24 March 2011

Azrai Khor jurulatih baru skuad Hoben


SEREMBAN : 21 Mac – Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan hari ini memperkenalkan jurulatih baru Azrai Khor Abdullah bagi menggantikan Wan Jamak yang meletakkan jawatan minggu lepas.

Azrai Khor yang pernah membimbing Skuad Harimau Muda dan Kedah sebelum ini dipilih berdasarkan prestasi cemerlangnya ketika mengemudi kedua-dua pasukan tersebut terutama ketiak membawa Kedah menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Menyedari tugas berat menanti, Azrai Khor tidak mahu membuang masa akan terus mula membuat perancangan dengan melihat sendiri kemampuan pemainnya dan untuk tujuan ini satu perlawanan persahabatan akan diadakan secepat mungkin.

Beliau juga berharap para peminat bolasepak Pasukan Negeri Sembilan akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi seterusnya berharap pemainnya juga bangkit mendapatkan rentak permainan sebenar mereka .

Tanda tanya siapa jurulatih baru sudah terjawab, kini semuanya terpulang kepada Azrai Khor pula bagaimana mencari formula kemenangan.

13 March 2011

tsunami di jepun..


Kalau dulu di Aceh, sekarang sedang panas di Jepun.. Tsunami... Walaupun mereka mempunyai teknologi yang canggih, tapi tak mampu juga untuk menahan kuasa Allah..

Kita di Malaysia sepatutnya mempunyai rasa kesyukuran yang teramat sangat kerana tidak pernah diuji sedemikian rupa. Memang kita tidak sanggup untuk menerima ujian sebegini, tapi jika sudah takdir.. Redha sajalah.

Apabila kita disuruh bersyukur.. Ramai orang akan berkata "syukurrrr" lalu diringi dengan sebutan "Alhamdulillah". Adakah itu benar-benar bersyukur pada Allah. Pengertian sebenar bersyukur ialah "meninggalkan perkra yang di larang dan menghidupkan apa yang disuruh oleh Allah." Itulah sebenar-benarnya orang yang bersyukur pada Allah.

Jadi mulai hari ini, saya menyeru diri saya dan rakan yang membaca blog ini agar dapat kita menambahkan kesyukuran kita pada Allah. Dengan mengurangkan atau memberhentikan tabiat-tabiat buruk yang dilarang oleh Allah serta dapat memperbanyakkan amalan-amalan baik yang disuruh oleh Allah.







Slmt bertemu kembali ... :p

Atas sebab yg x dpt dielakkan...blog ini telah ditutup buat sementara waktu..tetapi dengan kerjasama semua pihak skarang ia kembali aktif dengan semangat baru..yeaaaahhh...!!!

walaupun web address nya telah bertukar..tetapi isi kandungan masih tidak berubah dan masih lagi mengekalkan gaya dan idea yang sama.