21 September 2010

Domam Laman Web Sosial

Setelah sekian lama Friendster menjadi laman sosial popular di Malaysia, kini takhta tersebut diambil-alih oleh Facebook. Laman sosial Facebook kini menjadi laman ke-empat popular di Malaysia, meninggalkan Friendster yang berada ditangga ke-tujuh, MySpace ditangga ke-sebelas dan Tagged ditangga ke-dua belas.

Selain di Malaysia, Facebook juga kelihatan mendominasi negara-negara barat, dan kini mula mendominasi beberapa negara di Asia. Tetapi ianya masih lagi baru, dan kebanyakkan negara asia mengguna pakai laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan mereka sendiri Cyworld di Korea Selaan, Mixi di Jepun, Wretch di Taiwan, QQ di China dan Zing di Vietnam. Pengguna dari Filipina pula masih berpegang kepada Friendster, manakala pengguna dari India lebih meminati Orkut. Data-data ini yang dikumpulkan oleh Vincos adalah disusun berdasarkan data daripada Alexa dan Google Trends.

Malaysia sendiri mempunyai beberapa laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, seperti Ikon.my dan juga Connection, namun ianya kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada para pengguna tempatan, yang mana lebih gemar menggunakan Facebook, Friendster dan laman-laman yang seumpama dengannya.



Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

20 September 2010

Selamat hari Raya Aidilfitri

Salam semua, hari nie baru nak ada mood nak update entry raya…ehehe orang lain dah basi dah cerita raya nie tapi lain pulak saya nie baru beria-ia nak entry kan sini :) hari tu cuti raya 1 minggu, nak online pun payah sebabnya broadband buat hal, kalau boleh online pown merangkak - rangkak. 


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladhadan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbirdan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.



Sambutan hari Malaysia

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2010

September 15th, 2010 | 10:00 pm | Nasional | 22 responses
sambutan hari malaysiaSambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tahun 2010 ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya sebab buat pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum kebangsaan). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun. Pada tahun ini juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk sambutan peringkat kebangsaan tu.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan ini sebenarnya secara tidak langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini yang kedudukan semua negeri di Malaysia adalah sama. Sabah, Sarawak mahupun negeri-negeri di Semananjung Malaysia sama-sama membentuk Malaysia dan kekuatan atau kelemahan “Malaysia” terletak pada semua rakyat tanpa mengira di mana dia berasal atau sedang bermastautin. Sebab itulah, sikap toleransi antara satu sama lain perlu ada dan kutuk-mengutuk atau kata-kata penghinaan yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat negeri lain perlu dielakkan supaya semangat 1Malaysia sentiasa terpelihara. Selamat menyambut Hari Malaysia.

Sambutan hari kemerdekaan

Sebelum saya meneruskan penulisan saya, rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan :

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 | 31 August 2010 

Persoalannya, adakah tema ini bertepatan dan mampu dicapai? Apakah transformasi yang mampu dan mahu dijanakan? Mengucapkan lebih mudah dari mengotakan dan bak kata pepatah "Action is Better than Word".

Sejauh manakah 1Malaysia telah berjaya diserapkan ke dalam rakyat Malaysia? Lihat saja pada kepada diri sendiri, berapa ramaikah kawan berlainan bangsa dan agama yang kita ada? Mampukah kita berdiskusi secara berhemah dengan bangsa lain tanpa menyentuh isu-isu perkauman?

Apa pula jiran di sebelah rumah kita? Di bandar seperti di Seremban ini terutamanya, bertegur sapakah kita sesama jiran? Saya sendiri pun tidak begitu mengenali jiran-jiran di sebelah rumah ditambah dengan baru berpindah.

Tema Hari Kemerdekaan begitu unik dan cantik sekali, namun pendekatan dan usaha bersama pihak kerajaan, pihak swasta, dan orang ramai penting bagi mereliasasikan tema tersebut. Kalau ditanya, mungkin ramai yang tidak mampu menjawab dengan betul apakah yang dimaksudkan dengan 1Malaysia Menjana Tranformasi, termasuklah diri sendiri.

Tema Hari Merdeka/Kebangsaan 2010 menarik sekali
1Malaysia Menjana transformasi
Usaha berterusan perlu dan sudah semesti
Agar tema dapat dicapai dan tidak sekadar menyedapkan kata dan hati