04 January 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Wah! dah masuk tahun 2011…

Macam biasa lah, masuk tahun baru ni, macam-macam plan & azam di buat. Dan macam biasa, saya pun ada buat juga. Tercapai atau tidak? Itu soal kedua.. yang penting ada buat! Better dari tak buat langsung.. kegagalan mencapai azam yang dibuat pada tahun 2010 tidak boleh dijadikan alasan bahawa kita tidak perlu membuat sebarang azam lagi seumur hidup kita.

“Eleh! asyik azam je.. buatnya tidak.. baik tak payah ada azam.. “

“Apa azam-azam? Nak azam gi minum air zam-zam arr..”


Tahun 2010 sudah berlalu, dari 12 azam yang saya buat, hanya 5 yang tercapai..

Alhamdulillah… Untuk azam yang belum dicapai, tak mengapalah, itu semua dijadikan pengajaran.
Ada yang saya forwardkan ke tahun 2011 dan ada juga yang disingkirkan.

Untuk tahun 2011, saya kira, azam saya lebih realistik. Tambahan lagi, saya kini sudah mempunyai target baru, fokus yang baru, prinsip baru serta semangat yang baru. Insyallah tahun 2011 akan menjadi lebih cemerlang untuk saya dan anda semua.

Yosh!