Namaku kembang Si Bunga Kantan
Teringat aku pada makanan sejahtera iaitu laksa, buat pengetahuan, aku berbakat dalam seni memasak kuah laksa, kategori semi-pro. Kalau aku datang minggu lepas gerenti tak sempat kembang si bunga ni, kena cantas, ketuk dan masuk dalam kuali.
Si anak getah,
Sementara masuk ke dusun tua, aku sempat melihat pemandangan kebun getah pakcik ku. Tak sampai setahun kena tebang dan baru sahaja tanam semula, tapi melihat sekawan lembu dalam kebunnya aku kesian kerana habislah banyak pokok yang kena pijak nanti dan kena kunyah. Di sebabkan aku bersama budak kecik, kerja menghalau aku terpaksa abaikan ?
Raja buah yang tewas dengan bisa gigi si tupai
Sementara menunggu, aku terjun masuk ke dalam laluan anak sungai, di situ bersepah berbiji-biji durian yang hanyut dan rakus di makan tupai mahupun manusia yang membuang sisa peninggalan haram. Maklumlah kebun ini tidak dijaga kemas, kiranya macam kebun tinggal menunggu si gajah menjadi penghuni.
Si duku langsat
Sebagaimana hari ini, si duku langsat ini terpaksa abaikan. Buahnya kecil menghijau dan tak cukup matang, minggu depan galah buluh dan bakul menjadi alat utama untuk kerja membersih.
Petik satu makan satu, tak sempat makan tinggal atas pisau potong
Kelmarin tak ada siapa antara kami bertiga mahu berebut-rebut bercerita berkenaan si hitam manis, banyak semut punca utama ia menjadi senarai buah terakhir untuk dimakan yang jimatnya ialah sebiji untuk tiga orang walaupun masih boleh diberi seorang 30 biji kalau rajin memanjat.
Si pokok buluh
Kebetulan melalui kawasan sedikit paya dan bermata air, kawanan rimbunan buluh ini menjadi sumber batang lemang dan krafbuluh. Sejak lama tidak bertandang terlihat rimbutannya semakin banyak dan mewah.
Saka si paku gajah di tali air
Semasa aku berada di zaman budak, pucuk paku ini selalu menjadi hasil peribadi untuk di bawa pulang ke rumah, tapi sia-sia kerja aku selama itu kerana akhirnya dibuang ke dalam lubang sampah kerana tidak boleh dimakan. Kenapa ? pucuknya besar setangkai aku ingat boleh kenyang 2 hari.
Tuhan lanjutkan usia, si pohon durian berusia lebih 80 tahun. Belumpun ada pengganti untuk generasi akan datang.
Campuran yang baru dan yang lama setelah 3 minit mencari, jual pun boleh laku lagi nie.
Dua sahaja jangan tamak
Setelah mengumpul hasil, adik beradik ini yang sempat aku rembat, maklumlah bonet kecik yang lain kenalah tinggalkan minggu depan aku ambil buat tempoyak, itu pun kalau tinggal bersisa lagi ?

Hasilnya...di rumah.

















