah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.Muhyiddin bagaimanapun hanya menyertai rombongan itu sehingga ke Kulaijaya.











0 Comment:
Post a Comment
Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?