Jenis Lensa
- Fish-Eye lens (8, 10, 14, 15, 17 - 24mm)
Merupakan sejenis lensa 'wide angle' yang paling unik dalam dunia fotografi. Mengambil namanya sempena darjah penglihatan mata ikan di dalam air. Herotan yang terdapat dalam lensa jenis ini kadang kala mencapai tahap 180 darjah.
- Wide angle lens (10mm - 24mm)
Lensa jenis ini dipanggil 'wide angle' kerana darjah penglihatan yang cukup luas, kadangkala mencakupi dari 106 - 130 darjah, bergantung atas pengeluar lensa. Perlu difahamkan, bukan semua lensa wide angle mempunyai darjah penglihatan yang sama walaupun pada jarak fokus yang sama sekalipun.
- Standard lens (17 - 90)
Standard lens dikenali mempunyai jarak fokus seperti 17, 18 atau 24mm (paling pendek) sehingga 70, 80 atau 90mm (paling panjang). darjah penglihatan adalah normal, dan digunakan hampir sepanjang masa oleh jurugambar.
- Standard Telephoto (100mm - 180mm)
Lens yang mempunyai jarak fokus seperti di atas mempunyai darjah penglihatan yang menghampiri tirus (30 - 20 darjah). memberikan rangkuman telephoto yang normal (sehingga 3X zoom)
- Medium telephoto (200, 300, 400mm)
Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti standard telephoto, tetapi rangkuman telephoto menjadi sedikit besar daripada standard telephoto bermaksudnya, lens berkeupayaan zoom jauh sedikit lagi daripada standard tele.
- Long Telephoto (500, 600-, 800 - 1000mm)
Merupakan zomm yang paling jauh dalam kategori telephoto. Darjah penglihatan sangat tirus (sehingga 8 darjah). Jarak zoom boleh merangkumi sehingga 6X.
- Macro lenses (50mm, 85mm, 90mm, 105mm)
Merupakan lensa istimewa di mana barrel lensa berkemampuan memfokus sehingga magnifikasi sesuatu objek boleh mencapai 1:1 atau saiz sebenar. Banyak digunakan utk mengambil gambar objek yang kecil.
- Zoom lenses
Merupakan sejenis lens yang mempunyai dua nilai jarak fokus selalunya index dalam bentuk 18 hingga 70mm contohnya. Pengguna boleh mengubahsuai jarak fokus ketika mengambil sesuatu gambar.
- Prime lenses
Lensa yang mempunyai hanya 1 jarak fokus sahaja dan tidak mempunyai 'zoom ring' untuk mengubahsuai jarak fokus.
- Tilt/Shift/Perspective Control (PC) Lens
Disebabkan darjah penglihatan pada lensa standard yang sedikit luas, gambar-gambar arkitektural seperti imej bangunan akan kelihatan seperti mencondong ke belakang apabila di ambil dari paras tanah dan ke atas. Untuk memperbetulkan masalah ini, PC lenses diperlukan supaya imej bangunan nampak tepat pada kedudukan vertikalnya. Cara menggunakannya ialah dengan menggerakkan elemen lens ke kiri ,kanan, atas atau bawah.











0 Comment:
Post a Comment
Bagilah komen tapi biar pecah diperut jangan pecah dimulut ?