12 August 2010

ETS Special Train - ETS Familiarization Trip

Pada 9.8.2010 yang lalu ETS Sdn Bhd (KTM Subsidiary ETS Sdn. Bhd.) telah mengadakan Program Familiarization Trip ETS, para jemputan terdiri daripada wakil organisasi dan petugas media.

Sempena dengan pengenalan tren ETS di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, perjalanan  ETS bermula pada jam 10.00 pagi dan tiba di Stesen Ipoh 1 jam 55 minit kemudian. Seterusnya perjalan pulang mengambil masa sama dengan pantas dan selamat.
  
ETS Special Train - ETS Familiarization Trip

 ETS set 05 yang membawa penumpang ke Ipoh berada di platform no. 1

KLO - Kaunter tiket Stesen Keretapi Kuala Lumpur (Platform 1), para perwakilan mendaftarkan diri di sini seawal jam 9.00 pagi lagi.

ETS Stewardess, atau pramugari tren ETS menjadi sebahagian perkhidmatan ETS.

Lokomotif class 24 Raja Mahadi dengan tren shuttle, di lihat sementara menunggu ETS

Suasana di dalam koc ETS, tepat jam 10.00 pagi kami bergerak keluar dari stesen.

Cab pemandu

Di lihat dari cermin sisi cab pemandu
Kelajuan max. 160 km/h dicapai, mungkinkah ini antara tren yang paling laju untuk trek 'meter gauge'.

 Setibanya di Stesen Ipoh, Perak

 Sessi temubual media di Ipoh.

Suasana kaunter tiket ETS Ipoh

Hampir tiba di Stesen KLO

 Kaunter tiket ETS di Stesen Seremban

Lawat 
http://www.ets-train.com.my/
untuk maklumat lanjut.

10 August 2010

Selamat menyambut bulan puasa


Bismillahirrahmanirrahim…
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa
Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
Rukun Puasa
  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

03 August 2010

Kejohanan badminton tertutup Kokuyo


Pada 31 Julai 2010 pihak kelab Sukan telah mengadakan pertandingan badminton tertutup yang telah diadakan di dewan SMK Panchor selama 2 hari. Pertandingan yang telah diadakan selama 2 hari ini bermula pada hari jumaat jam 8.00 malam telah menyaksikan jaguh - jaguh badminton kokuyo bertarung bagi menentukan siapa kah juara bagi tahun ini. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingkan iaitu kategori single lelaki, double lelaki dan single perempuan.
Pemenang :

Single Lelaki

1. Mohd Zali
2. Rosdi Hassan
3. Fauzian

Double Lelaki

1. Rosdi Hassan / Fauzian
2. Harizal / Mohd Zali
3. Venugopal / Shahrul Neezar
Single Perempuan

1. Syamsinar
2. Akmam
3. Hazlin Musa



Ahli Baru dalam Keluarga Hjh Noor Jehan


Kami seluruh ahli KSDR mengucapkan tahniah kepada Puan Hjh Noor Jehan dan suami diatas kelahiran cahayamata mereka ( Nur Iman bt. Mohd Razali ) pada 31/5/2010.

Kebaikan poco - poco

POCO-POCO yang kini menjadi kegilaan rakyat di negara ini membuktikan senaman tarian mendapat tempat di hati masyarakat. Tarian yang asalnya tarian tradisi masyarakat Yospan di daerah Papua dan Wayase di daerah Ambun, Indonesia, kini divariasikan menjadi tarian senaman menghiburkan.


Malah, tarian poco-poco atau maksud lainnya adalah tarian beramai-ramai ini menjadi wadah senaman yang dipertandingkan di kebanyakan agensi kerajaan dan swasta. Bukan saja golongan berusia malah murid tahun satu juga sudah ligat menggelek ala poco-poco.
Hakikatnya, nama poco-poco itu diilhamkan seniman dari Ternete berdarah Ambon iaitu Arie Sapulette, ia bermula apabila beliau menghadiri satu majlis keraian di sebuah daerah berdekatan kampungnya, pada majlis itu beliau melihat seorang gadis gempal menari sejenis tarian dengan bertenaga dan lincah.

Lantas secara tiba-tiba perkataan poco-poco yang membawa maksud gadis yang tubuhnya berisi dan lincah terbit dari mulutnya. Sejak itu, tarian yang ditarikan mengikut rentak gendang itu terus kekal dinamakan poco-poco sehingga ke hari ini.



