11 July 2010

Cerita Kucing, Kubur, Keretapi dan Musim Buah

Salam kepada semua ahli KSdR dan pelawat sekalian, hari ni cuaca mendung di petang harinya. Tetapi sempat juga melawat kebun/dusun/taman mini buah-buahan di Labu (bukan milik aku tapi generasi ku), N.S.D.K kalau ikut kilometer landasan keretapi - 443 dari utara sehingga ke selatan.



Si kucing pada dahan rambutan

Hari ini bermula satu kisah baru tetapi perkara yang biasa aku lalui dan lihat setiap tahun, dari satu generasi ke satu generasi, dari yang sudah mati kepada 'orang baru' hari ini sudah sampai kepada anak/cucu/cicit yang menjaga dan menikmati dusun di sini.

Rambutan ni baru nak 'mencelah' cubalah tengok ada warna hijau, kuning, hijau kuning, separuh merah, hijau, hijau dengan hijau.

Buah rambutan, kataku kepada seorang budak "kalau nak sedap tunggu lagi seminggu baru manis, ni kelat semacam buat sakit gigi, perut dan mulut bukannya sedap dan tak sedap la". Buah yang macam ini sepatutnya dibawa bersabar lepas tu makanlah berapa guni pun boleh tahan lagi.

Macam ni rupanya bunga petai dah gugur.

Pokok petai hanya sebatang dan jering pula kitarannya telah berlalu sempat juga aku kunyah beramai-ramai dan bersedekah sebelum mengeras, kecut dan gugur kering sendirinya.

Pohon jering ku sayang


Durian oh durian

Ini mungkin sebab utama aku datang ke sini, sebab ada pendorong utama iaitu raja buah - durian. Walau begitu aku bukannya seorang pemakan durian tegar tetapi aku suka mengutip durian, mungkin ini pekerjaan ku semasa aku mula-mula dapat duit hasil jualan lumayan masa lalu. Buah dipokok boleh dikira dengan jari dalam 100++ biji tapi jangkahayat buah dipokok hanya kurang dua minggu sahaja.

Pokok cempedak ini ditanam di dalam pagar tapi orang yang di luar pagar memang digalakkan ambil galah dan tolong jolokkan.

Pokok cempedak ni memang aktif sepanjang tahun, buahnya menjalar dari pangkal pokok sehingga kepucuknya. Tanda-tanda dimakan ulat, tupai dan lembu memang jelas kelihatan hasil siasatan unit Forensik.

Jangan salah teka yang ini buah nangka, adik beradik si cempedak

Tanda atau batu nisan, jasad terawal yang dikebumikan dipercayai bermula seawal lewat 1920 an

Suka menyedapkan cerita umpama filem seram dari Thailand, kalau nak melangkah kena sentiasa awas dengan batu nisan yang tercacak dipenjuru dusun. Tanah wakaf perkuburan dahulu memang tak bertanda kawasannya tetapi tuan punya kubur ada ditanda dengan botol, ukiran kayu atau batu kekal. Kini hanya tinggal batu, yang mana botol atau kayu pula dah lama reput dan pecah. Tanpa penjagan sesiapa yang masuk mungkin melangkah kubur yang tidak bertanda lagi...nasiblah.

Tu hah, berlambak lagi sayang kalau gugur macam tu je

Sementara sibuk menjolok buah cempedak bersusun aku mendengar bunyi rel bergetar manakala bunyi enjin dan gerabak sayup diikuti kesan gegaran keliling. Segera dan pantas melangkah pagar keretapi aku terasa nikmat sekali dan hilang stress melihat lokomotif antara terkuat dalam Malaysia. Awas jangan menceroboh kawasan landasan kelak anda akan di saman seadanya.

Blue Tiger 26110 Tanjung Penawar bersama gerabak barang (muatan gula) menghala ke utara

Barang mainan, tak sempat untuk proses dokumentasi.

Kutip tapi dah mengeras maklumlah bebudak yang kutip apa yang diorang tau ?

Tahun ni, buah manggis tak berapa menjadi tapi kalau ikut bilangan pokoknya bolehlah jual dan jadi kaya sehari dua. Langsat langsunglah tak ada, pulasan memang tak nampak bunga, belimbing dan buah kedondong ada le juga walaupun bukan dalam kategori bermusim tapi dengan kehadiran 'mereka' tahun ini rasa meriah sikit.


Sementara menunggu balik ke Seremban sempat aku mendengar jeritan kucing dari dahan rambutan, rupanya sejak dua jam yang lalu 'dia' ni belum turun lagi. Penyelamat pun tiba dan aktiviti menyelamat berjaya membantu haiwan empat kaki ni turun dengan selamat. 

Cerita esok akan aku bawa ke lokasi seterusnya dengan tajuk Cerita Tali Air, Buluh, Sungai dan Musim Buah


Share
About The Author
KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO (KSdR) Tidak akan bertanggugjawab terhadap sebarang kerugian dan masalah yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman blog (Blogger) ini. Paparan terbaik pada 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox. Pertanyaan dan maklumat lanjut e-mailkan kepada KSdR : enquiries@ksdr.org.my : Hak Cipta Terpelihara © 2008 KELAB SUKAN DAN REKREASI KOKUYO
Share This
Subscribe Here

blog comments powered by Disqus

KSdR Search

Loading...

Popular Posts

 

Berita Mutakhir

Berita Dunia

Berita Sukan

Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa