10 June 2010

Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran


Tujuan :

Pelan Tindakan Menghadapi Kebakaran disediakan adalah untuk menentukan :
  • Bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya kebakaran.
  • Pengawal keselamatan, Emergency Respond Team (ERT), syarikat penyelenggara sistem dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran;
  • Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat.
  • Pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas.
Objektif :
  • Supaya dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .
  • Supaya berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan amaran kebakaran.
  • Mengikuti laluan Pelan Pengosongan Bangunan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.
Prosedur Ringkas:

Pencegahan kebakaran adalah merupakan langkah penting semasa berlaku kebakaran dan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
  • Membunyikan penggera kebakaran secara berpanjangan.
  • Cuba melawan jika kebakaran kecil.
  • Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Bomba , pengawal keselamatan dan Emergency Respond Team (ERT)
  • Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa.
  •  Berkumpul di tempat yang selamat (Assembly Point AP) dan mengambil kedatangan serta sessi penerangan.
  • Mengosongkan bangunan (pengungsian).

    0 Comment:

    Post a Comment

    Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?