Arie juga menjadi individu yang bertanggungjawab menggubah lagunya yang turut dinamakan poco-poco sejurus beliau berhijrah ke Jakarta pada 1995, lagu poco-poco popular di seluruh Indonesia dan dinyanyikan semula oleh penyanyi tersohor Yopie Latul.
Pensyarah Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Syed Mustapha Syed Yasin berkata, poco-poco bukan sekadar tarian biasa ia memiliki aura dan kekuatan tersendiri. Tarian yang berasal dari daerah kecil di Ambon di Sulawesi Utara, Indonesia, ini digemari semua peringkat masyarakat tanpa mengenal usia, tambahan pula gerakan tarian ini mudah dipelajari dan menghiburkan.

“Menariknya tarian ini mendapat sambutan menggalakkan malah, pertandingan tarian poco-poco juga diadakan dan menjadi sebahagian pendekatan gaya hidup sihat di agensi kerajaan serta mendapat tempat terutama ketika majlis keraian.


Gerakan asas poco-poco pada dasarnya mudah diikuti. Buat yang baru pertama kali mencubanya, walaupun badan tegak bagaikan tiang lampu, jangan khuatir kerana langkah tarian ini mudah diikuti. Dua langkah kecil ke kanan, kembali semula ke tempat, lalu langkah diundur satu atau dua langkah, seterusnya melangkah ke hadapan sambil berpusing.
“Begitulah seterusnya gerakan ini diulang-ulang, hingga si penari selesai memusingkan tubuh ke arah empat penjuru angin lalu kembali semula ke kedudukan asal,” katanya.

Selain zapin, tarian poco-poco juga menjadi alat bantu kecergasan yang popular di kalangan rakyat di negara ini gerakan yang dilakukan mengikut alunan muzik ala reggae yang tidak terlalu rancak dan sentimental bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia terutama Melayu.

“Masyarakat kita masih malu melakukan tarian moden, tambahan pula yang berumur. Disebabkan itu tarian poco-poco, zapin dan joget lebih sesuai dijadikan tarian senaman kerana sifatnya lebih mesra rakyat.

“Justeru, tidak hairanlah tarian poco-poco diminati golongan berumur kerana ia lebih tradisional dan sifatnya ala joget namun lebih bertenaga. Kalau sebut salsa, tango dan balle pastinya makcik dan pakcik di rumah geleng kepala tapi apabila sebut poco-poco saya yakin senyum mereka lebih lebar itulah aura poco-poco,” katanya.



FAKTA Keistimewaan tarian

Aktiviti berkaitan kelenturan otot (flexibility)

Kebolehan menggerakkan sendi dan menggunakan otot pada tahap sepatutnya. Meregangkan otot dikira sebagai flexibility. Tarian jenis ini boleh meningkatkan pengaliran darah.

Apabila tubuh lebih lentur (flexible), anda akan lebih mudah bergerak seperti mengikat tali kasut, mencapai barang di tempat tinggi dan anda memiliki tahap keseimbangan yang lebih baik.

Tarian mampu meregangkan otot. Cuba lakukan regangan 10 ke 12 minit sehari selepas aktiviti memanaskan badan yang ringkas.

Baik untuk kardiovaskular

Dengan mengamalkan tarian yang terpilih tubuh berupaya menggunakan oksigen secara efektif tetapi bergantung pada keadaan jantung, paru-paru dan otot.

Aktiviti kecergasan jenis ini meningkatkan jumlah oksigen yang dihantar ke otot yang mana membenarkan otot bekerja lebih lama. Aktiviti berjalan dalam tarian adalah sebahagian senaman

Mengurangkan risiko diebetes, beberapa jenis barah, serangan jantung, nafas pendek, tekanan darah tinggi, kegemukan, tahap kolestrol, tekanan perasaan.

Aktiviti kecergasan otot

Tarian senaman mampu melatih otot supaya lebih bertenaga dan berguna untuk aktiviti mengangkat barangan berat atau menguatkan otot supaya ia lebih lentur.

Kekuatan otot membuatkan anda berupaya mendukung anak, mengangkat barangan yang dibeli dari kedai tanpa rasa letih. Memiliki otot yang kuat melindungi sendi.