20 June 2011

Penyerahan Diri Sebelum Tidur

Dari Al Barra` bin ‘Azib r.a., Rasulullah SAW. bersabda kepadaku  : 

“Apabila kamu hendak tidur, maka berwudhuklah sebagaimana kamu berwudhuk untuk shalat. Setelah itu berbaringlah dengan mengereng ke kanan, dan ucapkanlah: 
‘ALLAHUMMA ASLAMTU NAFSI ILAIKA WAFAWWADTU AMRII ILAIKA WA ALJA`TU ZOHRI ILAIKA RAHBATAN WA RAGHBATAN ILAIKA LAA MALJA`A WALAA MANJAA MINKA ILLA ILAIKA AMANTU BIKITAABIKA ALLADZII ANZALTA WA BINABIYYIKA ALLADZII ARSALTA

(Ya AIlah ya Tuhanku, aku berserah diri kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dan aku berlindung kepada-Mu dalam keadaan harap dan  cemas, karena tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari azab-Mu kecuali dengan berlindung kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus).

‘Apabila kamu meninggal (pada malam itu) maka kamu mati dalam keadaan fitrah (suci). Dan jadikan bacaan tersebut sebagai penutup ucapanmu (menjelang tidur).’ Maka aku berkata; ‘Apakah saya menyebutkan; ‘Saya beriman kepada Rasul-Mu yang telah Engkau utus? ‘ Beliau menjawab: ‘Tidak, namun saya beriman kepada Nabi-Mu yang telah Engkau utus.’  (HR.Bukhari:5836)

14 June 2011

Bowling Internal dan Mendaki Bukit Broga 2011

Assalamualaikum..Kelab Sukan dan Rekreasi Kokuyo akan mengadakan 2 aktiviti yang akan berlangsung dalam bulan Jun dan Julai 2011.
Aktiviti pertama yang akan diadakan pada 26 Jun 2011 bersamaan hari ahad adalah mendaki Bukit Broga. Para peserta yang hendak mengikuti aktiviti ini hendaklah memberi nama kepada AJK kelab sukan. Para peserta hendaklah berkumpul di kilang pada pukul 5.30 am. Kenderaan sendiri.Standby la duit sebanyak RM5.Harap maklum.

Aktiviti kedua yang bakal berlangsung pada bulan Julai adalah perlawanan boling tertutup Kokuyo yang akan diadakan di Ampang Bowl, Seremban Parade ( cam biasa lah port yang same gak setiap tahun). Perlawanan bowling ini dijangka bermula pada pukul 2.00 petang pada 3/7/2011. Peserta diminta untuk membayar Rm10 setiap seorang. Dijangka kan hadiah menarik menanti peserta. Jadi sama-sama lah kita menyertai perlawanan bowling ini.

Adioss.